29/08/2011

Siapalah Keris Untuk Berkata-Kata

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Didalam keghairahan seluruh umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba. kita dikejutkan dengan berita kurang elok semalam iaitu lebih 2,000 penduduk di 20 kampung sekitar Baling, Kedah terjejas teruk akibat banjir selepas hujan lebat lebih 4 jam sejak tengah hari semalam. Mari kita sama-sama doakan mereka selamat dan banjir surut sebelum pagi aidil fitri.


Kepada mana-mana pemimpin hadapan dan juga Kerajaan Negeri Kedah harus sama-sama berganding bahu dalam membantu keluarga-keluarga yang terlibat dengan banjir tersebut. Lupakan fahaman politik dan bantulah saudara-saudara kita itu.





Assalamualaikum, 


Di kesempatan ini, Keris ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia. Bersyukur diatas kemenangan kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan di samping mensyukuri kemerdekaan di atas jasa perjuangan bapa-bapa kita. Keris memohon ampun dan maaf andai tersalah bicara atau khilaf dalam penulisan Keris. Semoga Allah meredhai kehidupan pembaca semua dan Syawal kali ini memberi seribu makna. 

Salam Perjuangan dan Salam 1Malaysia
Keris 7 Lok


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kita harus sedar dan bersyukur kerana hidup aman dan makmur di bumi bertuah Malaysia ini..Semoga Allah meredhai perjuangan Keris dan rakan-rakan dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Amin.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk