بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Kemelut perebutan kerusi didalam PR nampaknya semakin hangat. Jika tidak lama dahulu DAP ada berebut kerusi di Sabah (Klik Sini), kini di Pulau Pinang pula DAP nak tunjuk besar kepala. Apa sahaja arahan DAP baik di Selangor,Perak, Kedah mahupun Pulau Pinang harus dituruti oleh PKR dan PAS.
Rakyat pasti nampak belang mereka yang semakin terserlah, mereka baru dapat kuasa kecil sudah mula tunjuk taring. Inilah sifat sebenar kauvinis DAP yang hanya memperkudakan Melayu untuk menghancurkan Melayu. Keris pun berasa hairan mengapa masih ramai Melayu yang menyokong DAP sedangkan misi sebenar DAP adalah penghapusan hak istimewa orang Melayu?. Mungkin sekarang mereka semua yang jumud kepada DAP berasa boleh menjadi kaya raya dan hidup senang di bawah pemerintahan DAP, tetapi mereka lupa dari kecil siapa yang membantu mereka, lupa akan perut mereka yang diisi dengan subsidi Barisan Nasional. Fikirkanlah anak cucu kita kelak, apakah nasib mereka akan terbela?. Lihat sahaja Singapura, Melayu hanya jadi picisan. Sama seperti impian DAP!
Tolak PR! Hapuskan DAP!
Baca keratan akhbar di bawah:
PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.
Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.
"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.
"Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, PKR meraih sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini.
Zulkifli berkata, sebagai contoh, kerusi-kerusi DUN Sungai Pinang dan DUN Tanjung Bungah dianggap lemah dan perlu diambil tindakan oleh pucuk pimpinan pembangkang.
Bagaimanapun, jelasnya, calon-calon Melayu DAP hanya diletakkan di kawasan-kawasan yang dihuni pengundi pelbagai kaum.-Utusan
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Kepada Zulkifli Mohd Noor, kau buanglah status Melayu pada I/C, dasar pengkhianat! Aku pasti satu hari nanti kau akan menyesal!
0 ulasan:
Post a Comment