12/08/2011

100 Dalil Mengapa DAP Wajib Ditolak! Siri 3

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t






Sambungan dari artikel kedua mengenai '100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak'.

Pada bahagian kedua. Keris memohon maaf kepada pembaca kerana berlaku sedikit kesilapan. Dalam bahagian kedua, sebanyak 12 fakta yang dikemukakan bukan 10 sebagaimana ditulis.

Untuk bahagian ketiga ini lagi 8 fakta Keris kemukakan. Untuk genapkan fakta yang ada. Jadi dari bahagian 1 hingga bahagian 3. Sudah 30 Dalil dikemukakan...

23) Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di setiap negeri yang dimenangi mereka dan disiarkan di muka surat 16 akhbar The Star bertarikh 16 June 2008 - Jelas DAP anti pemerintahan Islam. Konon mencontohi Khalifah Umar hanyalah retorik DAP untuk meraih simpati masyarakat Islam sahaja.

24) Pada 25 November 1999 Lim Guan Eng pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan MENGHAPUSKAN HAK-HAK ORANG MELAYU. dengan mengeluarkan kenyataan " Kami masih berpegang dengan pendirian , menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil".

25) Pada 14 Mac Lim Guan Eng bila sahaja masuk ke Pejabat Ketua Menteri di KOMTAR, beliau terus memansuhkan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. Di sini DAP telah memansuhkan dasar untuk orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya.

26) Pada September 2009, Lim Guan Eng berceramah di hadapan pelajar Tahfiz Al-Quran di Pusat Pengajian Ustaz Sobri, Padang Menora Pulau Pinang dalam bulan Ramadhan. Kafir harbi pula bertindak mentarbiahkan pelajar Tahfiz Al-Quran. Bolehkah dipercayai orang yang tidak beriman dengan kitab Al-Quran memberi tarbiah?

27) Pada 22 Ogos 2010 (10 Ramadhan) Teo Ning Ching (DAP Serdang) telah masuk memberi Tazkirah di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo Ning Ching bertindak masuk ke ruang utama solat. Menurut surah At-Taubah ayat 28, bukan Islam tidak dibenarkan masuk masjid. Sudahlah tidak tutup aurat, DAP pijak pula ruang utama umat Islam bersolat?

28) Pada 3 September 2010 di kawasan Surau Tholabiah Kajang, Teo Ning Ching berkata " Saya yakin penuh dengan agama sendiri (Kristian) dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesusboleh dikalahkan kepada ilmu sihir"?. Di sini jelas DAP memuji agama Kristian dalam kawasan Surau umat Islam. Sejak bila pula Islam amalkan sihir untuk menarik saudara baru? DAP MENUDUH ISLAM AMALKAN ILMU SIHIR?

29) Pada 10 September 2008, Teresa Kok telah hadir ke masjid Nurrusaadah, untuk berbuka puasa dengan memakai skirt, jelas DAP memang tidak pernah hormat dan faham akan adab untuk masuk ke kawasan masjid. DAP PERSENDAKAN KESUCIAN MASJID.

30) Pada 22 Ogos 2010 Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Lim Guan Eng sejak dua tahun yang lalu. Nama Lim Guan Eng menganggantikan nama Yang di Pertuan Agong dalam khutbah jumaat. Apa yang dilakukan ini jelas tidak mengikut rukun khutbah. Apakah Guan Eng tidak tahu?



Bersambung....


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: tiba-tiba teringat kes Terseles Teresa Cock..Dia dah minta maaf kepada umat Islam?.sebab bertindak keras kepala tetap ingin masuk ke dalam masjid ketika umat Islam sedang bersolat..sudah ke belum?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk