08/08/2011

Faekah Husin Ingin Disingkirkan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t







Artikel  Double-Y mengenai Faekah Husin SINI serta artikel Keris 7 Lok mengenai pergolakan PKR-DAP di Tenom SINI yang telah dipetik daripada 'notes' FB beliau nyata telah memberi kesan sehingga memaksa beliau menutup akaun FB tersebut (dah tak jumpa dah tutup lah kan?) selain desakan bloggers pro-pembangkang yang menyelar gambar Khalid Gagap berkaraoke mendendangkan lagu 'Di Mana Suara Burung Kenari' dari album foto di akaun FB beliau. Haha!


Tetapi itu bukan lah isu sebenar yang ingin disampaikan oleh Keris, Keris dimaklumkan bahawa Faekah Husin yang juga seteru kepada Azmin Ali ini sudah tidak digemari penyokong PKR di negeri Selangor. Rentetan beberapa peristiwa, beliau telah didesak untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik MB Selangor dengan kadar segera.


Desakan melalui facebook
Satu ruangan muka di 'facebook' bertajuk 'Kami Desak Faekah Husin Letak Jawatan' telah diwujudkan bagi memberi tekanan kepada beliau supaya berundur.


Ini deskripsi yang ditulis pada ruang muka 'Kami Desak Faekah Husin Letak Jawatan' :

Faekah Husin adalah Liabiti kepada Pakatan Rakyat terutamanya di Negeri Selangor. Tindakannya yang tidak selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat amat memberi kesan buruk kepada imej dan penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Justeru kami mendesak Faekah Husin untuk letak jawatan, demi kesinambungan rakyat yang jelak dengan mainan politik hingusan dan menjengkelkan




Antara perkhabaran dalaman yang diterima, terdapat sebuah badan komunikasi yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor selama lebih setahun bertungkus -lumus menyebar luas maklumat negeri dan mengumpul berita-berita dari setiap parlimen, telah dianiaya oleh Faekah Husin untuk kepentingan politik beliau.

Rata-rata pekerja yang bernaung dibawahnya telah dinafikan hak untuk menerima saraan bulanan seperti yang dijanjikan. Jika kebajikan pekerja di bawah naungan negeri Selangor juga tidak dijaga, bagaimana pula dengan kebajikan negeri?

Kepentingan politik bukanlah satu tiket untuk Faekah mengabaikan kebajikan mereka.. mereka juga manusia yang punya keperluan. Adakah Faekah Husin sanggup kalau bekerja tanpa gaji?


Namun ini cuma sedikit kontroversi daripada rentetan episod kontroversi yang lain. Beliau adalah SetPol paling popular dalam sejarah negeri Selangor, iaitu dengan sifat tidak efisien, bongkak dan tidak disukai ramai.

Faekah Husin jangan bersedih ya!



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!


Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: ~ Hai burung kenari mari ke mari~Buangkan yang keruh ambil yang jernih~ Marilah bersama menyanyi~Hapuskan hati yang bersedih~ jangan marah ye!..haha!

3 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk