06/08/2011

Apa Kata Seorang Mualaf Mengenai Kes JAIS, Hasan Ali Dan 'Duo Khalid'?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Keris yang mendukung Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sangat menentang kenyataan retorik 'Duo Khalid' yang berpura-pura dalam perjuangan sebagai seorang muslim sejati. Kerana mereka, rakyat kini keliru akan 'kebebasan beragama' di Malaysia , nyata mereka tidak menjalankan tugas sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dalam memperjuangkan agama Islam. Demi kuasa, Agama pun digadai!.

Orang yang ingin menjalankan tugas bagi menegakkan perjuangan Islam dikecam kerana takut akan kehilangan undi!.Makin banyak kecelaruan dalam pentadbiran PR di Selangor. Bersesuaian dengan tugas yang diamanahkan kepada Hasan Ali, tindakan beliau dilihat memperjuangkan kesucian Islam di negeri ini khususnya di Malaysia. 



Berkenaan komen Khalid Samad, adakah kenyataan beliau telah melabelkan PAS yang sebenar? Atau Hasan yang benar?. Hakikatnya episod ini telah menunjukkan bahawa perpaduan itu masih tidak ada di dalam PR malahan politik dalaman PAS,PKR dan DAP juga kucar-kacir rentetan kepada perbalahan sesama merekai. Bukti bahawa mereka tidak relevan dan mustahil untuk memerintah Malaysia dengan telus semakin terserlah.

Tindakan Hassan Ali yang nampak tegas terhadap penentangan murtad ini patut disokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengenal fahaman politik. Bab memurtadkan umat Islam ini jangan dipandang remeh. 'Duo Khalid' ini pula dilihat terlalu takut kehilangan sokongan pengundi kristian dengan kenyataan-kenyataan 'play safe' mereka berdua. Tidak perlu untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia ‘saya akan hubungi beliau (Paderi) untuk menyatakan kekesalan’ tanpa mendengar penjelasan Hasan Ali sebaliknya Khalid Ibrahim perlu profesional dalam menangani isu agama ini dengan langkah menyiasat bukan berasa kesal. 



Sekarang PKR dilihat lebih serasi dengan dasar dan perjuangan DAP tetapi bagaimana pula dengan perjuangan Islam PAS?. Mungkin Pas perlu bergerak sendirian atau bergabung dengan parti islam yang lain jika isu-isu agama sebegini gagal didominasi oleh PAS di kawasan pemerintahan gabungan mereka. Jangan kerana kuasa, agama digadaikan. Seperti yang sedia maklum, didalam PR sendiri PAS bagaikan tiada kuasa untuk bersuara, jadi lebih baik keluar dari PR. Jika mereka masih menyokong dakyah songsang politik DAP dan PKR, maka kelak tidak mustahil Islam ditindas di Malaysia.

Di sini Keris ingin berkongsi pandangan seorang mualaf yang memeluk Islam dan berjuang atas nama Islam, dimana konteks yang diberikan lebih mudah difahami dan diharap semua pembaca dapat menilai nukilan beliau ke suatu arah yang lebih progresif terhadap perjuangan menegakkan syiar Islam.

Nukilan Dr Ridhuan Tee Abdullah

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Puak-puak PR ini adalah golongan literalis yang pandai menjadikan hadis dan Al-Quran sebagai sokongan kepada pandangan rasional mereka. Jangan tertipu dengan dakyah mereka. Amaran dari Keris, jangan cemarkan kesucian ISLAM!!!


6 ulasan:

  1. nak buat macam manaaa
    pemerintah kita sendiri bagi muka kat orang kristian niiii
    apa dorang minta,bajet dapattttt
    orang Islam plak?
    kena pukul kat tgh jalan

    ReplyDelete
  2. tidak jugak sahabat..pemerintah yg mne sahabat maksudkn?..

    ReplyDelete
  3. Terharu...membaca artikel Reduan Tee nie..yang amat arif selok belok ..golongan Kristian..yang berniat jahat ..keatas orang Islam...patot kita orang Islam pertahankan tindakan JAIS & YB Hassan Ali..kerana menjaga kepentingan Islam.diSgor...aku dah xpercaya lagi dengan PAS & PKR Sgor...bye-bye ..insyallah kita tumbangkan ..golongan nie..dlm PRU 13...

    ReplyDelete
  4. Demi perjuangan alif ba ta
    mari berjuang!

    ReplyDelete
  5. Kita lihat isu ini seperti "peperangan maklumat " sebenarnya, dan kita tidak perlu takot dgn paderi Keristian ini dan yg paling penting kita jangan takot dgn maklumat yg sebenar. Cuba lihat dan hayati kisah Sheikh Yusuf Estes, beliau dulu adalah seorang pendakwah Keristian yg sgt tegar didalam menentang dan memerangi ajaran Islam. Sekarang beliau adalah pendakwah Islam yg sgt aktif di Amerika!

    Saya sarankan supaya kita memulakan "serangan" dahulu dgn menjemput Yusuf Estes dan Sdr. Zakir Naik ke Malaysia utk memberi ceramah kepada kesemua rakyat Malaysia secara besar-besaran. Inilah yg akan bakal mengerunkan paderi2 Keristian itu sebenarnya. Mereka cukup takut dgn hujah2 HAK dan yg benar ttg ajaran Keristian mereka.

    Lupakah kita dgn permintaan LGE (DAP) terhadap Kerajaan Malaysia bagi mengharamkan Sdr. Zakir Naik dari memasuki negara ini utk berceramah? Dia tahu apa yg dia takuti sgt2 sebenarnya. Insyallah , usaha ini bukan sekadar dapat menangani isu murtad tetapi jgn terkejut jika ramai org Keristian yg akan memeluk Islam selepas itu.

    Olih itu jangan buangkan masa dgn peruntukkan undang-undang yg ada didalam usaha utk menghalang paderi-paderi Keristian ini. Mereka hanya melaksanakan apa yg mereka "faham" dan ini mmg tugas mereka di gereja sana. Gunakan maklumat sebenar melalui sebaran dakwah dan perdebatan Islam -Keristian didalam memerangi maklumat songsang pihak Keristian, ini baru adil.

    Buktikan kepada mereka dan kita semua bahawa mata pena (Ilmu) lebih tajam dari mata pedang !!!

    ReplyDelete
  6. Teringat kes dimana pemimpin yg mengaku Islam didalam PAS/PKR memberi restu tanpa berbelah bagi kepada gereja Katolik utk menggunakan nama Allah bagi menggantikan nama Lord, Father & God utk bible bahasa Melayu mereka.

    Ini adalah agenda “win win” mereka utk PRU13 nanti, pemimpin yg mengaku Islam sanggup utk menggadaikan akidah Tauhid Islam utk mendapatkan sokongan Keristian demi utk menakluk Putrajaya. Mereka tidak peduli dgn jarum halus pihak gereja bagi mengelirukan anak-anak Melayu utk memurtadkan mereka.

    Sedar kah mereka bahawa mereka akan berdepan dgn hujah Keristian bahawa Tuhan yg tak bernama didalam bible itu ada anak? Sekarang nama Tuhan itu Allah dgn persetujuan pemimpin PAS pulak tu. Mereka tidak takot rupa-rupanya dgn amaran Allah didalam surah Mariam ayat 89 -92 kepada mereka yg mengatakan Allah ada anak!!!

    Fikir2kan lah siapa yg bakal kita pilih menjelang PRU13 ini, tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa kita akan tergolong sebagai pemberi sokongan kepada usaha-usaha memurtadkan anak-anak bangsa kita sendiri apabila kita tersilap memangkah didalam kertas undi kelak menjelang PRU13 ini.

    Nauzubillah !!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk