Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Ia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja yang berasala dari keturunan Bani Syaibah. Apabila Nabi Muhammad S.A.W. meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci Kaabah sejak turun temurun.
Bilamana Nabi Muhammad S.A.W. balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijrah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, Nabi Muhammad S.A.W. menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi Muhammad S.A.W. menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W.membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi Muhammad S.A.W. beri semula kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang Nabi. Kalau dia bukan seorang Nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
K7L : Indahkan cerita tentang Kaabah?..
0 ulasan:
Post a Comment