08/08/2011

Siapa Kena Culik? Apa Reaksi Rakyat Malaysia?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t



Keris rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat pencarian ini bersama para pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain. Semoga mangsa dijumpai dalam keadaan selamat.Sebarkan supaya kes seperti ini dapat dijadikan tauladan buat anak-anak gadis muda kita akan bahayanya sosial tanpa batas. Sama-sama kita bantu keluarga mangsa dalam misi pencarian adik Seri Najwa Ferda ini.

 

Maklumat dari Rizan Hassan

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (JKMRM-MBM) memohon jasa baik semua sahabat-sahabat belia untuk sama-sama menghebahkan berita kehilangan gadis di dalam foto ini. Sila ketepikan stigma pemikiran bahawa ini satu gejala sosial. BERSIKAP PRIHATIN ATAS DASAR KEMANUSIAAN adalah satu tanggungjawab kita bersama kerana hari esok belum tentu menjanjikan yang indah buat kita. Sama-sama menadah tangan agar tiada yang buruk berlaku kepada gadis ini.

Maklumat tentang kehilangan ini adalah seperti berikut:

BUDAK HILANG
DIPERCAYAI DICULIK
Pada 04/08/11 di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - http://www.facebook.com/profile.php?id=8​11746307

Atau hubungi mana2 balai polis yg berhampiran. Sekian terima kasih.



Yang benar,
MOHAMMAD RIZAN HASSAN
SETIAUSAHA
J/KUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA
MAJLIS BELIA MALAYSIA (JKMRM-MBM)
TEL: 0137733676


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: sama-sama kita mencari dan berdoa semoga mangsa dijumpai dengan selamat. perkara seperti ini harus dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan bersatu mencari mangsa tanpa mengira kaum atau fahaman politik. Salam 1Malaysia!

2 ulasan:

  1. Salam,

    GT dah link n follow blog tuan. Mohon sebaliknya juga.

    Salam perjuangan dari Gerakan Timur...!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk