21/08/2011

100 Dalil Mengapa DAP Wajib Ditolak! Siri 6

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Keris pohon maaf kerana lambat mengeluarkan siri ini kerana kekangan masa serta ada beberapa isu penting yang harus di utarakan.

Untuk bahagian ke-6 lagi 10 fakta diberikan. Fakta bernombor 51 - 60.

51) Pada 26 June 2008, Guan Eng sedang bermain bola di halaman rumahnya Seri Teratai bersama dengan anak dan isterinya Betty Chew. Setahun selepas itu Guan Eng didapati tidak mahu lagi tinggal di situ. Guan Eng telah berpindah ke banglo yang lebih mewah di no.25 Jalan Pinhorn. Katanya Seri Teratai ada anai-anai, semut api dan musang. Maka berbelanjalah Guan Eng ratusan ribu ringgit untuk mengubahsuai banglo mewah di Jalan Pinhorm. Guan Eng bazirkan duit rakyat demi keselesaan beliau. Rumah orang Melayu dan penduduk India Kg.Buah Pala dirobohkan tapi rumah Guan Eng dibaiki? Tindakan ini sama seperti dilakukan Yahudi halau penduduk Palestin.

52) Surat bertarikh 9 Julai 2010 mendedahkan kerajaan DAP Pulau Pinang menerima hasil judi lumba kuda. Faridah Hani bt. M. Yaacob (S/U Sulit Guan Eng) telah diarahkan oleh Guan Eng untuk menulis surat makluman kepada En.Loew Khin Ming (Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Batu Gantung Road) berhubung penerimaan RM500,000 kepada kerajaan DAP Pulau Pinang. DAP ambil setengah juta duit judi untuk diberikan kepada rakyat Pulau Pinang. DAP raih simpati rakyat Penang dengan duit judi!

53) The Star bertarikh 5 Mei 2008 di halaman 27 melaporkan Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak untuk memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Karpal cuba pertikai kuasa Sultan. Dan sekarang mereka ingin kembalikan kuasa Sultan di Selangor? Satu pembohongan besar!

54) Pada 27 June 2008 dengan dipengaruhi oleh DAP, Nizar Jamaluddin ketika menggulung usul Dewan Undangan Negeri Perak bercadang memberi status hak milik kekal selama 999 kepada penduduk yang mendiami kampung baru. CINA BINTANG 3 MAJORITI PENDUDUK KAMPUNG BARU!

55) DAP pertahankan kandang babi haram di Melaka. Mereka hadir satu keluarga untuk memberi sokongan penuh menghalang pihak berkuasa robohkan kandang babi tersebut. Teresa Kok, Betty Chew, Kit Siang dan Guan Eng hadir pertahankan kandang babi haram. Mereka roboh rumah penduduk tetapi kandang babi dipertahankan?

56) Pada 28 November 2005 Teresa Kok menuduh seorang wanita cina dipaksa ketuk ketampi di lokap Polis. Bila disiasat rupanya wanita itu adalah Melayu. DAP sengaja cetuskan isu perkauman untuk memaksa masyarakat cina benci kepada Polis.

57) Pada 14 Februari 2008, Teresa Kok menunjukkan rasa tidak senang dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh. Teresa bersama kumpulan penyokong DAP membantah cadangan DBKL untuk meletakkan papan tanda bertulis Jawi dan Melayu. DAP anti tulisan jawi yang digunakan dalam Al-Quran.

58) Pada 27 Februari 2009 Dr. Boo Cheng Han ADUN DAP Skuadai telah menyamakan amalam 'bumiputeraisme' dengan apartied di Afrika Selatan. DAP mahu dasar yang membantu bumiputera.

59) Pada 2 Mei 2010 Jalan Barat yang cuba ditukar nama kepada Jalan Dr. V David kononnya sempena hari pekerja. Sebenarnya mereka cuba mengagungkan DAP, V David adalah bekas pemimpin DAP. Tindakan ini mendapat bantahan ramai pihak dan disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

60) Pada 20 November 2010 Teresa Kok mempertikaikan kenapa kerajaan membina istana baru sedangkan Istana yang besar sudah ada di Putrajaya, serangan ini diteruskan pula oleh Lim Lip Eng MP DAP Segambut pada 22 Julai 2010 dengan mengemukakan gambar kononnya kanak-kanak tinggal di tapak pembinaan Istana Baru. DAP lagi sekali pertikai Institusi Raja-Raja.


Bersambung lagi.....



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dari tahun 1966 hingga sekarang, belum ada lagi sebarang kebaikan DAP pernah buat..lagi nak menghancurkan ukhwah antara kaum adalah..celaka DAP ni..

3 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk