07/08/2011

PANAS: PAS Bercelaru Di Selangor, PKR Dan DAP Bertelagah Di Tenom!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




'Pecah menanti sebab, retak menanti belah'

Ungkapan yang sesuai untuk digambarkan kepada Pakatan Penipu Rakyat. Sudahlah isu Hasan Ali di Selangor belum reda kini timbul sekali lagi masalah di Tenom. Seingat Keris pada bulan April tahun ini, Bekas Timbalan Ketua Cabang Tenom Lampag Kurias berserta dengan 11 Ahli Jawatankuasa Cabang, 5 AJK dari wanita dan 2 AJK daripada Pergerakan Pemuda telah mengisytiharkan keluar dan meletakkan jawatan daripada PKR. Terbaru iaitu semalam, serombongan 100 orang terdiri dari para AJK, Ketua-Ketua Ranting dan Task Force PKR Cabang Tenom menyerbu kediaman Ketua Cabang PKR Tenom di Kinarut pada jam 9.00 malam . Memandangkan ruang tamu yang kecil, ada yang terpaksa berdiri balkoni luar.






Mereka datang 'tunjuk perasaan' kerana mereka rasa tidak puas hati terhadap keputusan para perunding menyerahkan DUN Melalap, Parlimen Tenom dan DUN Kemabong kepada DAP. Masdin Pemangku Tim. Ketua pula mengajak Ketua Cabang dan dirinya menjadi calon Bebas. Suasana begitu riuh agak tidak terkawal.







Ketua Wanita PKR Tenom puan Artinah Anok menyatakan bahawa PKR sudah 3 tahun bekerja kuat mendapatkan ahli-ahli baru dan kalau dibandingkan dengan DAP ?, Tidak ada ahli pun di Tenom, kenapa DAP diberi peluang bertanding ?. Encik Ambabai Angkai pula mengatakan DAP tidak ada pejabat dan tidak ada jentera pilihanraya pula senang senang diberikan peluang untuk bertanding. Pemangku AMK PKR Tenom Honey Ambalau kesal dengan tindakan juru perunding yang sewenang wenangnya membuat keputusan tanpa runding dengan AJK Cabang PKR Tenom.







Oleh kerana anggota anggota PKR Cabang Tenom datang dari jauh dari pedalaman Tenom, Ketua Cabang PKR Halik Zaman memberi mereka peluang bercakap meluahkan isi hati mereka.

Akhirnya Halik memberi nasihat, "Siapa pun calon Pakatan Rakyat ia bukan menimbulkan masalah besar, yang penting Pakatan Rakyat mesti menang disemua kawasan Parlimen dan DUN Daerah Tenom. Kita semua anggota parti, siapa sahaja yang Presiden fikir patut menjadi calon dikawasan Tenom, kita mesti membulatkan sokongan kuat dan padu demi untuk kemenangan Pakatan Rakyat." Jelas Halik menenangkan suasana.

Kata Halik lagi, "Saya minta maaf, saya tidak berminat sama sekali menjadi calon. Saya bersedia memberi kerjasama moral jika saya dihendaki". Halik juga menolak beberapa saranan dari Masdin Tumas untuk Parlimen dan DUN Kemabong agar mereka menjadi "Calon Bebas". Kata Halik, " Menderhaka kepada Presiden bukan lah Halik orangnya.".

Halik menambah, " Saya terus menjadi anggota PKR, yang setia, jujur dan amanah. Taat setia saya kepada Presiden Merangkap Pengerusi PKR Pimpinan Negeri dan Ketua Umum, tidak berbelah bahagi. Walau apapun terjadi, jatuh bangun saya bersama PKR" .

Kata Halik lagi, "Perjuangan untuk bangsa dan Negara bukan menjanjikan keuntungan. Kita berjuang untuk kebebasan demokrasi dan mahukan perubahan kepimpinan Kerajaan demi menjana satu perubahan drastik untuk rakyat yang selama ini tertindas."

Menjawab pertanyaan, "Halik berkata, saya masih lagi Ketua Cabang PKR Tenom kerana saya menang bertanding dalam pemilihan 2010 dan masih Ahli Majlis Presiden lagi."

Bila diasak pertanyaan bertalu-talu, "Halik menjawab, Kawasan Tenom Pakatan Rakyat boleh menang mudah dalam PRU13 nanti. Ini satu peluang baik untuk orang muda menguji bakat, kerana semua semak samun sudah saya dan AJK bersihkan."

Sumber: Facebook Faekah Husin dari penulisan Bendahari PKR Cabang Tenom. (kalah lah kau lepas ni haha!)




"beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan~"



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: kehancuran PR semakin terserlah..belum memerintah Malaysia sudah ada pergolakan..kalu mereka memerintah.. Keris pasti Malaysia tidak aman..

2 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk