08/08/2011

100 Dalil Mengapa DAP Wajib Ditolak! Siri 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





Artikel khas ini adalah bahagian kedua yang akan mendedahkan segala gerak-geri parti DAP yang jelas dan nyata merupakan anti Islam dan Melayu.

Untuk bahagian kedua, Keris kemukakan 10 lagi fakta untuk bacaan semua pembaca blog ini.
Bahagian kedua artikel khas '100 Dalil Mengapa DAP Wajib Ditolak' akan membicarakan fakta yang ke-11 hingga ke-20.

Artikel ini bukan untuk mencetuskan perkauman, sebaliknya untuk menyedarkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia akan bahayanya pengaruh yang dibawa oleh Parti DAP.

11) ADUN Baruas Ngeh Koo Ham adalah anak saudara kepada Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya). Manakala Nga Kor Ming adalah sepupu Ngeh. Chin Peng pula dikatakan menggunakan peguam yang sama digunakan oleh Ngeh. Ngeh juga merupakan ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

12) Pada 1969 DAP pertama kalinya menyertai Pilihanraya Umum. Ketika Pilihanraya tersebut DAP berkempen untuk mansuhkan perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu. Perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

13) Perarakkan oleh Pemuda DAP yang mengangkat penyapu gergasi bertujuan untuk 'sapu' orang Melayu. Ada yang kencing pada orang Melayu, maki hamun serta menunjukkan kelakuan yang kurang ajar kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969. Melayu dilabelkan sebagai 'sakai' 'melayu masuk hutan' dan 'balik kampung tanam jagung'.

14) Pada 12 Mac 2008 Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang tidak mahu PAS menjadi MB. Kit Siang dikatakan mahukan Ngeh Koo Ham sebagai MB Perak. Selepas perjanjian Pangkor 2 diadakan barulah DAP bersetuju Nizar Jamaluddin menjadi MB bagi negeri Perak. Dalam perjanjian itu Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyatakan mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa arab seperti Hudud dan Qisas. Jelas Nizar Jamaluddin hanyalah MB boneka kepada DAP!

15) Pada 6 Februari 2009 Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap kepada Sultan Melayu di Malaysiakini. Beliau berkata "Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini". Kenyataan ini boleh dibaca di Malaysiakini. Ini menunjukkan bahawa DAP cuba untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

16) Dalam sebuah buku bertajuk "Conversation With Lee Kuan Yew" tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas bahawa " Bangsa melayu adalah suatu bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan (M/S 53). DAP menggunakan hujah ini dengan menyatakan kaum melayu sebagai bangsa pendatang. Mereka menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia.

17) Lim Guang Eng mempunyai cita-cita yang sama dengan Lee Kuan Yew, DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai 'Singapura kedua'. Guan Eng dikatakan sudah menyiapkan cadangan untuk menyerahkan Seberang Prai kepada Kedah dan membatalkan perjanjian lama antara Kedah dan Francis Light. Cadangan ini mahu dibawa kepada Sultan Kedah.

18) Pada 18 Oktober 1990, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan "Kami memberi pengakuan, untuk mewujudkan negara Islam. "LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU". Di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. Butakah PAS terhadap kenyataan Karpal Singh ini? Atau sememangnya Hudud sudah tiada lagi dalam perjuangan Isle PAS?

19) Pada 25 Februari 2009 Karpal dilaporkan berkata"SAYA SINGH IS KING". Ketika mengulas mengenai 100 laporan polis dan dua peluru hidup yang diterima beliau. Malah beliau memberi amaran kepada Pemuda UMNO supaya 'jangan main-main dengan beliau'. Adakah Karpal Singh ingin menjadi Raja di Tanah Melayu?

20) Pada 10 Januari 2008 Karpal Singh telah menafikan kenyataan Haji Hadi Awang berhubung dalam isu Hudud dimana di sini jelas menunjukkan bahawa DAP MENOLAK HUDUD! Ini bermakna DAP anti undang-undang Islam dan anti agama Islam!

21) Ngeh Koo Ham gembira apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO pada 22 Jun 2009. Dari sini jelas DAP begitu takut jika bangsa Melayu itu bersatu. Kerana bila mana bangsa Melayu bersatu, angan-angan DAP untuk memerintah negara kita akan berkubur!

22) Pada 22 Ogos 2010 Kit Siang menulis dalam laman blognya, HUDUD DAN NEGARA ISLAM BUKANLAH POLISI DALAM PAKATAN RAKYAT. Kit Siang menyatakan tiada kata sepakat dalam Pakatan Pembangkang untuk laksanakan Hudud jika mereka berjaya memerintah Islam. Jadi Hukum Hudud yang dicanangkan oleh PAS hanyalah sekadar slogan untuk meraih undi Islam. Kerana PAS sendiri tidak berani menyangkal Kit Siang berhubung isu ini.



Bersambung...

terima kasih kepada Double Y kerana sudi berkongsi fakta-fakta ini


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Semenjak puak2 DAP ini berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, terlalu banyak episod penghinaan serta penentangan terhadap kesucian Islam. Islam adalah agama rasmi seperti yang telah termaktub didalam Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan ia harus dihormati!. UMNO pertahankan ISLAM bukan ISLE macam PAS!..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk