23/08/2011

MAS Menjadi Rugi Kesan Daripada ‘Swap Deal’ Bersama Tune Air?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





Keris menerima pertanyaan dari beberapa rakan Keris yang masih tidak jelas dan masih tidak faham akan isu rundingan pertukaran pemilikan atau ‘swap deal’ oleh MAS bersama Tune Air.


Keris pun bukanlah arif tetapi cuba terangkan kepada sahabat-sahabat sekalian setakat apa yang Keris mampu rumuskan.

Hasil kajian rambang, segelintir  masyarakat tampak memberikan persepsi buruk terhadap rundingan pertukaran pemilikan saham oleh Air Tune milik Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun bersama syarikat penerbangan nombor satu negara, MAS.

Bagi mengubah persepsi tersebut, Keris akan cuba mengulas sedikit serta berkongsi maklumat yang akan menerangkan setakat kemampuan Keris yang tidak seberapa mengenai isu ini agar masyarakat tidak keliru atau salah anggap terhadap rundingan pengambilan pemilikan saham secara pertukaran tersebut.

Ia dapat dijelaskan melalui pengolahan informasi seperti berikut:


1)    MAS tetap kekal seperti biasa malah lebih terjamin didalam karier antarabangsa dan tidak terjejas sebagai syarikat penerbangan di Malaysia yang dominan. Ini adalah kerana :

  • Khazanah memegang 49% saham MAS, EPF sebanyak 10.7%, manakala di negeri kawasan borneo ( Sabah dan Sarawak) sebanyak 3.8% dan sekaligus menjadikan MAS kekal sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company) dengan hak penuh Kerajaan terhadap MAS sebanyak 65%++ dan pemilikan Tune Air hanaya sebanyak 20.5% sahaja.
  •  Pihak Kerajaan masih kekal sebagai pemegang status Perkongsian Istimewa (Special Golden Share) didalam MAS.
  • Secara tidak langsung juga hasil ‘rundingan pertukaran’ ini, Khazanah juga memiliki 10%  saham Air Asia beserta pemilikan EPF sebanyak 10.5% menjadikan pemilikan sebanyak 20.5% > 13% daripada Tune Air.

2)    Tiada pengambilan hak pengawalan penuh oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun didalam sistem pentadbiran seperti penamaan Pengarah Urusan atau sebagainya. Ia dapat dijelaskan melalui :

  • Tan Sri Md Nor Yusoff, Pengerusi MAS yang juga berperanan didalam EXCO –de facto Pengerusi Eksekutif dan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) yang disegani selama 4 tahun.·
  • Datuk Azman Yahya merupakan individu penting didalam MAS diberi peranan besar bagi mempengerusikan Jawatankuasa Jaringan Kolaborasi (Joint Collaboration Committee) MAS-AirTune.
  • RashdanYusof dari Khazanah telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif MAS.
  • Sebarang perlantikan baru bagi jawatan Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan tidak akan diambil daripada Air Tune.
  • Pengekalan dominasi pekerja bumiputera didalam MAS iaitu sebanyak 74% didalam MAS.
     3)    CCF menjadi satu rundingan yang mampu memberikan keuntungan saksama    kepada semua pemegang-pemegang pemilikan saham. Dimana kita dapat lihat :


  •  Ia merupakan pembentukan Kumpulan Malaysia dimana ia dapat mengukuhkan penjenamaan dan produk Malaysia sekaligus menjadi satu jaringan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. 
  •  Koloborasi yang diwujudkan adalah untuk menjana kekuatan dan daya tahan dalam persaingan antarabangsa dengan lebih efektif.
  •  Koloborasi ini bertujuan untuk meningkatkan produk serta servis yang lebih progresif kepada pelanggan/pengguna. 
  •  Koloborasi ini membenarkan MAS lebih fokus dan cemerlang kepada model perniagaan  yang kukuh.
  • Penjajaran penglibatan melalui minat diantara pemegang-pemegang pemilikan saham dalam perniagaan bertujuan membentuk sebuah produk yang lebih hebat dan lebih tersusun.
  • Konsep ‘Awam- Persendirian-Perkongsian’ yang lebih konsisten dimana komitmen Kerajaan didalam mengurangkan pemilikan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berupaya menggalakkan keusahawanan yang lebih efisien.
  •  Berupaya mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai sebuah hub transit antarabangsa terpenting di Asia.
  •  Juga ia dapat menfokuskan Malaysia kepada sektor pelancongan yang mampu  meningkatkan daya ekonomi secara positif melalui peningkatan kemasukan pelancong yang berkesan dalam kadar kemasukan pelancong yang lebih tinggi.
  • Ia juga menggalakkan hubungan jaringan didalam negara dengan akses kepada persaingan sihat yang lebih kompetitif samada melalui kos tambang penerbangan atau penambaikan servis FSC yang lebih positif.


Keris melihat misi sebenar ‘rundingan petukaran’ ini dilakukan secara progresif ini adalah untuk mengekalkan kestabilan MAS supaya ia terus terjamin sebagai syarikat penerbangan yang yang mempunyai status bintang serta peningkatan kredibitinya di dalam persaingan antarabangsa.

Mengikut anjakan paradigma yang boleh disimpulkan melalui ‘rundingan pertukaran’ MAS-Air Tune ini, jelas ia lebih menjurus kepada peningkatan penjenamaan produk kelahiran Malaysia yang mampu bergerak dengan konsisten dan dapat memberi impak postif kepada ekonomi Malaysia sekaligus dapat memberi kelebihan kepada rakyat.

Maka tiada sebarang impak negatif yang boleh wujud melalui ‘rundingan pertukaran’ ini yang dapat ditimbulkan seperti MAS mengalami kerugian kerana ia tampak jelas dapat memberi suatu nafas baru dalam penjanaan syarikat kelahiran Malaysia yang mempunya daya saing dan daya tahan yang lebih progresif.

Sebarang komen atau sebarang pandangan yang boleh dikongsi bersama dialu- alukan.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Perspektif dan persepsi setiap orang adalah berlainan. Terpulang kepada individu untuk menilai maklumat yang disampaikan.

1 ulasan:

  1. info yang menarik.mohon untuk dikongsi

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk