20/08/2011

Pejuang-Pejuang Maya Sudah Lama Berperang, Bagaimana Dengan Para Pemimpin Hadapan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





Keris mengambil risiko dalam penulisan kali ini kerana sudah tidak tahan dan jelik dengan sikap tidak ambil tahu segelintir pemimpin didalam Barisan Nasional waimah dari cawangan sampailah ke peringkat pusat. Fokus entri ini lebih kepada segelintir pemimpin yang 'tidur'.

Apa yang Keris dan sahabat-sahabat lihat, strategi pihak PR lebih satu tapak kehadapan walaupun mereka kalah di arena maya yang kini lebih dipelopori oleh blogger Pro BN. Kerana media maya bukanlah satu-satunya sebaran dakyah mereka. 

Mereka menggunakan medium yang sedikit berlainan iaitu dengan membuat kerja amal seperti memasuki rumah anak-anak yatim, pusat penjagaan warga emas, kawasan perumahan orang asli, pergi rumah ke rumah dan sebagainya untuk menyebarkan dakyah mereka. Saluran ini bergerak di dunia nyata dan tampak berkesan walaupun dalam gerakan yang kecil. Sekaligus akan berjaya menghasut golongan di atas pagar terutamanya dan UMNO mampu kehilangan 40% undi dari ini semua. Walaupun pergerakan ini tidak nampak hebat dan ala kadar sahaja namun penetrasinya adalah kepada golongan "grass root" dimana mereka ini kurang mendapat informasi terkini berkenaan isu semasa. Pendekatan mereka menyampaikan informasi sehingga ke akar umbi, melalui kerja yang tidak perlu publisiti dan cara mereka sangat sederhana dan nampak berjaya menyusupi minda masyarakat ini agak bahaya.

Para pemimpin terutamanya harus sedar, sekalipun kami para pejuang maya ini berperang di alam maya, perjuangan yang sebenarnya berada di luar sana, di dunia nyata. Tanpa pendekatan dari pihak pemimpin dan ahli-ahli Barisan Nasional, maka perjuangan kami di alam maya akan tampak sia-sia.


Buat sesuatu dan lakukan segera, turun padang, bermesra, bercakap, berbicara, terangkan, gunakan apa jua pendekatan walau sedikitpun ikhtiar asalkan mesej sebenar sampai kepada rakyat. Jangan terlalu selesa, takkan mahu tunggu pilihanraya baru nak bergerak?. Sikap sebegitulah akan menyebabkan kita kehilangan Malaysia.

Kepada segelintir pemimpin yang 'tidur', jangan lupa bahawa satu undi mampu menentukan hala tuju Malaysia.

Tidak dinafikan ada juga beberapa pemimpin yang berhempas pulas berjuang contohnya Ketua Penerangan UMNO Dato’ Ahmad Maslan (sila klik sini untuk lihat) serta beberapa pemimpin lain yang siang malam pagi petang berkhidmat dan mendekati rakyat. Bagaimana pula dengan yang lain?. Ke mana pergi dasar dan prinsip perjuangan mempertahankan agama bangsa dan negara?. Takkan mahu diketuk baru ingin bertindak?. Keris hairan,  mana pergi ketua-ketua cawangan dan bahagian, ketua-ketua wanita cawangan dan bahagian, ketua-ketua pemuda cawangan dan bahagian serta ketua-ketua puteri cawangan dan bahagian dalam menggerakkan sesuatu program pendekatan kepada rakyat?. 


Maaf jika entri kali ini Keris nampak kasar tetapi jika Keris tidak luahkan pandangan, manakan sampai 'suara' kami kepada pihak yang sepatutnya. Kami para pejuang maya sudah lakukan tugas kami di alam maya walaupun dengan hanya menekan papan kekunci di komputer.

Bukan mahu berkokok, tetapi entri ini lebih kepada teguran demi kebaikan Barisan Nasional. Harus mula ‘bekerja’ sekarang dan bukan menunggu pilihan raya umum baru semua nak menonjolkan diri, kasihanilah para penulis di ruang maya yang tidak henti-henti menyangkal fitnah PR, berperang mempertahankan nama baik Barisan Nasional di alam maya. Jangan sampai kami penulis hilang semangat kerana jika dakyah kami di media baru berjaya tetapi tidak di alam nyata, maka usaha kami adalah usaha yang nyata sia-sia.

Kepada para pemimpin yang membuat kerja, tahniah dan teruskan perjuangan. Kami para pejuang maya sentiasa berada di belakang anda semua.

Dan kepada sesiapa terasa pedas ,kalau masih berdegil dan seperti tidak faham khusus buat segelintir yang tidak mahu bangun dari ‘tidur’, Keris cadangkan letak jawatan!. Beri kepada orang yang lebih layak, ini jawatan nak tapi kerja tidak mahu, lebih baik pergi sembang dengan dindinglah. Dan kalau ada yang tidak boleh menerima teguran, lebih baik tidak payah jadi manusia. Ayuh rapatkan barisan teguhkan pautan bersama-sama berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara.




Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bukan berniat ingin memburukkan sesiapa, tetapi inilah pandangan warga marhain yang cintakan keamanan serta kesejahteraan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

3 ulasan:

  1. yeappp...kita layan dan koyakkan temberang puak2 pembangkang ini...slutttt

    ReplyDelete
  2. yes.para pemimpin dan ahli2 kna bekerja..jgn harap pada penulis maya sahaja..

    ReplyDelete
  3. saudara,

    terima kasih kerana menegur.Terima kasih banyak.Ikhlasnya saya senang hati dengan kejujuran saudara menegur..ianya sangat2 diperlukan disaat ini..sangat2 diperlukan..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk