25/08/2011

Ilmuwan Muda 'Smash' MAZA ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Telah disampaikan kepada Keris akan berita mengenai Wacana Ilmiah Sinar Harian yang berlangsung  pagi tadi dengan Tajuk ''Ulama Politik, Untuk Dakwah Atau Parti''. Panelis yang menjadi panelis adalah : 
  • Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat)
  • Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
  • Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)
Bersama Moderator "Si Pening Lalat", Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkenaan isu agama yang mengelirukan.


Kita tolak tepi isu "Si Pening Lalat" dahulu. Apa yang Keris ingin sampaikan disini adalah mengenai pendekatan Ilmuwan Muda Fathul Bari ini ketika menjawab soalan-soalan 'cepumas' MAZA dengan penyampaian yang tegas dan padat. Beliau berjaya menjawab dengan kata-kata yang konkrit. 


Sebagai orang muda yang berfikir secara sinikal dan kritikal mengenai isu politik di Malaysia, Keris amat mengagumi pemahaman serta perjuangan beliau di dalam mengubah persepsi rakyat mengenai Islam di dalam UMNO dengan tertib dan berhemah. Beliau dapat menerangkan kedudukan Islam sebagai salah satu perjuangan UMNO serta keberkesanan peranan beliau sebagai Ilmuwan Muda UMNO. Sila ikuti video dibawah.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: UMNO harus lahirkan lebih ramai Ilmuwan Muda..jangan bila orang tu bijak sikit dah kena 'pancung'..syabas kerana Fathul Bari boleh dijadikan sebagai model kepada generasi muda. 

5 ulasan:

  1. hahha! Dr.MAZA kena pancung.

    ReplyDelete
  2. MAZA belum layak dari mederator ! dia tempang ..cacat hujah dan cara penyampaian , MAZA lebih kepada seorang YB PAS , bukan seorang yang 'terbuka' sebagaimana pembawaan seorang hos rancangan ilmiah islam .

    tahniah kepada Ustaz fathul Bari , perkataan paling bermakna ' memprovok ..bukan sifat seorang ilmuan ASWJ !

    kalau MAZA tahu malu , kalau dia sedar diri kena sindir , pasti dia tak sanggup tengok muka dalam cermin !!

    mulai hari ini , rasa hormat dan percaya aku pada MAZA dengan rasminya HILANG !!

    ReplyDelete
  3. Keris dah lama hilang rasa tu.. :)

    ReplyDelete
  4. ye, iblis telah demikian berjaya membodohkan dan mendungukan pemikiran tempurung kelapa kamu...

    ReplyDelete
  5. jika jadi ulamak umno maka ramai org gelak..haha..tetapi dari sudut hujahnya mmg mantap..taniah pada ustaz fathul bari..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk