09/01/2013

Azmin Arahkan Mak Lampir Mengamuk Pasal Air? @Khalid_Ibrahim Pergi Jumpa Bomoh Hujan?



Dah masuk hari kesepuluh kawasan Gombak tak ada air. Tiba-tiba Mak Lampir mengamuk pasal tak ada air. Wah! Dah kenapa tiba-tiba mengamuk.

Keris tengok dia salahkan SYABAS, Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian. Haha! Sebenarnya dia nak marah Khalid Ibrahim tapi nak cover punya pasal, dia babitkanlah semua.

Air yang memang terganggu, bukannya Mak Lampir tak tahu itu semua salah Khalid. Orang Pakatan lebih tahu perancangan untuk sabotaj SYABAS kan? Bukannya orang tak tahu kan?

Sekarang baru Zuraida nak mengamuk pasal krisis air? Halloooo! Zuraida tengok ke tak video Azmin kat Selangorku? Kan Azmin kata Selangor tak ada krisis air.

Ehhh! Bukan Keris yang cakap ye! Ni bukti nya beb!



Azmin yang kata tak ada krisis air. Dia yang yakinkan rakyat Selangor dengan air yang melimpah dan hujan tak berhenti sampai banjir. Kih Kih Kih

Sebab itu yang mengamuk bukan Azmin. Ada potensilah Azmin yang suruh Zuraida mengamuk dan keluarkan kenyataan kan?

Taknak malukan? Azmin pun boleh ambil peluang ini untuk jatuhkan Khalid Ibrahim. Musuh ketat untuk seat Menteri Besar?

Sebenarnya Zuraida kena marah Khalid yang lengah-lengahkan nak bina Loji Rawatan Air Langat 2. Khalid jugak yang bekukan CAPEX Syabas sampai diorang nak buat kerja pun susah.

Tak adil nak salahkan Syabas dan kementerian sebab Syabas bukan tak bagitahu yang masalah air sedang meruncing. Kementerian pula bukan tak sarankan untuk bina loji rawatan air langat 2.

Lagipun dengan salahkan Syabas, samalah juga macam marahkan Khalid kan! Azmin dan Zuraida memang tau Kerajaan Negeri pun ada 30% syer dalam Syabas. Ya lah takkan Suhaimi Kamaralzaman yang duduk dalam board Syabas tu tak brief Khalid apa jadi?

Dah berkurun dah beri amaran. Sampai dah berbuih kuning nak bagitahu yang air ada masalah kat Selangor. Jadi memang Zuraida patut marah Khalid yang tak pandai urus negeri Selangor lah!

Sekarang rakyat yang menderita, air nak pakai hari-hari tak ada. Tiba masa ada air warna dia Nauzubillah keruh! Berkeladak siap! Nak bagi anak minum air dan mandi macamtu? Nak mandi pun kena tumpang rumah orang yang ada air.

Sekarang mesti Zuraida dah faham ke salah siapa kekurangan air berlaku. Siap suruh rakyat Selangor saman lagi.

“Jika perlu, saman sivil atau tindakan mahkamah akan diambil. Syabas juga perlu memikirkan pampasan kepada penduduk terlibat kerana ramai dari mereka yang berpendapatan rendah.

“Ada yang terpaksa hantar baju ke dobi dan makan di luar,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

Ya lah Syabas tu kan Kerajaan Selangor jugak kan. Lagi pun Zuraida memang tahu yang Kerajaan Selangor duitnya banyak kan. 


Siapa yang dok canang kata air ada berlambak? Dah nampak siapa yang tak bertanggungjawab? Sekarang Nampak dalam Pakatan pun ada jugak yang dah pandai nak tai-chi sana dan tai-chi sini.

K7L : siapa yang termalu sekarang?

1 ulasan:

  1. Itulah sikap bodoh dan bangang beruk pkr.Oang yang menjahanamkan Selangor.Entah mengapa sanggop membodohkan diri sendiri untuk kepentinggan orang lain.Untuk orang Selangor yang pilih pkr yang kononya untuk mencuba dan merasa pemerentahan pembangkang rasailah dan nikmatilah kebodohan kamu dan bantulah sinuwae dan kalid brahim menekmati kemewahan negeri Selangor yang kamu sama2 korbankan.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk