04/01/2013

YA! Syabas Dipersalahkan Untuk Tutup Kemaluan Khalid Bila Takde Air?



Oppa! Op Op Op Oppa Khalid Style! Choiiii! Keris dah agak! Dah agak dah yang memang Khalid akan keluarkan kenyataan yang salahkan orang lain walaupun sebenarnya perkara itu berpunca dari kegagalan dan kesombongan dirinya dalam mengatasi krisis air di Selangor.

Sejak dari dahulu lagi ramai yang sudah memberi amaran mahupun saranan tentang krisis air yang mungkin berlaku. Siapa sangka semua ini mengikut kehendak Allah. Kerana keegoan dan sifat sombong Khalid, secara tiba-tiba terdapat dua pam telah mengalami kerosakan.

Kerosakan kedua pam yang berada di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu telah mengakibatkan lebih setengah juta pengguna mengikut isi rumah. Disebabkan kerosakan ini maka Oppa Khalid yang sombong telah menuding jarinya kepada pihak SYABAS.

Selamba hadap dia je nak kata dia kesal dengan alasan SYABAS. Inilah dia Oppa Khalid yang tak tahu menahu tentang masalah-masalah rakyat. Seorang ahli perniagaan yang masuk politik hanya untuk buat duit. Tak percaya? Kita dengar Tun Mahathir kata apa!


Jadi dah tahu siapa sebenarnya Oppa Khalid? Sebab itu dia tak rasa segan untuk tuduh semua gangguan bekalan air yang terputus lama adalah salah SYABAS kerana tidak cekap. Walhal tempat dia sendiri pun dia tak turun.

SYABAS yang turun tiap-tiap pagi untuk bekalkan air bersih kepada penduduk di kawasan yang mempunyai masalah terputus bekalan air. Ulang sekali lagi der! Hari-hari turun salur air! Khalid mana? Keris tahu sebab rumah Keris kat Bandar Tun Razak.

Keris sendiri pantau kehadiran SYABAS. Sempat berbual dengan petugas yang menghantar bekalan air. Apabila ditanya tak buang masa ke bagi air kat sini, balasnya tidak kerana mereka sentiasa rasa gembira bila dapat membantu penduduk yang susah.

Itupun Khalid masih lagi nak burukkan pihak SYABAS. Hari-hari petugas SYABAS datang buat kerja, kau kemana? Khalid ke ceramah yang kutuk UMNO/Bn memanjang. Bila bab polemik yang melibatkan rakyat, dia hanya berani depan media sahaja.

Lihat video Mak Lampir di Meloyakini

Hishh! Tak puas hati betul bila Zuraida yang haritu dengarnya orang yang paling bising kepada Khalid bila takde air. Kononnya SYABAS tak buat pemeriksaan berkala kepada rumah-rumah pam dan itu menjadi punca kerosakan kepada pam.

Hallooo!!!! Ting Tong! Ting Tong! Pertama sekali Keris nak cakap! SYABAS juga sebahagian milik Kerajaan Negeri Selangor dengan 30% pemilikan saham. Jadi tuduh SYABAS sama macam tuduh diri sendiri kan? Mahu jadikan nama SYABAS sebagi kambing hitam untuk menutup kelemahan Kerajaan Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim?

Keduanya, dah berapa kali cakap bahawa permintaan air telah meningkat dan semua loji rawatan air telah beroperasi melebih had atau overloaded termasuklah rumah-rumah pam yang akan memberi tekanan supaya air terawat mudah diagihkan.

Banyak kali cakap pun Khalid masih buat pekak. Bila dah takde air terus nak tuduh salah orang lain? Nak kesal bagai, padahal diri sendiri patut kesal yang tak mahu dengar saranan Kerajaan Persekutuan seperti membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Zuraida pun kena tahu yang rakyat menanggung beban tiada bekalan air bersih sebab Khalid juga. Tapi Zuraida lupa yang Khalid kata air cukup, LUAS kata air lombong pun cukup. Bila tak cukup terus kata orang lain? Yang beria kata cukup kenapa?

Paling geli hati adalah kenyataan Zuraida yang kata SYABAS tak ambil kira aspek jangka panjang dalam merancang pembekalan air. Aiyoooo Mak Lampir ooiii! Projek Langat 2 dan penukaran paip-paip lama/bocor/rosak merupakan pelan jangka panjang SYABAS yang terbantut dek kerana kerajaan Selangor sendiri.

Dengan pembekuan CAPEX untuk SYABAS laksanakan tugas dibekukan, macamana mereka nak buat macam-macam jika modal mereka disekat. Apa ingat nak betulkan pam pakai air liur? Sekarang mudah sahaja. Khalid hanya nak salahkan SYABAS selepas malu dengan kegagalan Kerajaan Selangor dalam mengatasi krisis air yang dah jadi.

Rakyat kena tahu yang rumah pam Wangsa Maju menghadapi masalah teknikal kerana beroperasi secara melebihi kapasiti bagi menampung permintaan bekalan air daripada pengguna Kuala Lumpur dan Gombak. Sebab kerja lebih apabila loji rawatan baru tak mahu dibina.

K7L : Kalau nak buat Langat 2 kena mula dari sekarang!..rakyat menderita sebab kebodohan dalam menyelesaikan masalah air lah Khalid oiii...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk