بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Meniti dari hari ke hari, Keris mengikuti perkembangan isu murtad dan ‘serbuan’ ke atas gereja yang hangat dibincangkan para bloggers dan media cetak. Terdetik di hati kecil ini untuk memberi pandangan pada hari ini demi perjuangan alif, ba dan ta. Bagi Keris, pemimpin melayu Islam dalam PAS telah menyimpang jauh dari melaksanakan tugas mempertahankan kesucian Islam kerana mereka gagal menegakkan pendirian mereka yang jelas mengenai Islam dan undang-undang Islam di dalam PR.
Mereka tampak lebih mahu mempertahankan kerusi DUN atau Parlimen berbanding mempertahankan syiar Islam. Malah dalam beberapa kes yang lampau, mereka secara langsung atau tidak langsung telah memberi sokongan terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus dan mempertahankan individu-individu tertentu yang mencemarkan institusi Islam di Malaysia contohnya isu kalimah Allah.
Kini sudah jelas akan impak yang diterima apabila pemimpin melayu Islam dalam PAS dan PKR tiada pendirian atau dasar agama yang dipegang teguh sehingga nampak terlalu bergantung kepada pemimpin melayu yang bersifat sosialis, pluralis , literalis dan atheis di dalam PR . Apa yang sering bermain di dalam minda Keris adalah kemana perginya ulama-ulama kebanggaan PAS?.

Baculkah mereka atau mereka sudah tiada pendirian agama?. Sehinggakan kes murtad baru-baru ini, Majlis Tertinggi PAS perlu berbincang mengenai kenyataan serta tindakan Dr Hasan Ali, bukan mengenai isu murtad yang jauh lebih wajib untuk di musyawarahkan. Kecewa di hati Keris timbul apabila melihat sebuah parti yang secara terang-terangan mendaftarkan Islam sebagai nama parti, namun gagal sama sekali dalam memperjuangkan Islam.
Berkenaan isu murtad di Selangor, sepatutnya bukan Dr Hasan Ali seorang sahaja yang membuat ‘kerja’. Kemanakah perginya ulama-ulama dan pemikir-pemikir agama di dalam PAS dan PKR yang sepatutnya turun berdakwah di Selangor. Keris yakin jika mereka semua tidak sibuk mencerca sesama Islam demi kepentingan politik dari hari ke hari, sudah tentu mereka punya masa untuk berdakwah di Selangor mahupun negeri jajahan mereka.

Pemerhatian yang dibuat setiap hari, di kawasan Selangor terutamanya, Keris dapat melihat tiap-tiap minggu akan diadakan ceramah oleh parti PAS, bukan ceramah agama tetapi ceramah berunsur politik. Bukankah bagus sekiranya PAS lebih berdakwah dari berpolitik?. Kita boleh lihat akan dakyah agama Islam yang dikendong PAS tidak berjaya sampai kepada rakyat mahaupun rakan sanjungan DAP kerana jika mereka benar-benar melakukan tugas mereka, sudah pasti tiada kes umat Islam menukar agama demi wang atau menjual diri demi wang. Ketika pastor-pastor melakukan tugas mereka menyebarkan dakyah kristian , kemanakah ulama-ulama PAS atau PKR?. Kemana lagi jika bukan di ceramah politik yang penuh dengan makian dan cacian. Nyata pihak yang harus dipersalahkan adalah dari kalangan mereka sendiri.
Peranan PAS didalam PR juga harus jelas bukannya menjadi boneka buat DAP dan PKR. Apa perjuangan DAP dan PKR yang disanjungi PAS. DAP itu sudah tentulah satu parti yang 100% menolak negara Islam malahan mempertikaikan setiap satu undang-undang di Malaysia yang berkaitan dengan agama Islam.
Mengapa PAS masih menyokong mereka juga menjadi tanda tanya buat Keris. PKR pula adalah sebuah parti liberal yang mengejar pluralisme dan kesamarataan bukan pada Islam, dalam kitab sanjungan mereka iaitu buku jinggay juga tiada nas atau dasar yang meletakkan Islam sebagai asas. Berkenaan kuasa kedua parti tersebut, dimanakah letaknya kekuasaan PAS?. Kemanakah hilangnya perjuangan rohani dan jasmani PAS yang membawa cita-cita negara islam suatu ketika dahulu?. Adakah berbaloi melacurkan agama hanya untuk kepentingan kuasa minoriti didalam PR?
Berkongsi maklumat mengenai salah seorang yang terlibat dalam kes murtad adalah seorang ibu tunggal yang tiada wang yang mencukupi untuk menjalani kehidupan seharian
Berkongsi maklumat mengenai salah seorang yang terlibat dalam kes murtad adalah seorang ibu tunggal yang tiada wang yang mencukupi untuk menjalani kehidupan seharian
(baca di SINI). Gambaran jelas akan kegagalan manifesto yang telah dicanangkan oleh PR suatu ketika dahulu semakin terbongkar. Kerana mereka ada menjanjikan bantuan kepada ibu-ibu tunggal yang layak. Apa wanita itu tidak layak?. Nyata mereka memang penipu!
Keris ingin berpesan semua umat Islam, pertahankan agama Islam dan bersatu apabila bermain tentang isu agama ini. Ini bukan isu zakat, juga bukan isu Khalid Gagap menyanyikan lagu ‘ Di Mana Suara Burung Kenari’. Tetapi ini berkenaan isu murtad yang mengugat institusi serta kesucian Islam di Malaysia. Umat Islam Malaysia jangan lari dari fokus iaitu mempertahankan syiar islam dalam apa jua situasi!
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: kepada Dr Hasan Ali..PAS sudah tidak relevan untuk pejuang sejati agama seperti Dr.. tak payah masuk UMNO pun tidak mengapa..jangan bersekongkol dengan mereka lagi!
Satu ulasan yg baik...
ReplyDeleteterima kasih kepada yang mengajar..
ReplyDelete