27/02/2013

Hadi Awang Samakan Kerajaan Dengan Firaun Sebab Bagi Bantuan #BR1M ?



Memang amat melampaui batas. Sesudah diumpamakan seperti ayam dan lembu, dipanggil dengan gelaran bodoh, dipanggil dengan gelaran ikan bodoh kemudian cakap pemberi BR1M macam Firaun

Dulu pembangkang pernah gelar Tun Mahathir dengan gelaran Mahafiraun. Bermacam macam dipanggil kepada Tun Mahathir, sampai ada yang tuduh bukan bukan kepada Tun M. Akhirnya bila keputusan pilihan raya pada 1999 memihak kepada BN, pembangkang senyap.

Kini, mereka ketandusan idea. Terdesak untuk ke Putrajaya hingga hilang pertimbangan akidah dan agama. Sanggup politik kan kalimah Allah, sanggup benarkan DAP tanding lebih 150 kerusi dan paling teruk menghina penerima BR1M seperti haiwan.

Nik Aziz dan Hadi Awang menghina rakyat Malaysia pelbagai kaum yang menerima BR1M.

Mengguris hati orang Melayu di sawah, menghina masyarakat Cina, mengeji masyarakat India. Guan Eng juga pernah beri RM100 di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim pernah beri RM100 untuk shopping di Selangor dan Nik Aziz sendiri pernah beri duit pada masyarakat orang asli di Kelantan. Apa pula gelaran untuk habuan sebegitu?

Nik Aziz sudah keterlaluan, Hadi Awang sudah hilang pertimbangan. PAS akan diajar oleh rakyat kerana keceluparan mulut mereka. Apa yang berlaku pada 1999 akan berulang kembali. Dalam diam rakyat majoriti akan mengajar kebiadapan Nik Aziz dan Hadi Awang.

K7L: Ini semua dah melampau sangat...

2 ulasan:

  1. ' Sesungguhnya dlm tubuh itu ada segumpal daging, jika ia baik mk baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia buruk mk buruklah seluruh tubuhnya. Ingatlah ia adalah hati.' HR Bukhari dan Muslim.
    Kata kata yg baik dtg dr hati yg baik dan kata kata yg buruk dtg dr hati yg buruk. Bila kebaikan yg dilakukan bersangka baiklah. Soal keikhlasan, urusan Allah swt. Sikap mempertikai kebaikan yg dilakukan oleh org lain bukan sifat org yg beriman !

    ReplyDelete
  2. You have a way with words. Excellent work!
    Wedding Dress

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk