30/08/2011

Politik 'Melayu Hancurkan Melayu' Ajaran PAP Kepada DAP


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Keris memetik artikel dari MyMassa iaitu :



Yusof Bin Ishak, Presiden Singapura Pertama
Bila baca berita mengenai pemilihan presiden Singapura baru-baru ini, tiba-tiba aku teringat sejarah lampau. Sejarah bagaimana Presiden Singapura pertama adalah seorang anak Melayu bernama Yusof bin Ishak.

Dalam Pilihanraya Presiden Singapura 2011, seramai 4 orang calon bertanding. Semuanya nama calon tersebut bermula dengan TAN (Tan Keng Yam (Tony Tan), Tan Cheng Bock, Tan Jee Say dan Tan Kin Lian). Ini bermakna kesemuanya adalah berbangsa Cina. Hasil undian rakyat Singapura menyaksikan Tony Tan memenangi kerusi Presiden dengan 35.19 peratus undi (744,397 undian) mengalahkan calon lain.


Berbalik kepada sejarah Presiden Singapura, selepas Yusof Ishak menjadi presiden, semua presiden Singapura yang dilantik selepas itu terdiri dari kaum bukan Melayu.

Senarai Presiden Singapura:


Yusof bin Ishak
Benjamin Henry Sheares
C.V. (Chengara Veetil) Devan Nair
Wee Kim Wee
Ong Teng Cheong
S.R. Nathan (Sellapan Ramanathan)
Tony Tan Keng Yam
Bila diteliti senarai Presiden Singapura, dua kali Presiden Singapura dilantik dari kalangan orang India. Bagaimana ia boleh terjadi sedangkan India adalah kaum minoriti (9.2%) berbanding Cina (74.2%) dan Melayu (13.4%). Berdasarkan sejarah, Yusof Ishak dilantik menjadi Presiden kerana beliau adalah rakan Lee Kuan Yew yang bersama-sama menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Ketika itu, PAP berusaha mendapatkan sokongan orang Melayu. Lee Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan undi Melayu termasuklah mengikut adat budaya orang Melayu.




Namun, apabila PAP semakin kuat, orang Melayu semakin disisihkan. Daripada jawatan Presiden, dikurangkan kepada menteri kanan dan kemudian dikurangkan lagi menjadi menteri biasa. Bagaimana ini berlaku?

Ianya berlaku kerana Orang Melayu tidak bersatu. Apabila Orang Melayu berpecah, yang ramai pun boleh jadi sikit. Ditambah pula dengan dasar Foreign Talent (FT) Kerajaan Singapura untuk mengimbangi jumlah penduduk Cina di Singapura. Dasar ini dimulakan pada tahun 1997 setelah menyedari peratus kehamilan di kalangan rakyat Singapura berketurunan Cina amat rendah. Apabila dasar FT diperkenalkan, berbondong-bondong orang Cina dari China, Taiwan dan Hong Kong datang ke Singapura untuk menyertai FT di sana. Hasilnya, pada tahun 2010, daripada 5.1 juta penduduk Singapura, 3.2 juta adalah rakyat Singapura manakala selebihnya (36%) adalah penduduk tetap (FT) dan pekerja asing. Hanya 2.9 juta penduduk Singapura lahir di negar tersebut, selebihnya pula dilahirkan di luar negara.

Apa yang berlaku di Singapura hari ini, tidak banyak berbeza dengan Negeri Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, pecahan penduduknya terdiri daripada 42.05% adalah Orang Melayu, 40.92% Cina, 9.67% India dan selebihnya adalah lain-lain bangsa. Kelihatan seperti Orang Melayu masih majoriti. Namun, apabila dilihat pada statistik pengundi, hanya 33.63% pengundi adalah Melayu, 55.05% Cina, 10.85% India dan selebihnya adalah lain-lain bangsa. Bayangkan penduduk Cina dari 40.92% daripada keseluruhan boleh menjadi MAJORITI dari bilangan pengundi kerana mereka bersatu!!!



Lebih menyedihkan apabila Melayu yang tinggal 33.63% pengundi telah berpecah kepada beberapa kelompok. Ditambah pula dengan kewujudan pengkhianat-pengkhianat bangsa yang sanggup menjadi barua kepada pihak lain sehingga mengagungkan komunis dan menidakkan perjuangan polis-polis sebelum merdeka. Ini menyebabkan perpaduan orang Melayu di Malaysia seperti retak menant belah.

Di hari-hari akhir bulan Ramadhan ini, kisah sedih di Kota Singpura (kehilangan suara Orang Melayu dalam Kerajaan)sering bergema dalam kotak mindaku. Lebih menyedihkan apabila wabak perpecahan yang menyebabkan kehilangan suara dan kuasa Orang Melayu semakin menular dalam negara kita. 


Keris juga ada pandangan sama seperti MyMassa. Mengikut perkiraan, taktik yang sama digunakan oleh DAP iaitu berjanji untuk menjadikan Nuar Beraim sebagai PM dengan harapan mereka akan jadi TPM. Jelas, taktik sama akan digunakan seperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew. Motif dan misi utama mereka ialah memerintah dan hapuskan melayu. Strategi ''Melayu hancurkan Melayu'' yang digunakan ini nampak semakin menular di arena politik PR. Apakah ini yang dipinta bangsaku?. Ayuh bangun dan sedar, jangan benarkan DAP merompak maruah kita dan jangan biarkan PAS dan PKR lacurkan agama dan bangsa demi kuasa.

Salam perjuangan dan selamat hari raya dari Keris 7 Lok. Semoga syawal kali ini dapat memberi seribu makna buat kita dan untuk semua pejuang melayu moden, teguhkan pautan dan rapat barisan..kekal teguh untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Jangan tangkap Mat Sabu...biar dia berkokok..biar orang tahu siapa dia..jangan nak hero sangatlah Sabu oiiii...

5 ulasan:

  1. Benar...satu ulasan yang sanga tepat.

    ReplyDelete
  2. DAP adalah komunis, maka kita rakyat Malaysia bumiputra seharusnya menghancurkan DAP keparat.

    ReplyDelete
  3. MARI PAKAT HANCURKAN PAS BENGONG PELACUR AGAMA DAN BANGSA DULU

    ReplyDelete
  4. Kenapa perlu dituding kepada orang lain apabila kepincangan berlaku. PAS yang dikatakan bengong itu, akan menyokong parti pemerintah sekarang jika mereka yang mengaku islam melaksanakan islam. Bukankah dari dulu kita dayus pabila majoriti orang kita tetapi No 1 tetap bukan hak kita? Dulu begitu dan kini juga begitu... sebab itu berbaliklah kepada ajaran islam. Secara automatiknya parti PAS akan dibubarkan.... percayalah...

    ReplyDelete
  5. Tuan-tuan disarankan membaca buku Duri dalam Daging karangan Nik Anuar Nik Mahmud, kisah raja yang mudah dirasuah Inggeris, kurang peka dengan nasib bangsa melayu di Singapura, ketiadaan parti politik melayu yang mahu memperjuangkan hak ketuanan melayu agama dan bahasa. DAP boleh berjaya seperti PAP Singapura jika UMNO lemah, PAS dan PKR jadi bahan catur. Penasihat Politik Guan Eng masih Mentor LeeKuanyew.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk