30/07/2011

Warkah Buat Pemuda Yang 'Menyerbu' PM Di KL Sentral

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t



Susulan daripada Laporan Double-Y mengenai surat yang ditulis oleh Fareez Kamal Intidzam kepada PM dengan kata-kata yang biadap!. Ini warkah buat Fareez Kamal Intidzam

Warkah Buat Fareez Kamal Intidzam

                         
                   Assalamualaikum, Saya ada terbaca dimana saudara ada menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia yang berbaur ugutan. Tahniah kerana punya keberanian untuk merempuh pegawai keselamatan dan memperbodohkan diri dengan alasan mahu memberi surat kepada Perdana Menteri ketika di KL Sentral. Saya juga tahu saudara bekerja sebagai pegawai khas kepada seorang wakil rakyat kelahiran Singapura, saya minta saudara jangan lupa bahawa kita sebenarnya berada dalam sebuah negara yang punya integriti dan kredibiliti keselamatan yang tinggi. Jika saudara terlupa maka saya ingin ingatkan bahawa sudah tentu jika kita ingin berjumpa dengan Perdana Menteri, kita harus mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Malaysia ada undang-undang yang harus kita patuhi.

Untuk makluman saudara, Apabila Barisan Nasional telah menang dan Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam, maka sebagai pemimpin nombor satu Malaysia, sudah tentulah beliau akan dikawal ketat oleh Unit Tindakan Khas supaya beliau sentiasa selamat. Jika saudara rasa Perdana Menteri tidak perlu dikawal dan semua orang boleh mendekati beliau, bukankah itu akan memberi risiko kepada pemimpin ini. Saya cabar saudara untuk meminta Ketua Pembangkang berjalan seorang diri tanpa pengawasan dan sudah tentu perkara itu tidak akan berlaku, jika ia dilakukan saya jamin beliau masih lagi berada dalam pengawasan ‘orang-orang upahan’ beliau. Bagi menyokong WARKAH yang saya ingin sampaikan kepada saudara, jika kita bandingkan pengawasan negara-negara luar terhadap Perdana Menteri mereka, kawalan ketat diberikan malah pakar-pakar tempur yang menjadi pegawai keselamatan mereka sama seperti di Malaysia. 

Kerana apa mereka perlu diawasi secara ketat?. Kerana ancaman yang tidak dapat diduga seperti pembunuhan John F Kennedy mungkin berlaku, jika saudara belajar sejarah sudah pasti saudara tahu dan faham situasi ‘merempuh untuk berjumpa PM’ ini boleh dianggap satu ancaman. Saya sekali lagi mencabar saudara untuk mengulangi aksi 'rempuhan' kepada pihak berkuasa untuk bertemu dengan pemimpin Britain, Australia, Amerika Syarikat atau Singapura ketika mereka sedang berjalan, saya pasti saudara akan menerima impak yang sama ataupun lebih teruk lagi seperti yang telah dilakukan oleh para pegawai keselamatan tempoh hari di KL Sentral.


Pihak Berkuasa sudah tentu ingin memberi jaminan keselamatan yang tinggi kepada Pemimpin No 1 Negara ,Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Dan untuk pengetahuan saudara, Malaysia mempunyai sebuah syarikat penghantaran bernama POS Malaysia, jika saudara ingin menghantar surat kepada Perdana Menteri melalui syarikat tersebut, terdapat cawangan-cawangan pejabat syarikat terbabit di serata tanah air. Malahan jika ingin lebih cepat saudara boleh menghantar surat tersebut melalui City-Link Global Network, DHL Express Services, GD Express Sdn Bhd ataupun FeDex Malaysia.
  
Kami yang menyokong UMNO dan yang mengundi Barisan Nasional pada PRU 12 juga memegang kad pengenalan warganegara Malaysia dan kami tidak rasa ditindas, dihina mahupun dibuli oleh kerajaan dan saya tidak faham akan kenyataan saudara mengatakan Perdana Menteri mencabar kesabaran rakyat. Mungkin saudara yang saya tahu menyanjung Lee Kuan Yew dan Anwar Ibrahim ini terlupa bahawa RAKYAT MALAYSIA ada 28 juta lebih penduduk dan bukan semua pandangan serta pendapat mereka sama seperti saudara. Jika semua sama seperti saudara maka tidak perlu ada pilihanraya kerana semua rakyat seia dan sekata. Ini jelas menunjukkan bahawa di Malaysia ini sejak PRU 1 hingga PRU 12, Kerajaan Barisan Nasional masih disokong RAKYAT kerana RAKYAT yang telah mengundi BARISAN NASIONAL dan percaya pada kepada pimpinan kerajaan sekarang. Saya tidak pasti samada dakyah apa yang telah diserap ke dalam minda saudara sehingga terlupa bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah kerana rakyat memilih dan percaya kepada pimpinan Barisan Nasional. 

Di sini saya ingin menyentuh tentang penahanan yang dilakukan kepada saudara yang dianggap saudara ‘ditangkap umpama pengganas’ di negara ini. Jika benar saudara ini disyaki sebagai pengganas, pada waktu itu lagi saudara sudah ditembak di kepala.   

Buat apa Kerajaan Malaysia takut pada rakyatnya sedangkan yang memerintah juga adalah dari kalangan rakyat yang telah dipilih oleh rakyat untuk memimpin negara?

"Kepada Fareez, nama saya Keris 7 Lok. Dan saya juga seorang RAKYAT Malaysia." 

Perdana Menteri adalah hak SEMUA rakyat Malaysia dan sudah tentu bukan hak saudara seorang. Jika tidak berpuas hati dengan beliau, saya cadangkan saudara catitkan pada kertas undi. Dan jika pihak yang disokong oleh saudara kalah, maka saya ingatkan Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan kekalahan itu menunjukkan pihak saudara tidak dipilih oleh rakyat.  Dari Seorang Rakyat Malaysia, saya mahu saudara memohon maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat yang memilih beliau sebagai Perdana Menteri kerana penggunaan ayat yang pada saya agak biadap didalam penulisan surat saudara. Berfikir menggunakan akal, jangan berfikir tanpa menggunakan akal atau berakal tetapi tidak berfikir. 

Salam 1Malaysia


Keris 7 Lok
Rakyat Malaysia 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: lupa nak bagitahu dia..ada budak umur 11 tahun pun pandai pos surat kepada Perdana Menteri..walaupun melalui pertandingan, janji dia tahu pejabat pos di mana..kah kah kah..

8 ulasan:

  1. jika saudara ingin menghantar surat kepada Perdana Menteri melalui syarikat tersebut, terdapat cawangan-cawangan pejabat syarikat terbabit di serata tanah air. Malahan jika ingin lebih cepat saudara boleh menghantar surat tersebut melalui City-Link Global Network, DHL Express Services, GD Express Sdn Bhd ataupun FeDex Malaysia.


    KahKahKah.... dia taktau guna POS la brader...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Hang kata dah pautkan blog TENGGARA is SOUTHEAST, tak de pun?

    ReplyDelete
  3. YY,
    aduhai..Keris rasa dia kena pergi kursus menghantar surat lah...kah kah kah..

    Dtenggara,
    salam perjuangan..maaf saudara kerana ada kesilapan teknikal, ada dua tiga blog yang sepatutnya dipaut tetapi tidak dipaut..orait bro..dah paut cube check sekarang..hehe..terima kasih kerana menegur..

    ReplyDelete
  4. kalau anwar tengah jalan aku datang nak tumbuk muka anwar apa tindakan bodyguard anwar?

    ReplyDelete
  5. broder, jangan ambil hati sangat dengan si fareez ni. dia budak gila lagi bangang.apa tidak bangangnya hari hari minum kencing nuarcinadoll.pastu jilat pu*i hantu mak lampir sebab tu dia jadi gitu. ketagih giang lah tu.

    ReplyDelete
  6. bila masa najib mng ikut pilihanraya, dia menang sbb hulubalang2 umno yg suruh pak lah turun. lps ni hulubalang2 ni nak turunkan najib pulak, ha takkan tak tau lagi sapa lg kuat!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk