Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menarik minat pelancong. Sebuah tangga lingkaran yang boleh dikira antara tertinggi di dunia dibuat untuk tujuan menarik minat pelancong.
Sebuah tangga lingkaran dengan ketinggian sekitar 300 kaki atau 91 meter di buat dan diletakkan di Taihang Mountainsm Linzhoud, propinsi Henan China. Dibina dari tanggal ini dibuat dengan tiang lurus dan terdapat anak tangga yang mengelilinginya hingga ke puncak.
Seperti dinyatakan The Sun (22/10/2012), dengan menaiki tangga yang dinamakan Stairway to heaven ini sampai ke ketinggian yang diinginkan, pelancong dapat menikmati pemandangan sekeliling gunung dan hutan di sekitar tempat tersebut.
Namun, ada syarat khusus yang dibuat pengurus tangga ini sebelum pelancong menaikinya. Para pelancong atau pengunjung wajib menandatangani surat pernyataan bahawa mereka tidak mempunyai masalah akan jantung dan organ penting lain serta harus berumur di bawah 60 tahun.
Selain perasaan letih menaiki setiap anak tangganya, tekanan angin yang kencang juga turut menyukarkan perjalanan untuk menuju ke puncak. Tidak disarankan bagi orang yang memiliki fobia atau takut akan ketinggian.
K7L : Siapa sanggup naik?..
0 ulasan:
Post a Comment