05/11/2012

Nik Aziz Percepatkan Perletakan Jawatan MB Kerana Isu Lembah Sireh?


Dengar khabarnya begitulah. Tetapi itu mustahil sebab dia memang tak mahu bersara. Orang putih kata "Only death do us apart". Haha! Itu bukan isunya.

Kini kelibat blogger Kelantan Cyber Warriors semakin ganas dan membuatkan penyokong Nik Aziz membenci mereka. Sampaikan ada yang nak buat solat hajat untuk hukum mereka sebab kutuk Nik Aziz. Bahaya!

Ikuti pendedahan mereka berkenaan kes sumbang yang melibatkan PAS Kelantan :

  

  •  Apabila timbul isu rasuah PAS akan kata, 'Bukan Rasuah tapi hadiah' ,
  •  Kalau isu penyelewengan pula PAS kata ' Bukan penyelewengan tapi kecuaian',
  •  PAS kafirkan UMNO kerana kerjasama dengan MCA, bila tanya PAS tak kafir ke kerjasama dengan DAP, PAS jawab, 'Tak, sebab kerjasama untuk kebaikkan, tahalluf siyasi'.
  • Tanya lagi, kebaikkan macam mana ? negeri-negeri yang diperintah PR pun masih ada lagi pusat hiburan, contohnya Kedah, Nik Aziz akan jawab, 'Kedah, kena tanya kerajaan Kedah, saya jaga Kelantan sahaja, itu dia punya pasal'.
  • Kat Selangor pula bila tanya pasal kilang arak yang masih wujud, PAS kata, 'UMNO yang luluskan masa pentadbiran mereka, jadi PAS tak boleh buat apa, terpaksa sambung perjanjian yang diluluskan'.
  • Cukup hanya untuk lima isu dahulu yang perlu rakyat sedar bahawa dolak dalih PAS ni takkan kemana, kalau Malaysia ni diperintah oleh mereka sekalipun dolak dalih seperti diataslah yang akan diberikan.
Sementara itu berhubung isu Lembah Sireh, penduduk disitu merasa teraniaya dengan tindakan PAS kelantan yang merampas tanah mereka serta mengesyaki Exco kerajaan Negeri Kelantan telah berpakat dengan 'tauke cina' berhubung isu tersebut. 

Diatas pakatan itu juga semestinya pakatan yang mendapat habuan sehingga sanggup mengenepikan hak rakyat. Selami rakaman video rintihan penduduk Lembah Sireh dibawah, dan nilailah sendiri, Anda Mampu Mengubahnya.



K7L : Jangan kata PAS tak amek rasuah ya..aiyookkk..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk