05/11/2012

PAS Terdesak Mahukan Ulama Baru Setelah Sedari Syiah Menular?



Sejak melihat syiah semakin menular dan menguasai PAS serta puak Anwarinnas semakin berkuasa dalam kepimpinan PAS. Meliaht kepada polemik ini, mereka semakin terdesak mahu ulama yang lebih baik dan bijak untuk diserap masuk. 

Keris melihat mereka telah hilang beberapa ulama seperti Harun Din dan Ismail Kamus yang semakin ditenggelamkan oleh kepimpinan PAS sendiri. Melihat kepada situasi ini, Penegrusi UMB, Saudara Tun Faisal telah ditemuramah oleh Antara Pos :


SHAH ALAM: Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz menyelar tindakan pemimpin kanan PAS yang mendesak golongan ulama Umno supaya keluar dan menyertai PAS yang disifatkannya sebagai lebih Islam.
Menurutnya, kerajaan persekutuan telah melaksanakan lebih 90 peratus konsep Islam dalam pentadbiran, justeru tidak timbul persoalan siapa yang lebih Islamik.'

"Permainan lebih Islam lebih kafir bukan permainan baru. PAS sudah main isu ini sejak saya sekolah dahulu. Ini menunjukkan sikap PAS sendiri yang ada sikap riak dan takabbur.

"Islam dari segi mana? Kalau Islam dari segi hukum, kerajaan BN sudah laksanakan lebih 90 peratus hukum Islam. PAS tidak mampu buat 20 peratus pun," katanya menjawab dakwaan terbaru Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat, Idris Ahmad.Idris dalam temubual bersama Antarapos sebelum ini menyifatkan golongan ulama tidak sesuai duduk dalam Umno kerana parti itu tidak memperjuangkan dasar-dasar Islam.

Sebaliknya beliau menggesa agar golongan itu menyertai PAS yang tidak pernah menyekat ulama berdakwah.Kenyataan Idris itu dibuat ketika pelbagai pihak mempertikaikan komitmen PAS itu kepada Islam setelah parti itu menggugurkan slogan Negara Islam dan beralih kepada matlamat mendirikan sebuah Negara Berkebajikan.

Tun Faisal kemudian mengambil contoh pendirian PAS empat tahun lalu yang berjanji akan menutup kilang-kilang arak dan pusat maksiat di negeri Selangor, namun sehingga kini kesemua tempat-tempat yang dimaksudkan masih beroperasi seperti biasa.

Malah beliau menyifatkan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat bersabit cadangan pelaksanaan hukum hudud.

"Suatu masa dulu, kita dengar cerita mereka mahu tutup kilang arak dan pusat maksiat. Tapi bila kita tengok di Selangor pusat maksiat makin bercambah dan janji itu tidak berlaku."

Kalau kita tengok pada agenda Pakatan, PAS sendiri akui Pakatan menolak hudud.

Dengan jelas disebut hudud bukan agenda Pakatan. Maksudnya PAS akui Pakatan menolak hudud. Jadi di mana Islamiknya?"

Di Pulau Pinang, jawatan Exco Agama pun mereka tidak dapat pertahankan sama juga yang terjadi di Selangor. Jadi apa guna masuk PAS kalau jawatan itu pun tidak dapat pertahankan apatah lagi pertahankan Islam di Pulau Pinang dan Selangor. Kalau nak masuk PAS untuk pertahankan Islam itu mengarut," katanya.

K7L : PAS dah perlu tuakr nama..tak layak pakai nama PAS dah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk