03/01/2013

Menakjubkan! - Parlimen Bandar Tun Razak Kawasan @Khalid_Ibrahim Takde Air!



Jelas melalui gambar di atas, Khalid Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang sah. Tetapi dimanakah beliau tatkala gangguan bekalan air berlaku di kawasannya sendiri? Rungutan para penduduk seperti mereka yang tinggal di Bandar Sri Permaisuri boleh didengari.

Sumber air di Kuala Lumpur sebenarnya dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Maka, sekarang mereka sedar bahawa Menteri Besar Selangor sememangnya seorang manusia yang gagal menangani isu air dengan baik.

Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak seakan tidak ambil tahu tentang masalah air yang terganggu di situ. Sememangnya Khalid bukanlah seorang pemimpin berjiwa rakyat tetapi manusia yang berjiwa kelat.

Bayangkan air sudah tidak ada sejak Jumaat yang lalu. Paling sedih dengar cerita orang nak buat kenduri kahwin terbantut selepas air tak ada. Yang buat kenduri akikah kat BSP tak jadi bagi makan kat orang sebab air kadang-kadang ada kejap kang tak ada balik.


Perghh! Kalau air yang ada pun berkarat, nak masak dan minum macam mana? Kesian kat pengundi Bandar Tun Razak. Orang yang mereka undi akhirnya punca kepada masalah seharian mereka. Sampai hari ini tak ada pulak Khalid nak minta maaf atau jumpa orang di kawasan Bandar Tun Razak.

Melawat pun tak ada masih nak mengaku dirinya seorang wakil rakyat? Musim orang berkahwin dan berkenduri tengah rancak sebab dah nak buka sekolah, semuanya terganggu dengan bekalan air sekaligus persiapan mereka untuk meneruskan majlis tak sempurna.

Anak-anak kecil ramai kat Bandar Tun Razak. Macamana mereka nak jadi sihat kalau air berkeladak macam itu untuk mereka mandi, minum dan makan? Inilah kesan teruk kepada rakyat diatas keputusan politik bodoh Khalid yang tak mahu mendahulukan rakyat, dia hanya pentingkan parti dan duit masuk poket sahaja.

Mereka kena tahu bahawa orang yang perlu dipersalahkan adalah Khalid Ibrahim. Dah berapa kali cakap loji-loji di Selangor ni dah bekerja lebih kapasiti, tapi tak dengar. Hah ni sekarang, kan dah jadi kenyataan, pam dah tak berfungsi, dah kepenatan sampai stop terus. Kerana dialah SYABAS tak dapat nak ganti paip-paip lama yang mampu mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil, CAPEX mereka dibekukan oleh Khalid sendiri!

Selepas itu Khalid adalah individu yang tak habis-habis mahu membuat penstrukturan semula air di Selangor tetapi gagal. Khalid juga manusia yang bertanggungjawab melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh lebih 30 bulan! Kalau dari dulu dia luluskan semua sudah tentu masalah air dapat diselesaikan.

Dengan permintaan air yang bertambah setiap hari, Khalid gagal menyediakan bekalan air terawat yang mencukupi diatas sifat bodoh sombongnya yang melihat semua benda sebagai politik dan mengenepikan hak rakyat.

Tadi Keris terserempak dengan orang kuat PKR di Bandar Tun Razak, dia kata dia akan pastikan Khalid Ibrahim tidak bertanding di Bandar Tun Razak. Gerakan untuk sabotaj calon PKR akan dibuat sebab orang PKR sendiri dah tak setuju dengan parti mereka.

Pasal isu air ini bakar rumah pun orang sanggup beb! Ni dah masuk musim sekolah. Apa agaknya nasib anak-anak kecil yang mahu ke sekolah jika masalah air ini berterusan? Khalid Ibrahim nak jawab?

K7L : Air lombong percuma untuk semua?..

2 ulasan:

  1. aku ngan kgkwn dah pakat ramai2, air takde, berak bungkus, cri umah si kalid, lempau kat kat umah dia....

    ReplyDelete
  2. Keris leith dah.... Most Kawasan xde air...Ada pun time Malam sekejup n pagi sekejup je... Then xde semula... Few days dah ni

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk