28/02/2013

Bila Khalid Menyalak Dituduh Pula Orang Lain Bising #IsuAirSgor



#IniSemuaPoyo Beb! Kenapa Keris cakap macam tu? Sebab Oppa Khalid Loser sedang beraksi untuk menjadi hero lagi bagi rakyat Selangor dalam menjuarai isu air Selangor di hati rakyat namun semuanya kekal palsu dan penuh penipuan. 
Sebagai watak boneka kepada DAP, Oppa Khalid telah melakukan cubaan menipu rakyat dengan menghasut. Dia yang semakin loser cuba berdolak dalih dalam isu air telah menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional dan SYABAS akan sabotaj. 

Sabotaj camne? Kini rakyat Selangor sedang dimomokkan dengan berita bahawa gangguan bekalan air akan berlaku pada waktu sepanjang pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hmmm Ada sesuatu yang tersembunyi dalam kenyataan dia.

Dia ingat rakyat Selangor tak bijak? Ya! Kerajaan Barisan Nasional yang kejam inilah yang membantu dan ambil berat tentang isu air walhal Oppa Khalid pula berdolak dalih dalam menangani isu tersebut.

Ini siap yang melawat serta prihatin terhadap rakyat? Kerajaan pusat yang mahu sabotaj dengan mengambil langkah mahu membina Langat 2? Siapa yang menyediakan dana bagi membantu rakyat Selangor supaya tidak terganggu kehidupan seharian jika tiada air?

Teeettt! Bukan itu sahaja malahan Kerajaan Pusat yang membantu dalam projek mitigasi air supaya air tadahan cukup serta dapat mengawal banjir di Selangor! Itu semua niat nak sabotaj? Baru Keris faham sekarang yang ‘membantu’ itu pensabotaj!

Meh sini Keris nak ingatkan Oppa Khalid tentang sabotaj sebenar yang datang dari pihak Kerajaan Negeri. Sewaktu awal-awal dahulu jangkaan negeri Selangor akan menghadapi krisis air, kerajaan Persekutuan mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2 bagi membendung masalah itu.
Namun Kerajaan Negeri bertindak tidak mahu meluluskan pembinaan tersebut dengan menggunakan alasan mahukan penstrukturan semula air. Itu bukan sabotaj namanya? Walhal tak sentuh pun duit Kerajaan Negeri untuk bina Langat 2. 

Sampai sekarang ni pun Oppa Khalid tak cakap berapa titik air akan tambah dengan penstrukturan semula ni.

Lagi nak cerita pasal budaya sabotaj-mensabotaj dari pihak Oppa Khalid. Pihak SYABAS telah berjaya mengurang kadar Non Revenue Water daripada 42% keypads 34%. Pakar Air tak cakap Oppa Khalid ke kalau nak turunkan NRW kepada 15% batang-batang paip tu kena ganti?

Namun apa yang berlaku adalah Kerajaan Negeri tidak meluluskan pinjaman CAPEX tersebut! Itu bukan sabotaj? Bukan Kerajaan negeri yang kena keluar duit, SYABAS nak pinjam BANK! Kenapa tak mahu luluskan? Bukan sabotaj ke namanya tu?

Ketika rumah pam wangsa maju dan pudu hulu mengalami kerosakan, pihak Kerajaan Pusat yang turun membantu dan memberi dana supaya SYABAS selesaikan segera kemelut gangguan air di Selangor.

Kalau diimbas semula, tiada satu pun usaha oleh kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah air. Tapi apa yang Oppa Khalid buat hanyalah menyalahkan SYABAS secara total. ERti kata lain tak membantu tetapi menghasut rakyat untuk menyalahkan SYABAS. Itu bukan sabotaj?

Selama hari ini terlalu banyak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat bagi membendung krisis air Selangor yang dilihat akan menjadi lebih kritikal dari masa ke semasa. Semua ini dilakukan supaya rakyat Selangor tidak mengalami gangguan bekalan air.
Nak dibandingkan dengan Oppa Khalid dan Kerajaan Negeri, mereka hanya tahu menyalahkan SYABAS dan sabotaj usaha-usaha memulihkan air. Daripada cadangan, kajian termasuklah ceramah air liur yang bercakap pasal air, satu pun tidak membantu rakyat Selangor untuk tidak menderita keputusan bekalan air. 

Sekarang siapa yang sabotaj siapa? Keris dah bagitahu yang sebenarnya Barisan Kepimpinan Pakatan Selangor tidak ambil peduli pun pasal rakyat Selangor tak ada air. Tak percaya? Tanya Azmin beb!
(http://youtu.be/XPgz5y-kM-k
Nasihat Keris, Oppa Khalid perlu berhenti menabur fitnah dan menyalahkan orang lain diatas kesilapan diri sendiri. Siapa yang sabotaj siapa sekarang? Kerajaan Pusat tidak sekejam Oppa Khalid yang sanggup buat apa sahaja termasuk melihat rakyat Selangor menderita kekurangan bekalan air. 
Aneh bila tuduh pihak yang sentiasa membantu di dalam membendung krisis air Selangor.

K7L : Rakyat Selangor jangan tertipu..biasanya orang yang cakap tu yang akan buat sabotaj..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk