28/08/2011

H20 Ni Siapa? Bukan Main Lagi Dalam Twitter

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t





Artikel kali ini lebih santai kerana Keris ingin berkongsi cerita tentang apa yang Keris buat tengah malam tadi. Bercerita tentang media baru yang disahut oleh seorang pemimpin di dalam kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai 'orang baru' dalam dunia blog Keris harus membuat kajian bagi menambah ilmu dan kecekapan menulis. Maka tengah-tengah malam tadi ketika Keris tengah buat 'research' untuk artikel seterusnya, 'feel' nak menulis tiada mungkin sebab di hati 'mood' raya dah sampai kepala, tepu juga nak menulis. Untuk menghilangkan rasa tepu tersebut, Keris melayan twitter, dan secara tidak sengaja ternampak nama H2O. Tidak perasan nama sebenar, selepas 'follow' dan teliti, benarlah akaun twitter itu milik Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein.

Cuba selidik samada ia akaun palsu atau tidak serta secara tiba-tiba Keris telah menjadi 'stalker' kepada beliau (biasa buat kat Lisa Surihani je :p ) dan Keris tertarik dengan beberapa komen beliau di twitter. Walaupun Keris lambat ikuti perkembangan beliau di twitter akibat kekangan kerja dan waktu.Selepas meneliti, jelas beliau juga adalah manusia biasa yang punya sifat lucu, serius, terharu dan lain-lain.


Ini komen-komen beliau yang pada pandangan Keris, beliau 'dekat' dengan rakyat.



Tahniah buat beliau kerana bersama dengan rakyat melalui media baru. Sebelum ini Keris ingat beliau gaptek..Haha..ini mahu kena tegur dengan Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, selamba Keris kutuk beliau.

Apapun beliau dan beberapa pemimpin seperti Khairy Jamaluddin, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi yang mendekatkan diri dengan rakyat melalui media baru harus dicontohi oleh pemimpin-pemimpin hadapan yang lain.

Keris kagum dengan prinsip beliau iaitu yang salah tetap salah. Mengenai label yang diberikan kepada beliau sebagai Menteri Amaran dan sebagainya, itu hak individu untuk menilai beliau. Bagi Keris, hanya jauhari yang mengenal manikam. 

Keris rindukan sentuhan beliau ketika menjadi Menteri Pendidikan kerana Keris dapat merasai kemanisan sebagai seorang pelajar yang selesa dengan polisi-polisi serta bantuan dari Kementerian Pelajaran ketika itu.

Walaubagaimanapun, ini cuma pandangan picisan Keris yang tidaklah berapa pandai ini. Cuma menulis mengenai apa yang Keris rasa dengan seikhlas mungkin. Untuk terjemahan Keris serahkan kepada pembaca untuk menilai.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Jika DS H2O boleh dengar rintihan hati Keris pun bagus juga. suara anak muda kadang-kadang penting. Cakap je bila nak jumpa, Keris pasti mengadap DS.. :) 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk