17/02/2013

Mazlan Aliman Sangat Ketinggalan Zaman - Kini Anak Peneroka Dah Maju!



Jeng jeng jeng.. Siapa pernah dengar Mazlan kata Felda sekat kemajuan anak-anak peneroka? Tahukah anda semua kini anak-anak peneroka tidak lagi dalam tampuk yang lama dan terperap dalam Felda.

Ramai sudah yang berjaya malahan ada yang menempa nama di luar negara. Yang berjaya dalam pelajaran ada. Yang berjaya dalam kerjaya pun ramai. Hari ini keris nak cerita sikit pasal mereka daripada Felda namun berjaya didalam perniagaan.

Eh mesti ramai tanya kenapa Keris cakap pasal kejayaan anak Felda kan? Puncanya adalah Mazlan Aliman. Selama ini dia dok berceramah seolah-olah anak-anak peneroka tiada yang berjaya.

Sebab itu Keris memilih untuk menulis apa kejayaan mereka. Biar rakyat Malaysia tahu yang Felda juga ada hero dan geroin mereka tersendiri yang mampu mengharumkan nama keluarga dan negara.

Kini Felda sudah mengorak langakah ke satu tahap yang tidak ketinggalan zaman. Hanya Mazlan Aliman sahaja masih berfikiran kolot dan dalam suasana hipokrasi yang tidak seiring dengan kemajuan yang berkembang pesat.

Tidak lagi Felda tertumpu kepada penghasilan sawit mahupun getah. Tiada lagi orang melabel anak-anak Felda sebagai mereka yang hanya tahu mengait sawit dan memotong getah setiap hari.

Dewasa ini mereka yang lahir di Felda sudah mengejar teknologi perniagaan. Mereka berjaya dalam usaha mereka. Ini antara bukti mereka sudah berjaya :

Idea untuk menghasilkan roti canai segera terdetik setelah 25 tahun pengalaman berniaga menjual roti canai sebagai sarapan pagi. Pengalaman yang diperolehi telah memberi keyakinan kepada En Mohamad Karim Bin Kamsai untuk mengorak langkah sebagai pengeluar roti canai segera dengan jenama ‘Awangku’. Sebagai permulaan, En. Karim menjadikan rumah ibu bapa beliau di Felda Air Tawar 3 sebagai tempat operasi pengeluaran. Setahun kemudian, beliau berpindah ke premis perniagaan yang baru di Taman Industri Pasak.

Dengan hanya bermodalkan RM30,000.00, kini beliau mampu mengupah 10 orang pekerja untuk membantu beliau. Seramai 5 orang penebar roti canai diperlukan untuk menghasilkan 2500 keping roti canai sehari, sambil dibantu oleh 5 orang pekerja lagi bagi tujuan memasak dan membungkus. Sehingga ke hari ini, pasaran Roti Canai Segera Awangku tertumpu di sekitar Daerah Kota Tinggi kerana permintaan yang sangat tinggi dan kadar pengeluaran yang terhad. Sebagai perancangan masa hadapan, beliau sedang melakukan beberapa inisiatif untuk meningkatkan jumlah pengeluaran dan melebarkan lagi pasaran Roti Canai Awangku untuk memasuki pasaran pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia.

Usahawan yang berusia 40 tahun ini diberi sokongan padu oleh isteri beiau iaitu, Puan. Arinawati Bt. Abd Salam dan 2 orang putera serta seorang puteri yang menjadi sumber inspirasi beliau. Berpegang kepada prinsip berani mencuba untuk berjaya, beliau yang hanya memiliki sijil SRP tidak menjadikan isu tersebut sebagai penghalang untuk berjaya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan roti canai ‘Awangku’, bolehlah menghubungi En. Mohamad Karim Bin Kamsai di talian 013-7339410 untuk tempahan atau datang terus ke kilang. - Roti Canai Segera

Sekarang Mazlan perlu buka mata dia seluas mungkin. Jangan kata Felda tak ada kemajuan, Jangan tipu peneroka lagi. Dah memang patut pun dia dihalau daripada masuk ke mana-man Felda. Tak membantu langsung.

K7L : Siap kelaur Malaysia Hari Ini lagi beb anak-anak peneroka ini..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk