Sehingga ke hari ini Mazlan Aliman tidak pernah lekang dengan kutukan dan cercaan terhadap usaha Felda lebih-lebih lagi usaha Felda membantu para peneroka dan anak peneroka menambah pendapatan melalui saham FGV.
Pertikaian demi pertikaian dihamburkan sehingga menghasut para peneroka membenci Felda. Siap kata FGV ini akan merugikan para peneroka.Penipuan demi penipuan dibuat dari hari ke hari masa ke semasa tanpa henti.
Pokok persoalannya, puak jumud ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman tidak pernah putus-putus memberi persepsi negatif terhadap Felda dan menjadikan saham FGV sebagai sasaran utama mereka.
Pelik betul beb! Keris nak tanya juga, mereka ini tertama Mazlan Aliman faham atau tidak dengan padaran saham? Atau selama ini hanya bercakap kosong tanpa sebarang fakta yang kukuh?
Mahu tak ramai kata dia gila. Bila saham naik dia marah dan bila saham jatuh dia boleh pula rasa gembira. Lagi satu nak tanya, apakah dia dan jumud-jumudnya tahu akan lumrah pasaran saham yang akan mengalamai turun naik?
Macam hari ini, daripada 1021 syarikat yang tersenarai didalam bursa saham, 240 daripada syarikat tersbut mendapat keuntungan manakala 450 syarikat mengalami kerugian, yang lain masih dalam keadaan biasa.
Jadi sekiranya saham jatuh itu merupakan perkara biasa. Ini bila jatuh sekali bersorak pasal kejatuhan tu sampai setahun. Yang untung tak mahu pula dia cerita. Syarikat lain yag mengalami kejatuhan dan kenaikan saham hari-hari pun tak ada pula yang nak dipersoalkan?
Kejatuhan saham merupakan satu perkara yang biasa sebab hampir 50% kaunter di Bursa turun. Macam harini ada kaunter yang turun sampai 50% yag mana harga saham jadi separuh dalam satu hari.
Tapi saham FGV takdelah sampai teruk macam itu. Rugi dan untung itu tidak berterusan atau kosisten sebab nama pun permainan saham. Jadi kalau tak faham dengan saham jangan main sebat je. Ini tidak, hari-hari tipu peneroka Felda dengan dakyah songsang.
Walhal sebenarnya mereka yang ambil saham FGV untung! Sebab itu Mazlan marah sangat. Dia tak ada modal nanti nak tipu peneroka Felda jika keuntungan dapat kepada pembeli-pembeli saham FGV.
0 ulasan:
Post a Comment