16/08/2011

Adakah Ini Yang Akan Diajarkan Kepada Anak-Anak Kecil Islam Kelak?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Segala puji-pujian bagi Allah, pencipta sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah, para keluarga dan sahabat baginda. Semoga Malaysia terus aman dan umat Islam tidak lekang daripada diberikan 'nur' dan hidayah.

Mesti ramai kata hari ini Keris baik sedikit. Ini adalah kerana isu yang Keris ingin ketengahkan  adalah suatu rencana muhasabah diri serta peringatan buat semua umat Islam supaya sedar akan 'ancaman' murtad yang semakin berkurap di dalam Malaysia.

Keris tidak nafikan apabila bercerita mengenai isu murtad, kita sebagai umat islam pasti berasa sensitif dan Keris juga tidak pelik jika terdapat segelintir masyarakat Islam yang tidak mengendahkannya. Beringatlah, jika 12 orang yang ingin dimurtadkan itu bukan dari kalangan keluarga kita, memang kita tidak akan berasa apa-apa. Jangan sudah terhantuk baru tengadah, apabila kena pada batang hidung sendiri baru nak meracau?. 

Siapa tahu jika perkara ini tidak dibendung, apakah kesan dan impak kepada masyarakat kita?

Kepada yang sanggup menggadai agama demi kuasa,  jangan terlalu bongkak dan riak dengan apa yang ada. Jangan terkejut jika hari ini kalian baca suratkhabar, anak orang lain jadi murtad mungkin esok lusa sedara dekat atau anak kalian pula turut terlibat.

Terdetik di hati Keris untuk bertanya soalan kepada beberapa pemimpin masyarakat yang beragama Islam tetapi  menghalang perjuangan penentangan murtad ini. Adakah kamu lupa kamu akan dihisab?. Tidak takutkah kalian akan hari pembalasan? Kalian lupakah tentang fardu Ain dan fardu kifayah? Mana hilangnya prinsip perjuangan agama kalian?

Jika kita ingat, suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan berita penyebaran air 'Holy Water' melalui air mineral. Kini mereka menyebarkan dakyah kepada anak-anak kecil melalui nota- nota bergambar seperti gambar-gambar di bawah.









Bentak YB ZUL: adakah mike semua bersetuju dan redho apabila kaum kristian kafir la'natullah menyalahgunakan kalimah ALLAH sebagaimana yang tercatat dengan jelas dalam risalah saperti diatas, iaitu?

1. Jalan kepada ALLAH;
2. ALLAH menciptakan dunia dan segala yang ada dialam semesta;
3. ALLAH menjadikan kita;
4. Adam & Hawa tidak taat kepada ALLAH;
5. merupakan hari yang menyedihkan bagi umat manusia saat Adam & Hawa berbuat dosa;
6. Rencana ALLAH menyelamatkan kita dari dosa ialah dengan mengutus Anaknya yang Tunggal (na'uzubillah);
7. Yesus adalah ALLAH dalam bentuk manusia (na'zubullah);
8. Semua orang yang percaya kepada Anak ALLAH mempunyai hidup (na'zubillah). 

sumber : Zul4Kulim

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris bukan nak berceramah, cuma terkedu membaca rencana penulisan YB Zulkifli Noordin. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan jika ada yang salah, datangnya dari kelemahan Keris sendiri.

4 ulasan:

  1. sy skg saudara..info yang menarik..
    makin lama makin hebat ye?..
    teruskan menulis..salam perjuangan

    adi jempol

    ReplyDelete
  2. Salam buat adi,

    akan terus menulis selagi terdaya..
    sama2 berjuang ye..

    ReplyDelete
  3. As'salam Saudara,

    Moga dilindungi dan dirahmati Selalu.pendedahan yang sangat2 baik.terima kasih byk2...

    ReplyDelete
  4. Teringat kes dimana pemimpin yg mengaku Islam didalam PAS/PKR memberi restu tanpa berbelah bagi kepada gereja Katolik utk menggunakan nama Allah bagi menggantikan nama Lord, Father & God utk bible bahasa Melayu mereka.

    Ini adalah agenda “win win” mereka utk PRU13 nanti, pemimpin yg mengaku Islam sanggup utk menggadaikan akidah Tauhid Islam utk mendapatkan sokongan Keristian demi utk menakluk Putrajaya. Mereka tidak peduli dgn jarum halus pihak gereja bagi mengelirukan anak-anak Melayu utk memurtadkan mereka.

    Sedar kah mereka bahawa mereka akan berdepan dgn hujah Keristian bahawa Tuhan yg tak bernama didalam bible itu ada anak? Sekarang nama Tuhan itu Allah dgn persetujuan pemimpin PAS pulak tu. Mereka tidak takot rupa-rupanya dgn amaran Allah didalam surah Mariam ayat 89 -92 kepada mereka yg mengatakan Allah ada anak!!!

    Fikir2kan lah siapa yg bakal kita pilih menjelang PRU13 ini, tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa kita akan tergolong sebagai pemberi sokongan kepada usaha-usaha memurtadkan anak-anak bangsa kita sendiri apabila kita tersilap memangkah didalam kertas undi kelak menjelang PRU13 ini.

    Nauzubillah !!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk