09/08/2011

Kesan Orang Berpendidikan Agama Melebihkan Politik Daripada Berdakwah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





Adakah beliau ini membawa fahaman Islam liberal di dalam PAS?



Murtad di Selangor - Pemimpin Melayu-Islam dalam PR terlalu bergantung kepada pemimpin Melayu-Sosialis yang tidak jelas aqidah?

Keris tertarik dengan  hujah-hujah dari Tun Faisal :

Tidak perlu berpusing-pusing mencari kesalahan ke sana ke mari. Jelasnya gejala murtad di negeri Selangor sudah semakin parah. Hujah saya:

1. Apakah aqidah umat Islam terlalu nipis dan rapuh sehingga sanggup mereka menukar agama hanya kerana diRASUAH sebanyak ratusan ringgit sebulan? Jika aqidah mereka rapuh, siapa yang gagal mengajar dan mendidik mereka selama ini?

2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, apa yang dilakukan oleh ulama dan ustaz/ustazah? Sibuk berperang sesama sendiri tentang Wahhabi? Sibuk berperang tentang jawatan? Sibuk berperang tentang bab feqah yang furu'? Atau sibuk mengumpul pengikut dan berpolitik?

3. Jelas aqidah umat Islam begitu rapuh dan boleh ditukar dengan rasuah. Jadi kenapakah golongan agama seperti dalam PR dan Dr Asri Zainal Abidin begitu yakin kalimah Biblical God yang digantikan dengan Allah tidak akan menjahanamkan lagi aqidah umat Islam yang rapuh ini?

4. Jika ulama dan golongan agama pun turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau, tidakkah ini semakin mengelirukan umat Islam dan akhirnya kesesatan dan kemurtadan hanya di sepan mata?

5. Apa sudah jadi dengan janji-janji PR untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin? Apa sudah jadi dengan retorik negeri berkebajikan? Bukankah masalah ini tidak akan timbul jika PR benar-benar menunaikan janji mereka?

6. Tidakkah ini menunjukkan kegagalan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam PR? Di manakah dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat agama Islam di dalam PR Selangor? Cuba terangkan kepada rakyat Selangor, apakah pendekatan yang berkesan PR dalam usaha memerangi gejala murtad di negeri Selangor?

Jelasnya, pemimpin Melayu-Islam dalam PR telah lalai dari melaksanakan tugas mereka memelihara umat Islam kerana mereka gagal merangka sebarang dasar yang jelas tentang Islam dan umat Islam di dalam PR. Malah dalam kes tertentu, mereka juga secara langsung dan tidak langsung telah menunjukkan sokongan terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

Inilah akibatnya apabila Melayu-Islam dalam PR tiada peranan terlalu bergantung kepada pemimpin Melayu-Sosialis, Melayu-Pluralis dan Melayu-Atheis di dalam PR dan akibat kerana sanggup berimamkan pemurtad dalam PR!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!


Keris 7 Lok kata: peliklah..kenapa malaysiakini dan malaysian insider tidak bertanya pendapat hal-hal agama kepada tokoh agama yang lain kecuali Dr MAZA?..

4 ulasan:

  1. Salam,

    BR dah link n follow blog tuan.Mohon sebaliknya juga.

    Salam perjuangan dari Badut Rakyat...!!!

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya.

    ReplyDelete
  3. Bro, wahabi bukan mainan canangan bab2 furu' bro....wahabi juga berkaitan aqidah dimana DR Asri Wahabi Laknatullah telah mengatakan Sifat 20 adalah ajaran yunani, sama seperti kata Nik Aziz Wahabi Laknatullah....Bro leh tengok Youtube sebagai bukti video....kalau dah jumpa bro POST la kat blog bro.....sebab tu ASRI ngan NIK AZIZ sehaluan bab kalimah Allah, pasal WAHABI...thanx bro....saya dulu ade blog, tapi dah lama tak update pasal banyak keje lain....

    ReplyDelete
  4. boleh2..thx for sharing..pasal Dr MAZA ni..sy dh lama aim..tengok je dia ni mcmna..takpe2..insyaAllah sy akan cerita psl dia..lagi bagus kalau bro bleh bg sy link youtube yg dmaksudkn.. :)

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk