بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Keris dah lama ikuti perkembangan dari masa ke semasa mengenai Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) ini. Semakin hari semakin banyak pula kenyataan-kenyataan yang beliau hujahkan mengelirukan serta membingungkan. Bermula dari 1Malaysia, Peguam Syarie Bukan Islam, Isu Kalimah Allah, Isu Masuk Masjid ,Isu Sebat, Perarakan Maulud dan terbaru Isu “Serbuan” JAIS.
Ramai rakan-rakan Keris yang kusut dengan beliau sehingga ada bertanya pada Keris “ Dia ini orang ke lalang Keris?..bercakap ikut angin..mana dan dia tiup..pelik aku”. Tidak tahu pula jika dasar bahasa beliau terlalu tinggi untuk difahami oleh Keris dan rakyat marhaen yang lain tetapi nyata tidak jelas dan gawal. Mengikut sudut pandang Keris, apabila MAZA membincangkan perihal akidah, beliau akan mengisbatkan sesuatu yang dihujahkan secara fahaman zahir atau boleh Keris labelkan sebagai ‘Literalis Rasional’ yang mana golongan ini akan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sokongan hujah dan bukannya sebagai dokongan hujah. Kesan yang diterima selepas kenyataan-kenyataan beliau dikeluarkan, ramai telah menyalah tafsirkan hujah beliau sehingga ada pihak mengatakan bahawa Islam adalah agama hujah kerana MAZA yang selalu berhujah berbanding bertindak atau berbincang sesama ulama dan pemikir agama yang lain.
Pandangan MAZA mengenai isu penyerbuan JAIS ke DUMC boleh diambil sebagai contoh yang mengelirukan umat Islam.Dari kenyataan yang MAZA berikan, Keris terasa beliau telah dipengaruhi oleh fahaman luaran dimana beliau mengakui bahawa disebabkan toleransi dan pendekatan yang dilakukan oleh pihak Gereja menyebabkan ramai orang-orang Islam makan budi kepada agama Kristian dan diperkatakan itulah antara punca ramai menjadi pengikut Kristian.
Pada Keris kenyataan ini lebih kepada menyalahkan umat Islam sendiri, inilah polemik yang sekian lama menular di kalangan ‘orang tengah’ yang suka masuk campur sesuatu isu dan dipolitikkan. Dari situ akan timbul kontroversi, juga disebabkan peranan 'pihak tengah' seperti pemimpin, tokoh agama dan media yang tidak mengarahkan permasalahan kepada penyelesaian. Sebagai seorang yang berilmu tinggi dan memegang Ijazah Kedoktoran Pendedahan Ilmu Islamik Dan Warisan (Al-Quran Dan Sunnah), tetapi sering membuat kontroversi dan melahirkan kenyataan bercanggah dengan pemikir agama yang lain, Keris nasihatkan berhentilah berhujah mengenai isu Islam.
Keris agak risau akan kenyataan-kenyataan gawal beliau kerana rata-rata zaman ini, kebanyakan umat Islam di Malaysia terutamanya akan mengambil pandangan para ulama dan pemikir Islam bagi menjawab persoalan yang terbuku di hati. Tetapi percanggahan demi percanggahan sesama pemikir atau ulama yang timbul boleh mengakibat kekeliruan mesej sebenar yang ingin disampaikan. Terutama buat segelintir masyarakat yang gemar memilih pandangan lain berbanding rujukan hadis walaupun pandangan itu lemah.
Konklusinya, MAZA ini terlalu menjurus kepada publisiti tanpa penyelesaian, hanya petah berhujah berbanding membuat tindakan. Jawapannya kepada beberapa persoalan juga kurang jelas. Maka lebih baik kita mengambil sudut pandang dari kata-kata Rasulullah s.a.w. kerana itu adalah sumber yang lebih utama untuk diikuti. Pandangan sarjana seperti MAZA pula terikat dengan sumber emosi, fahaman serta anasir luar. Sebarang penafsiran atau kefahaman harus telus dan jelas bukan mengelirukan. Akhir kata Keris berpesan sekali lagi. Berhentilah memberi pandangan yang mengelirukan ye MAZA. Islam bukan agama hujah kerana Islam berteraskan keimanan kepada Allah dan bersandarkan hadis dan Al-Quran.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: kalau perasan, medium media pembangkang suka tanya MAZA terutamanya malaysiakini..kenapa ye?..dah takde pemikir agama lain ke untuk dijadikan rujukan?..haha!..ke sebab yang lain tidak memihak kepada pembangkang?..kui kui kui..
Terbaeeekkk bro... artikel mantap!
ReplyDeleteSALAM... ABOUT DR MAZA,READ HERE 4 MY HUMBLE OPINION (CLICK!)
ReplyDeleteGerakan Timur,
ReplyDeleteThx bro..tapi ada yang kata artikel merapu..
haha..sebab xmemihak pada MAZA..
leman dicaprio,
thx bro sebab letak pada blog..
nice article from u bro!...bg semua org knal sapa MAZA ni
Assalamualaikum, Islam bukan agama hujah, tapi berteraskan iman??? Soalan... mana datangnya iman jika TIADA HUJAH??? Rasulullah SAW mengajar tauhid & keimanan menggunakan hujah(wahyu), kepribadian & contoh tauladan. Dari hujah & contoh2 inilah yg melahirkan rasa cinta & kasih umat2nya kpd Islam. Kita sedia maklum yg para kafirin yahudi & kristian ini tidak akan redha dgn umat Nabi Muhammad SAW selagi kita tak ikut telunjuk mereka. Gerakan kristianisasi akan terus wujud walaupun ditegah oleh perlembagaan negara. Kenapa hanya menyandarkan nasib agama kita semata2 kpd perlembagaan tanpa ada gerakan2 dakwah yg mantap dari pihak muslim??? Berapa besar tahap kesungguhan ibu bapa dlm tanggungjawabnya memberi pendidikan Islam kpd anak2?? Kemana perginya rasa kasih sayang seorang Muslim terhadap muslim yg lain?? Perkara2 ini secara langsung atau tak langsung berkait antara satu sama lain. Jika ditinggalkan perkara asas ini dlm masyarakat kita, tak hairanlah jika ramai manusia jahil akan tergamak utk meninggalkan Islam. Mereka sudah tidak merasakan rasa kasih umat terhadap mereka lalu mereka mencari alternatif lain utk mencari jalan penyelesaian bagi masalah masing2. Memang kita takkan redha dgn mubaligh kristian yg bersungguh nak mengkafirkan umat Islam tapi jgn lupa yg kita juga adalah sebahagian resepi kejayaan mereka. Harap maaf...sekadar memberi pendapat
ReplyDelete