14/02/2013

Tora Datang Lagiiii! Tora Pua Datang Untuk Perlekeh Usaha Kerajaan Persekutuan Bantu Rakyat Selangor - #KrisisAirSgor




Selamba hadap je nak memandai keluar kenyataan yang tak sahih. Kesimpulan sendiri yang dibuat dengan memutarbelitkan fakta sebenar. Apa punya perangai pun Keris tak tahulah. Kali ini dia spin pasal bantuan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM120 juta kepada SYABAS.

Cuma kali ini peranan Tora Pua lebih kepada menyerang Kerajaan Persekutuan. Setiausaha Publisiti yang bercakap tak berfikir ni tuduh Kerajaan Persekutuan cuba untuk ‘menyelamatkan’ SYABAS sebab itu bantuan RM120 Juta dipertikaikan. Semua ini karut sahaja sebenarnya.

RM120 juta itu terang-terang bukan untuk selamatkan SYABAS daripada bankrap. Celah mana SYABAS nak bankrap pun Keris tak tahu. Rasanya usaha sabotaj SYABAS supaya jadi miskin adalah. Sebab mereka yang nak ambil alih konsesi air bila tahu boleh jana duit dan masuk poket sendiri.

Duit yang diberikan itu adalah untuk selesaikan masalah pengoperasian air di Selangor yang sedang mula menghadapi krisis air yang kritikal di beberapa tempat. Ianya bagi memastikan tiada lagi gangguan bekalan air lagi di Selangor.

Puas sudah rakyat Selangor merungut tapi tiada tindakan susulan daripada kerajaan negeri Selangor. Yang mereka tahu hanya salahkan SYABAS. Ada pulak Azmin kata dia memang tak peduli pun kalau orang lain tak mandi. Dengan bongkaknya kata dia sendiri kadang-kadang mandi 7 kali sehari.



Tengok! Kalau pemimpin Pakatan Selangor sendiri tak ambil kisah, apa salahnya Kerajaan Persekutuan yang bersedia nak bantu rakyat Selangor? Itu pun mahu dipolitikkan? Yang diorang tak laksanakan amanah siapa suruh?

Bila orang lain bagi bantuan terus rasa tercabar dan perlekeh? Ini tak betul bang! Isu air bukan suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Ini isu yang benar-benar menganggu kehidupan rakyat Selangor.

Siapa sanggup tengok orang kat rumah tinggi-tinggi yang tak ada lif usung air naik atas rumah? Bayangkan kesusahan mereka yang berminggu-minggu bangun pagi ambil air untuk pastikan anak-anak mandi sebelum ke sekolah?

Nampak kesusahan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan atas ketidakprihatinan Khalid yang sombong? Dengar cerita mereka yang dibantu Cuma orang-orang dia je. Berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang nak bantu tak kira ideology politik.

Kerajaan Persekutuan bukan macam Khalid yang ‘selamatkan’ Talam Corp dengan pembelian harga merapu dan tak masuk akal tingginya. Yang itu baru betul ‘selamatkan’ beb! Mungkin sebab mereka dah biasa buat kerja-kerja ‘menyelamat’ ni, mereka mula tuduh orang lain sama macam mereka. Hoi! Hang ingat Kerajaan Persekutuan sama macam hangpa?

Kerajaan Persekutuan hanya menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat, terutamanya bagi memastikan bekalan air mencukupi. Air penting bagi rakyat sebab itu kita harus puji tindakan pantas dan prihatin Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis air di Selangor.

Air ni bukan sahaja rakyat malahan ekonomi juga boleh terjejas kalau ia terganggu, maknanya peluang pekerjaan rakyat Malaysia juga turut menerima impak. Kerajaan Persekutuan lihat dari banyak aspek. Berbeza dengan Khalid and the gang yang focus kepada politik sahaja!

Sekarang tindakan dah dilakukan maka mengapa perlu Tora Pua pertikaikan lagi? Dari nak harapkan Khalid, sememang cadangan dan kajian sahaja lepas itu salahkan orang itu dan ini. Bertindak lebih baik daripada banyak cakap.

Sekarang rakyat Selangor sudah dibantu Kerajaan Pusat. Yang senang nanti rakyat, kenapa Tora Pua nak takut sampai kena serang niat baik Kerajaan Persekutuan?

Kalau Tora Pua kena saman nanti, rakyat Selangor juga yang keluar duit. Hari tu Syabas dah saman dan Tora Pua kalah. Akibat mulutnya yang terlebih cakap, nak bayar saman lebih RM200 ribu, dia buat fund raising – duit rakyat juga bayar kebodohan Tora Pua.

Kerajaan Persekutaan bagi bantuan kata nak tolong kroni, bantuan untuk Tony Pua nak bayar saman ni, nak panggil apa ye?

K7L : Cakaplah apapun janji rakyat Selangor ada air..terima kasih Kerajaan Persekutuan yang prihatin..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk