22/02/2013

Sajak Maharaja China Buat Rasulullah S.A.W


Sajak Maharaja mengenai Baginda Nabi Muhammad Rasulullah. Hong-Wu (juga dikenali sebagai nama timangannya Zhū Yuánzhāng), adalah Maharaja China di antara tahun 1368 – 1398 CE. Beliau adalah Maharaja Pertama kepada Dinasti Ming, mengetuai batalion tentera yang meluaskan empayar untuk negaranya, dan berjaya menghalau puak utara dari Empayar Monggol (Dinasti Yuan).


Walaupun seorang yang non-Muslim, Hong-Wu telah mengarahkan untuk membina beberapa MASJID BESAR di:

- negeri Nanjing,
- negeri Yunnan,
- negeri Guang Dong
- dan negeri Fujian.


Baginda membina semula Masjid Jinjue dalam negeri Nanjing, dan sebahagian besar RUMPUN CINA bernama Hui (Cina Muslim) telah berpindah ke negeri ini ketika pemerintahan baginda.

TENTERA PADA ZAMAN BAGINDA:

Dalam pasukan tenteranya yang melebar baginda mempunyai 10 orang jeneral besar beragama Islam, mereka yang dimaksudkan ialah termasuk:

- Jeneral Islam bernama Chang Yuchun
- Jeneral Islam bernama Lan Yu
- Jeneral Islam bernama Ding Dexing
- Jeneral Islam bernama Mu Ying
- Jeneral Islam bernama Feng Sheng
- Jeneral Islam bernama Hu Dahai.

Maklumat terahsia menunjukkan, Isteri kepada Maharaja Hong-Wu iaitu Permaisuri Ma,adalah keturunan keluarga Islam, di mana dia sendiri berasal dari ahli kumpulan Muslim yang diketuai oleh Laksamana Guo Zhixin.

MEMUJI AGAMA ISLAM:

Maharaja Hong-Wu telah menulis kira-kira 100 huruf cina, yang dipersembahkan untuk memuji Islam, memuji baginda Nabi Muhammad & Allah, dan sajak cina ini telah diletakkan di sebuah Masjid yang pernah beliau arahkan untuk membinanya. Susunan sajak ini sangatlah indah. Setiap sajak mengandungi 4 huruf & 4 abjad di mana setiap satunya mempunyai makna sangat mendalam. Sedikit terjemahan mudah untuk pemahaman pembaca.

SAJAK 100 PUJIAN (Terhadap Islam, Muhammad, Allah):

  • sejak terciptanya galaksi ini
  • Tuhan telah mengangkat seseorang
  • satu manusia akhlak beriman
  • dari barat telah dilahirkan
  • baginda menerima wahyu agung
  • buku yang mengandungi 30
  • untuk membimbing semua makhluk
  • tuan kepada semua raja
  • pemimpin 1 yang tersuci
  • dengan bimbingan dari atas
  • untuk melindungi negaranya
  • bersama dengan solat 5 waktu
  • dalam diam mengaharap rahmat
  • hatinya lurus kerana Allah
  • mengangkat darjat si miskin
  • menyelamatkan mereka dari sengsara
  • melihat melalui warna kegelapan
  • melalui hadir jiwa & ruh
  • terasing dari salah & silap
  • rahmat kepada sekalian alam
  • menyelusuri rahsia yang silam
  • memadam segala kejahatan
  • agamanya bersih dan benar
  • Muhammad, yang dihormati lagi terhebat.

Sumber

K7L : Wong Fei Hong pun Islam tahu?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk