بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم تكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه"Orang yang pernah menzalimi saudaranya dalam hal apapun, maka hari ini ia wajib meminta perbuatannya tersebut dihalalkan oleh saudaranya, sebelum datang hari dimana tidak ada ada dinar dan dirham. Karena jika orang tersebut memiliki amal shalih, amalnya tersebut akan dikurangi untuk melunasi kezalimannya. Namun jika ia tidak memiliki amal shalih, maka ditambahkan kepadanya dosa-dosa dari orang yang ia zhalimi." (HR. Bukhari no.2449).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tetap mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan bahawa Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Malah, beliau menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang dituntut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed pada Selasa.
"Saya tidak akan minta maaf. Saya tetap berpegang kepada apa yang saya katakan sebelum ini. Jadi soal minta maaf itu tidak timbul," katanya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini Rabu.
Menurut Mustafa, beliau tegas dengan pendirian itu kerana mempunyai maklumat sahih bahawa wujud campur tangan Umno dalam tindakan JAIS menyerbu gereja berkenaan.
Uncle Mustafa!. Dah bolehlah minta maaf, jadikan hadis diatas sebagai rujukan ya. Agama Islam ini suci dan indah. Islam tidak pernah ajar untuk menjadi ego dan bongkak. Jika Uncle berada di pihak yang benar, sila kemukakan bukti secepat mungkin. Keris lihat Uncle Mustafa macam mahu lawan populariti siapa lebih 'terer' untuk gigit UMNO dengan Pak Din Pudu. Uncle Mustafa orang baik kan?. Dah tua kan?. Bawa-bawalah minta maaf kalau dah buat salah tu. Tidak perlu keras kepala. Mengaku lebih baik ye. Orang UMNO akan terima maaf tersebut.
Uncle Mustafa Don't Worry..
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Mustafa~ Mustafa~ Don't Worry Mustafa~..
CISSSSS...... DEMI PARTI, DEMI DUNIA, DEMI PANGKAT, DEMI MARUAH, DEMI DAP, DEMI ANWAR.... TAK AKAN AKU MENGAKU SALAH DAN MEMOHON MAAF (BUAT MALU JE).
ReplyDeleteBIAR SUSAH DLM KUBUR, JANGAN DILIHAT KALAH DI DUNIA, JGN KALAH BERPOLITIK.
BEGITULAH AGAKNYA YANG BERMAIN DIFIKIRAN ORANG TUA NI...