Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir.
Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)
Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syiβah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syiβah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
βIndividu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syiβah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).β
SIAPAKAH SYIβAH?
Syiβah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina βAli lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiβah daripada golongan-golongan yang lain.
Terdapat beberapa aliran di dalam Syiβah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syiβah Imamiyyah Ithna βAsyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syiβah Imamiyyah Ithna βAsyariyyah. Syiβah inilah yang dipertikaikan oleh para βulamaβ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
SYIβAH IMAMIYYAH ITHNA βASYARIYYAH
Syiβah Imamiyyah Ithna βAsyariyyah ialah Syiβah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. βAli bin Abi Talib (wafat 40 H)2. Hasan bin βAli (wafat 50 H)
3. Husain bin βAli (wafat 61 H)
4. βAli Zainal βAbidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin βAli Zainal βAbidin (wafat 117 H)
6. Jaβfar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Jaβfar as-Sadiq (wafat 183 H)
8. βAli ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin βAli ar-Ridha (wafat 220 H)
10. βAli bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin βAli al-βAskari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-βAskari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syiβah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syiβah;
Selangor:19 Januari 1998
W.Persekutuan:3 April 1997
Terengganu:25 September 1997
P. Pinang:16 Januari 1997
N.Sembilan:12 Mac 1998
Kelantan:September 1987
Rujukan Lanjut:http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
Lakaran Imam 12 Syi`ah

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA
(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
*Imam Jaβfar as-Sadiq berkata: βPada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.β (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
*Abu Hasan a.s. berkata: βAurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.β (Al-Furuβ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)
*Imam Hassan al-Askari berkata: βSesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.β (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
*Khomeini berfatwa: βMengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.β (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)
*Abu Hasan bertanya Jaβfar as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: βTidak mengapa.β (AlIstibsar j. 3 hal. 141)
*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)
*Tafsiran pelik Syiβah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: βDia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannyaβ. Imam tafsir Syiβah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Jaβfar as-Sadiq, katanya: βAli dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagiβ. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)
*Tulisan di atas Kaabah Syiah βAli Jaanβ yang bermaksudβAli Adalah Kesayangankuβ

Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isyaβ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isyaβ.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam mahdi).
Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/
12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Jaβfariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Jaβfar as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan βaqidah-βaqidahnya yang melampau.
Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat-sahabat yang lain di dalam peristiwa rajβah (kebangkitan sebelum kiamat).
Mereka juga percaya kepada al-badaβ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qurβan, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, βUmar, βUtsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.
Fahaman Syiβah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.
Fahaman Syiβah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.
ANTARA AKIDAH SYIβAH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
AGAMA SYIβAH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syiβah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beriβtiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:
βBahawa tokoh-tokoh Syiβah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.
AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: βTiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.β (Lamβah al-Iβtiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYIβAH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: βKita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.β (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: βSesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasulβ. (AlHukumah al-Islamiah β hal 52)
AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan βakidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: βNabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.β (Al-Ahzab 40)
AGAMA SYIβAH- Al-Bada.β Dari segi bahasa al-Badaβ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syiβah, al-Badaβ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Jaβafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syiβah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Jaβafar pun berkata: βTidak pernah berlaku kepada Allah (al-Badaβ) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.β (Firaq as-Syiah hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: βAllah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.β(Al-Mukmin 19). Dan: βDan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatuβ.(Al-Talaq 12).
AGAMA SYIβAH β Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiβah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah βberdusta dan berbohongβ. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syiβah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-Aβjami katanya Jaβfar as-Sadiq a.s. berkata kepadaku βWahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Minal-Kafi, jil. 2 hal. 217).β Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaaβfar As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): βWahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.β (Al-Kafijil. 2, hal. 222)
AGAMA ISLAM β Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: βTidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.β (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syiβah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: βTidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiβah .β (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYIβAH β Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiβah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syiβah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu
kembali murtadβ. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: βPara sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.β Aku bertanya (kata perawi): βSiapakah yang tiga itu?β Abu Jaafar menjawab: βMiqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.β(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM β Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: βDan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang βMuhajirinβ dan βAnsarβ dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besarβ.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
AGAMA SYIβAH β Menghalalkan Nikah Mutβah. Nikah Mutβah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah Mutβah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mutβah katanya: βIanya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.β (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak menganggap halal mutβah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: βBukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai rajβah dan tidak menganggap halal mutβah kitaβ. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)
AGAMA ISLAM β Nikah Mutβah yang diamalkan oleh Syiβah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran disamping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: βBahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mutβah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.β (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasaβi)BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT
1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni
Nota: Sebar seluas mungkin risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
K7L : Syiah bahaya bukan?..
0 ulasan:
Post a Comment