Showing posts with label felda. Show all posts
Showing posts with label felda. Show all posts

05/05/2013

[Video] Anak Muda #Felda Dipergunakan Oleh Pembangkang!



Dalam pada hari pengundian ini, berita yang sampai ke telinga Keris teramatlah mengecewakan. Ini adalah kerana satu perkara telah berlaku di Felda Trolak dimana ia berkenaan dengana anak-anak muda.

Pada mulanya Keris ingatkan anak-anak peneroka di sana telah diupah oleh puak pembangkang untuk membuat flashmob. Namun 'Flashmob' yang dibuat itu dilaksanakan di tengah-tengah jalanraya.

Kereta yang lalu lalang sebenarnya diganggu dengan kibaran bendera parti-parti pembangkang dengan jarak dekat. Membahayakan si pembuat 'Flashmob' dengan pemandu kereta dan penunggang motorsikal.

Namun jangan tertipu kerana mereka yang menjadi pencacai 'Flashmob' pembangkang sebenarnya adalah jentera-jentera upahan yang diimport daripada luar kawasan Felda kerana anak-anak peneroka solid menyokong Barisan Nasional.

Namun kecewa masih terpacul dalam sanubari hati Keris kerana tetap ada Melayu yang sanggup menerima upah dan kibarkan bendera DAP. Bendera parti kauvinis yang mahu haspukan kuasa Melayu di Perak.

Sedar dan bangkitlah anak muda. Jangan jadi anjing kepada DAP. Kelak kamu tahu akibat jika terlalu percaya dengan 'syaitan-syaitan' yang menjanjikan seribu satu harapan namun akan musnahkannya setelah mereka dapat kuasa.

K7L ; Belajarlah daripada Singapura..lihat apa jadi kepada Melayu Singapore..

02/05/2013

Anak Muda #Felda Seri Jaya Bertegas Tolak PR! #BetterNation #PRU13


Calon BN N07 Bukit Serampang berbasikal menjelajah Felda Seri Jaya

Calon Barisan Nasional N07 DUN Bukit Serampang Tuan Haji Ismail Mohamed bersama-sama pengundi muda dan belia-belia Felda Seri jaya yang terletak di kawasan DUN Bukit Serampang mengelilingi kawasan Felda ini dengan menaiki basikal dalam program Berbasikal Bersama Calon.

Sebanyak 50 buah basikal terlibat dalam program berbasikal bersama calon DUN N07. Program berbasikal ini adalah program yang kedua selepas Felda Bukit Kepong yang sebelum ini terut mengadakan program seumpama ini. Selain berbasikal melalui kawasan ini, beliau turut singgah ke rumah-rumah peneroka Felda yang terlantar sakit. 

Pada program ini beliau melawat 3 buah rumah yang mana terdapat mereka yang terlantar sakit dan sudah uzur. Selepas berbasikal mengelilingi kawasan tersebut, beliau berhenti di kawasan gelanggang Futsal untuk bersama-sama pemuda kawasan ini. Beliau pun main futsal dengan pemuda yang hadir beb!






Inilah model pemimpin yang kita mahukan. Mereka yang akan mewakili rakyat perlu prihatin, selami jiwa anak muda dan terima sebarang aduan serta usaha dalam menjalankan tanggungjawab jika dipilih kelak.

Anak-anak muda Felda Seri Jaya di Pagoh telah menyatakan pendirian mereka bahawa tiada parti lain yang mampu jaga anak-anak Felda terutamanya bagi mereka yang berada dalam lingkungan generasi kedua dan ketiga dalam apa jua aspek.

Pendirian anak-anak peneroka ini sekaligus menidakkan hasutan serta dakyah songsang yang dibawa oleh Mazlan Aliman serta ANAK. Mereka ini disahkan penipu dan tak layak bercakap bagi pihak anak-anak peneroka.

Mereka sudah pilih..anda bagaimana?..

K7L : PR kata nak tawan Felda..jangan harap!..

01/05/2013

Pembangkang Gagal Burukkan Felda Tanda Mereka Memang Hanya Pandai Menipu



Pelbagai Isu-isu lama seperti Israel, bankrap, kejatuhan harga saham, keuntungan, IPO dan sebagainya memang sengaja diwujudkan oleh pembangakang. Semuanya digarap dan dilakonkan oleh sebuah NGO yang ditubuhkan secara tidak berdaftar dengan nama ANAK.

Sebenarnya pembangkang tidak ada modal lain untuk menjatuhkan Felda. Yang sama diulang-ulang mengikut skrip. Tak ada cerita lain asyik yang sama je sebenarnya.

Contoh semalam di Felda Sg Tengi, ada buat ceramah kecil-kecilan. Yang Keris dengar dari semalam sampailah ke kedai kopi hari ini oleh puak PAS cuma kes cuma  Rugi, tanah tergadai, rugi, tanah tergadai, rugi, tanah tergadai. 

Berapa ramai yang terlibat sekarang ni. Doalah benda yang baik-baik untuk peneroka peneroka ni, kalau kita sifat negatif sangat Allah pun tak suka. By the way tanah peneroka memang takkan tergadai dan silalah doa saham tu untung. Rakyat Malaysia jugak untung.

Tak habis-habis. Mudah cerita tak perlu percaya dengan mereka in iyang datang dengan harapan syurga di tangan kanan mereka. 

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al Hujurat ayat 6)

K7L : Jangan percaya!...

30/04/2013

Sejarah PAS Dan #Felda - Wajib Diketahui Untuk Elak Kekeliruan!


Sepanjang tempoh berkempen ini seringkali Keris dengar berita orang-orang PAS becakap pasal Felda. Kononnya PAS layak untuk bela nasib orang Felda. Katanya Presiden ANAK yang juga hero buat peneroka Felda merupakan ahli PAS.

Haduimakkk. Ini yang Keris menyampah bila orang yang bercakap tu orang yang tak baca sejarah. Nak kata dia hidup zaman PAS dalam Barisan Nasional, dia masih tak wujud lagi. Aduiiii.
Derrr... Ini Keris nak kongsi pasal sejarah PAS bersama Felda! :

SEMUA pasti maklum bahawa suatu ketika dahulu PAS pernah bersama-sama berjuang didalam Barisan Nasional selepas insiden berdarah ‘Tragedi 13 Mei 1969′.

Ketika itu berlaku perpecahan kaum yang mana melihat ‘perang’ antara kaum Melayu dan kaum Cina selepas pembangkang mendapat kuasa baru di Kuala Lumpur. Ketika itu, GERAKAN, DAP dan PAS adalah antara pembangkang di Malaysia.

Kesan langsung atau suka untuk penulis nyatakan adalah ‘hikmah’ disebalik kejadian itu, perpaduan antara kaum dibentuk semula, anasir subversif dan komunisme ditentang habis-habisan.

Dari tragedi itu juga, maka dibentuk gabungan Barisan Nasional menggantikan Perikatan yang turut memperlihatkan 2 daripada pembangkang menyertai Barisan Nasional iaitu PAS dan GERAKAN.

Dengan mengetahui sifat khianat dan munafiq PAS itu, satu perjanjian dibuat antara 2 komponen BN ketika itu iaitu UMNO dan PAS. Menurut perjanjian yang dibuat bersama, PAS telah bersetuju untuk tidak membuka ranting atau cawangan dimana-mana kawasan kerusi UMNO termasuk FELDA.

Begitu juga sebaliknya, UMNO tidak boleh menubuhkan cawangan dimana-mana kawasan yang telah ada cawangan PAS. Kedua-dua pihak telah pun mencapai kata sepakat.

Jadi, bila masa pula PAS menembusi FELDA ?

Ketika PAS berada didalam pemerintahan bersama Barisan Nasional, PAS telah diberikan jawatan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA di bawah Kementerian Tanah dan Galian.

Ketika mendapat kuasa yang kecil ini, PAS tidak patuh pada janji, PAS merancang untuk mengkhianati BN dan memungkiri janji. Secara senyap-senyap mereka menggunakan kuasa dan jawatan mereka itu untuk mengembangkan PAS di kawasan-kawasan FELDA termasuk membuka cawangan di beberapa kawasan FELDA baru, antaranya di Kemahang, Kelantan dan di Johor.

Selepas tindakan PAS dikesan dan terbukti mengkhianati perjanjian, melalui undi kesemua parti komponen, 11 undi mahu PAS disingkirkan dari Barisan Nasional manakala PPP berkecuali dan PAS membantah, maka PAS ‘ditendang’ keluar secara demokrasi.

Disitulah sejarah bagaimana PAS disingkirkan dari Barisan Nasional dan bagaimana PAS ‘mengepak’ di FELDA hasil dari sebuah pengkhianatan dan salah guna kuasa.

Selepas disingkirkan dari BN, semakin kuat ‘iltizam’ PAS untuk mengusai FELDA yang penduduknya adalah Melayu-Islam kerana PAS yakin akan ‘merketing’nya menggunakan Islam sebagai ‘produk’ politik mereka.

Keyakinan PAS memuncak bilamana berjaya memperdaya penduduk di beberapa kawasan FELDA. Sehingga kini, FELDA terus diserang oleh pembangkang yang kini dalam gabungan 3 parti politik iaitu PAS, DAP dan PKR.

Sebab itu jangan tertipu lagi dan biarkan diri anda ditipu. Baik peneroka yang akan menerima akibat sama juga buat rakyat Malaysia yang lain, hati-hati jika mahu memilih Pakatan sebagai pemerintah.
K7L : Sekarang dah faham der?..

28/04/2013

Kini Anak Peneroka #Felda Kaki Rempit Boleh Tunjuk Skill Di Litar Lumba!



Tahniah! Felda telah meluluskan pembinaan litar lumba di Jengka dalam usaha untuk melahirkan generasi kedua yang kompetitif Felda, serta membolehkan mereka menikmati aktiviti rekreasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam persekitaran yang sihat.

Erti kata lain tak perlu lagi dengar cerita budak Felda merempit secar aharam walhal membawa motorsikal merupak kelebihan sesetengah daripada mereka. Tak salah nak cungkil bakat terpendam yang ada.

Litar perlumbaan tersebut akan dibina dengan kos RM1.9 juta, dijangka meningkatkan ekonomi luar bandar dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan, selain menjadi platform untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan permotoran.

Kena tengok banyak aspek jugak. Mesti akan ada yang bersuara sumbang dengan pembinaan litar lumba ini. Siapa sangka ramai juga anak muda Felda akan bekerja di litar itu kelak?


Yang belajar politeknik atau universiti mengikut kemahiran mesti akan ada tempat di sana. Ini merupakan satu inisiatif Felda dan Kerajaan Barisan Nasional dalam memupuk anak muda yang berbakat. Bukan yang hanya tahu memekik di jalanan.

Litar perlumbaan ini meliputi kawasan seluas 5.3 hektar, akan digunakan sebagai tempat untuk perlumbaan drag dan ujian pecut, maka membanteras masalah sosial yang berkaitan dengan lumba haram di kalangan belia Felda.

Jadi bila dah dibina jangan lupa tunjuk bakat dan kepada anak-anak peneroka yang berkemahiran seperti juruteknik, pengurusan pejabat dan macam-macam bidang boleh cuba untuk bekerja di situ kelak.

K7L : Tahniah lagi dekat Felda.. ada je benda nak buat..

27/04/2013

Rosakkan Minda Peneroka #Felda - ANAK Dipatungkan Untuk Pakatan!



Ini bukan rahsia yang cuba disorokkan, memang patutpun Pakatan Rakyat menghantar agen mereka ANAK untuk menghuru-harakan Felda dengan menyerang membabi buta isu-isu Felda. Mereka kononnya simpati dengan nasib peneroka dengan membawa berbagai-bagai fahaman fitnah untuk menarik seberapa banyak undi peneroka kepada Pakatan.

Pakatan tahu itu tugas yang sangat sukar, hendak masuk parti PAS sudah tentu ditolak bulat-bulat kerana PAS mempunyai sejarah hitam bersama Felda. Hendak digunakan DAP memang tak boleh kerana DAP parti rasis kauvanis. Hendak dihantar PKR memang tak boleh sebab rakyat Felda benci kepada Anwar.


Maka mereka menghantar agen halus bergelar ANAK dengan melantik pencacai Mazlan Aliman melakukan kerja-kerja bangang dia. Tugas pakatan diserahkan bulat-bulat kepada Mazlan untuk mengaut seberapa banyak kerusi Parlimen dan DUN yang boleh.

Jumlah kerusi Felda di seluruh Malaysia amat besar iaitu 54 Kerusi Parlimen dan 92 DUN. Bayangkan betapa banyaknya kerusi di Felda. Maka Keris rasa tidak hairanlah pakatan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerusi ini bagi mencapai hasrat mereka untuk ke Putrajaya yang dikatakan projek membazir suatu masa dahulu.

Maka kini apakah Pakatan mampu mengubah sokongan peneroka Felda? Dalam angan-angan mereka sahajalah! Kerana peneroka Felda tidak sebodoh itu untuk menerima hasutan daripada agen halus puak Pakatan. 

Soalnya mengapa sekarang baru muncul ANAK? Mengapa tidak dulu lagi mereka tubuhkan? Kerana ANAK hanyalah boneka yang dipatungkan oleh Pakatan. Semuanya untuk menghancurkan Felda yang banyak membantu peneroka sejak 50 tahun yang lalu.

K7L : Jangan jadi manusia tak sedar diri macam Mazlan..takut jadi gila..

25/04/2013

Calon PAS Jempol Sahkan Dirinya Akan Kalah PRU13?



Jeng Jeng Jeng..Keris dengar cerita sedih daripada Nogori Sombilan. Sodih sampai menitik airmato den haa!


Calon PAS yang diletakkan oleh PAS untuk kalah di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin ataupun bekas penyanyi Aishah telah menyatakan apa yang terbuku dihatinya sejak hari penamaan calon tempohari.

Jentera parti PAS serta dirinya telah dihalau oleh penduduk Felda Bukti Rokan ketika majlis memperkenelakan calon daripada pembangkang. Semuanya berlaku pagi semalam waktu jentera-jentera pilihanraya PAS sibuk buat promosi caon dengan berkempen mengetuk pintu rumah ke rumah.

Penziarahan Aishah yang dikatakan calon tidak sepatutnya oleh PAS telah ditolak mentah-mentah oleh para peneroka Sehinggakan dia sendiri dah terasa dibuang dan akan kalah menjelang hari pengundian nanti.

Rahsia yang Aishah tak tahu adalah puak PKR juga telah memulaukan dia. Menurut cakap-cakap mulut orang PKR di Felda Bukit Rokan yang sejemput dua tu. Mereka akan menggagalkan usaha kempen Aishah kerana dendam kerusi yang berlaku di antara PAS dan PKR.


Apapun ini telah menjadi bukti bahawa para peneroka tidak lagi terhasut dengan Mazlan Aliman yang diupah untuk memburukkan Felda di mata peneroka.. Semoga Allah pelihara Felda demi kesejahteraan para peneroka.

K7L : Selamatkan Malaysia daripada dijajah oleh Pakatan!..

22/04/2013

Peneroka Akan Sokong Calon BN Bukti Mereka Tidak Terhasut Dengan Dakyah Mazlan Aliman!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada cakap bahawa kecekapan dan iltizam kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan Felda tidak mampu ditiru oleh mana-mana negara di seluruh dunia.

Katanya, ada kerajaan di Afrika yang cuba membuat satu organisasi seperti Felda tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak seperti kerajaan Malaysia pimpinan BN.

Sehubungan dengan itu...chewah! Dah macam pemberita pulak Keris. Hehe. Ya Keris happy sebab berita daripada Felda seluruh Malaysia amat memberangsangkan. Kerusi di Felda adalah sebanyak 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN.

Antara Calon yang akan bertanding di kerusi berkaitan Felda adalah, Pengerang – Azalina Othman, Kota Tinggi – Dato’ Ehsan, Semberong – Hishammudin Tun Hussien, Jempol – Tan Sri Isa Samad, Sekijang – Anuar Manap, Rompin – Dato’ Jamaluddin Jarjis, Jengka – Wan Salman, Pangkor – Zambri Kadir, Pokok Sena – Shahlan dan ramai lagi nama-nama calon yang punyai kredibiliti untuk membela nasib peneroka Felda.

Berbeza dengan Presiden Anak yang cakapnya berdegar-degar pasal peneroka Felda. Macam-macam hasutan cuba dilakukan namun akhirnya dia sendiri tidak bertanding mana-mana kerusi.

Jika benar dia yakin peneroka Felda menyokongnya, sudah tentu dia akan bertanding di Tenggara memandangkan dia juag YDP PAS Tenggara. Tapi takut kalah dan pengecut. Keris ada tulis panjang lebar pasal benda ni kat [SINI]

Kalau di Sabah pula Keris kongsikan berita daripada Bernama :

Penduduk gugusan Felda Sahabat, yang terjejas berikutan serangan pengganas Sulu pada Mac lepas, yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh kemenangan besar di kerusi Parlimen Silam dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku pada pilihan raya umum ke-13.

Penduduk khususnya di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu percaya calon-calon BN boleh mengembalikan keamanan dan pembangunan di kampung mereka yang musnah teruk akibat serangan penceroboh dari Selatan Filipina itu.

Calon BN bagi DUN Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said akan mempertahankan kerusi itu manakala penyandang kerusi DUN Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Mansur bertukar ke Parlimen Silam.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata penduduk kampung itu telah berikrar untuk menyatakan sokongan kepada BN yang terbukti sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

"Tidak mungkin penduduk kampung di sini akan lupa dengan semua jasa dan sumbangan kerajaan kepada kami. Kami telah berikrar untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) diteruskan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kerajaan BN sebelum ini telah banyak membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka, dengan pemberian enjin bot secara percuma kepada nelayan dan kemudahan asas yang lain kepada penduduk kampung.

Tinjauan Bernama di kampung berkenaan mendapati rumah yang mengalami kerosakan kecil seperti kerosakan dinding dan atap akibat serangan penceroboh sudah mula dibaiki oleh kontraktor yang dibayar kerajaan sejak lima hari lepas.

Sementara itu, penduduk kampung Tanjung Labian, Arip Abdul Talib, 54, berkata beliau menyokong calon BN itu kerana mahu Najib terus mentadbir negara.

Sambil menyatakan keyakinannya yang BN mampu menang selesa di kawasan itu, beliau berharap calon parti itu boleh memahami keperluan rakyat dan membawa perubahan yang lebih baik kepada penduduk kampung.

Menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 671 pengundi yang terdiri daripada penduduk Kampung Tanjung Labian, Sungai Merah dan Lok Sambuang mendaftar untuk mengundi di Sekolah Tanjung Labian.

Sementara itu, Rahim Abd Latif, 29, berkata beliau yakin BN boleh mendapat kemenangan besar di kawasan itu kerana parti itu disayangi penduduk kampung.

"BN masuk kampung pedalaman bantu rakyat, pembangkang ini pula masuk hanya tabur janji dan buruk-burukkan kerajaan...tengoklah nanti kempen baru nampak mereka (pembangkang)," katanya. - BERNAMA


K7L : 2/3 Insyaallah!

21/04/2013

Peluang Peneroka Tambah Pendapatan Mampu Jana Ekonomi #Felda



Para peneroka Felda kini berpeluang menambah pendapatan menerusi pelbagai program transformasi dan pembangunan yang lebih sistematik di kawasan tanah rancangan. Ini merupakan satu peluang yang baik buat mereka.

Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad ada cakap Felda yang dibangunkan dengan matlamat membasmi kemiskinan akan tercapai dan menepati visi Felda untuk menjadikan peneroka menerima pendapatan tinggi.

Felda boleh dikatakan sebagai salah satu organisasi yang menjadi penjana ekonomi bagi kawasan luar bandar dengan penyediaan peluang-peluang pekerjaan, perindustrian serta ruang perniagaan yang lebih sistematik dan efisien.


Antara platform yang boleh digunapakai oleh para peneroka bagi menjana pendapatan lebih adalah melalui Kompleks Industri dan Rekreasi Felda (KIRF). KRIF di Chini itu misalnya adalah antara program transformasi yang bertujuan membangun dan merancakkan keusahawanan Felda di kawasan berkenaan.

Seramai 35,310 daripada 112,635 peneroka terlibat dalam bidang keusahawanan dan oleh itu Felda berusaha memastikan setiap orang dibantu bagi membuka ruang dan peluang. Mazlan Aliman sebenarnya perlu berhenti memekak pasal Felda sebab sehingga ke hari ini Felda tak buat peneroka rugi.


Visi Felda yang nak mempelbagaikan pendapatan tinggi bagi peneroka serta menjadi pengeluar kepada produk-produk berkualiti memang sesuatu yang baik. Syabas pihak Felda!

K7L : Yang si Mazlan ni tak habis-habis cari salah..yang elok ni patut sokong!..

20/04/2013

Kerusi #Felda Akan Jadi Milik BN! InsyaAllah #PRU13 Jadi Saksi Peneroka #TolakPR





Kerusi yang meilbatkan Felda adalah sebanyak 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Rasanya BN pernah kehilangan Kerusi Jengka yang majoritinya peneroka Felda tetapi itu pada tahun 1999, zaman ramai yang terpedaya dengan Anwar Ibrahim.

Namun selepas Pilihanraya Umum ke 11, sehingga ke hari ini Kerusi tersebut kembali menjadi milik Barisan Nasional sehingga waktu Tsunami Politik yang melanda Pilihanraya ke 13 pun Barisan Nasional masih menang di situ.

Kini perspektif yang dapat dilihat, kerusi-kerusi yang berkaitan dengan Felda dijangka akan menang sepenuhnya memandangkan para peneroka sudah menolak Pakatan akibat tertipu beberapa kali dengan dakyah songsang yang dibawa oleh pembangkang.

Beberapa siri ceramah Mazlan Aliman, seorang pencacai yang ditugaskan untuk menyesatkan pemikiran para peneroka Felda telah menyaksikan penolakan kepada pembangkang apabila setiap kali dia hadir ke Felda pasti akan ada peneroka yang menghalaunya keluar dari kawasan.

Kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN, 54 daripada 222 Parlimen dan 92 DUN adalah di negeri Pahang, Johor, dan Negeri Sembilan selain beberapa Felda di negeri-negeri lain. Kerusi tersebut biasanya Calon Barisan Nasional akan berhadapan dengan calon daripada PAS ataupun PKR. 

Namun seringkali Pakatan Pembangkang tersungkur walaupun usaha menghasut mereka tidak pernah berhenti.

Kita dapat lihat kali ini sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional selepas peneroka Felda sangat menyokong DS Najib yang sangat faham akan kepentingan Felda serta kebajikan peneroka yang sentiasa diambil berat.

Kini Pakatan akan berputih mata pada PRU13 ini!


K7L : Rakyat Malaysia menyokong kepimpinan Barisan Nasional!

18/04/2013

Kerana BN Menang Di Hulu Selangor Dan Tenang - Troopers PR Hina Orang Felda?


Penyapu Sial ada keluarkan kenyataan yang berbaur hinaan kepada orang Felda selepas BN menang di Parlimen Hulu Selangor dan DUN Tenang yang lalu. Dikatakan para peneroka Felda di kawasan Tenang memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional.

Namun malangnya mereka dimaki oleh troopers PR ini dan menghina keseluruhan para peneroka yang berada di Malaysia. Kononnya oang Felda tak sedar diri walhal kerana mereka sedar dan ingat jasa Felda, mereka tetap sokong Barisan Nasional yang memperjuangkan hak mereka dari dulu hingga kini.

Lihat apa yang si cacai makan dedak tulis menghina peneroka Felda :



Sudahlah kata para peneroka Felda yang menyokong Barisan Nasional sebagai jahil, fitnah pula UMNO dan Barisan Nasional pasal jual tanah. Ish ish ish..

Inilah dia mentaliti puak pembangkang yang sebenarnya hanya mahukan kuasa. Mereka sanggup maki dan cerca sesiapa yang tidak menyokong mereka di Felda. Bayangkan mereka ini yang mendapat kuasa untuk orang Felda?

Rasanya semua peneroka ada potensi dihalau keluar daripada tanah itu. Ingat mengapa Felda itu penting? Kerana ia selamatkan ramai anak-anak Melayu yang mahu berusaha dalam mendapatkan tanah, rumah dan hasil pertanian.

Felda lahirkan ramai peneroka yang berjaya! Felda juga menjadi tempat yang menjana ekonomi negara dalam beberapa penghasilan pertanian. Felda tempat anak-anak Melayu tidak kira datang daripada mana untuk bersama berbakti kepada tanah.

Hormati mereka. Kerana fitnah dan cercaan itu tidak akan menjadi kudis kepada orang-orang Felda. Maka teruslah menyokong dan mengundi Barisan Nasional.

K7L : Gila ke panggil orang jahil sebab undi?..

16/04/2013

Projek Biogas #Felda Mampu Jana Kuasa Elektrik Menjelang 2018!



Kesemua 71 buah kilang sawit milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di seluruh negara akan mempunyai loji biogas untuk menjana kuasa elektrik menjelang tahun 2018. Pada masa ini sebanyak 12 kilang sawit melalui anak syarikatnya, Felda Palm Industries Sdn. Bhd (FPISB) telah mempunyai loji janakuasa biogas di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pihaknya juga membuat kajian untuk mempelbagaikan penggunaan biogas mengikut kesesuaian dan teknologi. Projek biogas adalah sebahagian daripada program 'Feed In Tarif' (FIT) oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara alam sekitar.


Di bawah skim ini, tenaga elektrik dijana daripada bahan biomas atau biogas dan sekiranya dijual kepada grid nasional Tenaga Nasional Bhd. (TNB) layak untuk bayaran pada kadar antara RM0.31 hingga RM0.32/KWj.

''Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada biogas boleh meningkatkan hasil tempurung dan sabut biomas dimana ia mampu menghasilkan pendapatan sampingan antara RM800,000 hingga RM1 juta setahun.

''Penggunaan biogas untuk menjana tenaga elektrik juga menghasilkan manfaat ekonomi kerana ia mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan enjin diesel dalam kilang-kilang minyak sawit.

''Ia juga menyumbang penjimatan kira-kira RM200,000 hingga RM300,000 setahun,'' katanya kepada pemberita selepas perasmian pembekalan tenaga ke grid nasional di loji janakuasa biogas Kilang Sawit Serting Hilir, Negeri Sembilan.


FPISB melabur sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi loji janakuasa tersebut dengan menghasilkan kira-kira 400 hingga 600 meter padu biogas sejam.

TNB bakal mengagihkan tenaga boleh diperbaharui biogas ke kawasan-kawasan di Negeri Sembilan termasuk Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol pada kadar tarif sebanyak RM0.318 sen/kWh.


Isa berkata, loji janakuasa hijau kedua akan siap tidak lama lagi di Jengka, Pahang. Katanya, apabila beroperasi pada tahun ini, projek usahasama RM120 juta dengan TNB itu akan membekalkan 12.5MW kepada grid nasional.

''Sebagai pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, FGV mempunyai komitmen untuk menunjukkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab terutama berkaitan alam sekitar, keperluan masyarakat tempatan dan negara,'' katanya.

K7L : Tahniah Felda!..maju dan maju!..

14/04/2013

Peneroka #Felda Gugusan Chini Terima Bantuan Cermin Mata!


Sebanyak 1,500 penduduk di Felda Gugusan Chini di sini hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berlangsung di Pusat Latihan Felda, Felda Chini 4 di sini kelmarin


Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, majlis anjuran pihaknya itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pegawai-pegawai kanan Felda serta pemimpin setempat dengan masyarakat di gugusan tersebut.

"Selain program bertanya khabar, yayasan turut menyediakan beberapa perkhidmatan seperti pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata serta gunting rambut secara percuma.
"Setiap program dianjur bukan sekadar untuk berbangga tetapi mahu menjadi inspirasi kepada yayasan lain di negara ini untuk sama-sama melakukan aktiviti kebajikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Yang hadir sama, isteri Mohd. Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid. Yayasan Felda turut menyampaikan pakaian sekolah kepada 65 kanak-kanak taman didikan kanak-kanak Kemajuan Kebajikan Masyarakat Tadika Kemas terpilih di gugusan berkenaan.

13/04/2013

Ahli PAS Felcra Changkat Lada Umum Masuk UMNO Sebab #StopaAli?





Lepas sahaja berita video #StopaAli makin ramai orang PAS dah tak percaya dengan kepimpinan parti mereka. Tak wujud isu 'dibeli' UMNO kerana mereka ini memang dah rasa PAS tak relevan langsung.


Gerakan yang sudah sedar daripada terus ditipu oleh PAS itu diketuai oleh aktivis PAS yang dahulunya sangat setia dengan kepimpinan. Beliau yang bernama Samiran Sapuan akui menyokong Pakatan adalah satu kesilapan besar.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak. 

Dalam ucapan beliau semalam, saudara Samiran memohon ampun dan maaf kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi pihak rakan-rakan beliau serta dirinya sendiri. Ternyata mereka menyesal dan rasa tertipu.


Mereka berkata, demi menegakkan agama, bangsa dan negara mereka memilih untuk berjuang bersama UMNO yang lebih relevan dan konsisten dalam perjuangan.

Sebelum ini seramai 429 ahli Cabang PKR Pasir Salak telah menyertai UMNO meninggalkan parti yang semakin hari semakin runtuh. Nampaknya Pakatan semakin terdesak dengan keadaan yang sedang berlaku.

Hanya DAP yang nampak kukuh didalam Pakatan membuatkan ramai orang-orang PKR dan PAS sudah berasa tidak relevan dan dikongkong selepas kebanyakan keputusan dikuasai oleh DAP.

Bayangkan jika DAP punya kerusi tidak pula timbul cerita untuk ada 3 penjuru berbanding PAS dan PKR yang sanggup berlawan sesama sendiri walaupun mereka kata mereka 'Pakatan'. Sekarang rakyat Malaysia dah nampak Pakatan tidak pernah bersatu melainkan tutup mulut,mata dan telinga demi meraih kuasa.

K7L : Masaklah Nizar...

12/04/2013

Mazlan Akui Akan Kalah Jika Bertanding Sebab Kantoi Tipu Orang #Felda?



Alamak! Keris ingatkan Mazlan yang merupakan Presiden ANAKharam dan YDP PAS Tenggara akan bertanding pada PRU13 kali ini namun dia tidak bertanding rupanya! Dia menamakan pesara Felda yang abru sangat jadi ahli PAS,
 Mohd Said Jonit sebagai calon parlimen Tenggara. Said Jonit ni khabarnya orang Simpang Renggam.

Manakala bagi kerusi DUN Pasir Raja pula, Mazlan juga lari dengan menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini adalah anak kepada peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO! 

Calon-calon yang dinamakan selepas Mazlan tak berani nak bertanding sebab takut kalah ini merupakan individu-individu yang terhasut dengan dakyah-dakyah songsang Anakharam.

Apa yang mengejutkan adalah mengapa mazlan tidak bertanding jika dia kata para peneroka Felda bersama dirinya sedangkan parlimen Tenggara ada 7 Felda! Dalam DUN Pasir Raja ada 4 Felda beb! Kenapa dia tak lawan?

Pelik juga, kenapa lari dari kampung sendiri. Lebih-lebih lagi kalau dia bertanding parlimen Tenggara mungkin ada kelebihan sebab dalam parlimen Tenggara ada 7 Felda! ...dan dalam DUN Pasir Raja sahaja ada 4 Felda!

Menamakan Said Jonit, bekas CEO Felda Plantation sebagai calon parlimen Tenggara hanya menyebabkan kemarahan kepada warga Felda. 

Sebabnya, menurut warga Felda, semasa zaman Said Jonit inilah banyak kebun tanam semula yang gagal diuruskan dengan baik oleh Felda Plantation hingga menyusahkan warga Felda. Mohd Said nak salahkan siapa? Kalau dah dia ketuanya, takkan nak salahkan UMNO?

Bab DUN Pasir Raja ni, kalau setakat Nazari yang bertanding, confirm hilang wang pertaruhan. Apa tidaknya, sejak Nazari balik kampung, bukan kata orang kampung biasa, Ketua AMK Johor, Zabidi Abas yang juga anak jati Felda Bukit Besar terus menjauhkan diri dari politik Tenggara ini. 

Jadi memang benarlah yang Mazlan Aliman seorang pengecut dan manusia yang hanya pandai berkata-kata retorik penuh hasutan sahaja?

K7L : Si penipu akhirnya ketaq lutut.....

11/04/2013

Apa Beza Dua Anak Peneroka #FELDA Ini? Wan Amizan Dan Mazlan Aliman!


Wohoooo! Nampaknya ada berita baik buat anak-anak peneroka Felda di Jerantut. Projek Perumahan Generasi Ke 2 Felda Padang Piol sedang dibina. Dan bukan habis disitu sahaja usaha untuk membantu generasi kedua Felda ini.


Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda Sungai Retang menyusul kemudian. Dato' Wan Amizan Wan Razak yang juga seorang pemimpin muda Jerantut membuktikan beliau komited buat sesuatu untuk para peneroka dan keluarga.

Ini bukan retorik atau cakap penyedap UMNO mahu tarik pengundi muda. Ini realiti penyelesaian sesuatu permasalahan.


Ramai yang tanya ini buat main bedal aje ke. Namun Keris dimaklumkan bahawa pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang telah diluluskan dan sedang dibina.

Semua ini usaha gigih atas atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai anak peneroka Felda Jengka 12 dan kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 di DUN Pulau Tawar dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta EXCO Pemuda UMNO Malaysia.


Dimaklumkan satu perjumpaan dengan generasi ke 2 Felda Jengka 12 telah diadakan untuk berbincang mengenai isu perumahan, tapak tanah, dan hasrat  mahu membantu peneroka Felda di sana.

Akhirnya Felda juga telah bersetuju dan mengenalpasti beberapa bidang tapak tanah bagi tujuan pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda di :


  • Felda Jengka 12 
  • Felda Kota Gelanggi 1 
  • Felda Kota Gelanggi 2 
  • Felda Kota Gelanggi 3 
  • Felda Kota Gelanggi 4 


Keris nak pembaca bezakan Dato' Wan Amizan sebagai anak peneroka dalam memahami isu-isu dan permasalahan masyarakat Felda adalah aset yang berguna kepada Malaysia dengan Mazlan Aliman yang juga anak peneroka tetapi sentiasa gagal dan kerap menyalahkan orang lain diatas kegagalannya.


K7L : Buat kerja lebih..kurangkan bercakap...

10/04/2013

Pembayaran Dividen Kali Kedua #FGVH #Felda Julai Ini! Mengamuklah Mazlan Aliman!



Nampaknya Mazlan Aliman akan mengamuk dan meroyan tidak henti-henti menjelang Jun 2013 ini. Masakan dia tidak akan melolong macam hantu raya bila dengar para peneroka yang melibatkan diri didalam pembelian saham FGVH akan menerima imbuhan dividen.

Selama ini dia dok merayau merata kata para peneroka akan kena tipu jika terlibat untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings. Dimomokkan kepada peneroka sleuruh Malaysia suatu ketika dahulu.

Yang mana jika mereka terjerat dengan saham FGVH, semua tanah-tanah peneroka akan dijual. Puiii! Siapa ingat Mazlan Aliman dok canang cerita macam ini dekat Felda seluruh Malaysia sehinggakan puak pembangkang didalam Felda yang tak sedar dek untung gelar dia hero tamil untuk peneroka tertindas.

Jap? Tertindas ke yang dapat dividen kali kedua selepas beli saham FGVH? Keris pasti ada yang tertipu dan termakan hasutan bangang daripada Mazlan Aliman yang nak suruh ramai lagi peneroka gagal macam dia.

Selama lebih 50 tahun, pelbagai persepsi dilemparkan terhadap Felda sehinggakan hari ini pun masih ada yang bersuara sumbang menuduh Felda macam-macam walhal dari masa ke semasa pelbagai benda baru dalam banyak aspek sentiasa meningkat.

Jika dulu kita tahu yang pembangkang kata tak ada pembangunan di Felda. Cuba tengok sekarang prasarana apa yang tak cukup? Keris rasa tidak lama lagi tidak mustahil akan wujudnya satu pusat pembelajaran khas di Felda yang mana tenaga pengajar merupakan anak-anak peneroka yang sudah berjaya.

Apapun Keri snak ucap tahniah kepada peneroka yang tak mahu dengar cakap Mazlan Aliman. Sekarang anda sudah dapat untung untuk pembayaran dividen kali kedua tidak lama lagi.

K7L : Mazlan! Puii!!

09/04/2013

Peguam Wan Azizah Tarik Diri Kendali Saman #Felda Selepas Tidak Menjadi Calon PKR? #GE13 #TolakPR



Haaa! Ini ada cerita best yang Keris nak kongsi dengan rakyat Malaysia terutamanya para peneroka yang berada diluar sana. Termasuk sekali Mazlan Aliman dan konco-konco berbaju oren yang tak sedar diri tu.

Nak tanya sikit apa kes peguam yang mewakili Wan Azizah selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat dah tarik diri setelah kes saman fitnah yang difailkan terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan iaitu Felda.

Aikkk.. Kenapa tarik diri pulak? Ini mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Ke peguam yang diambil oleh Wan Azizah, Mohd Afiq Mohd Noor dah tahu yang mereka tak boleh menang kerana Felda di pihak yang benar.

Siap kata kat pemberita lagi dia tarik diri tanpa alasan. Kah Kah Kah... Nampaknya Kak Wan dah menggelabah bila jadi macam ni beb. Prosiding tetap diteruskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said telah menetapkan pada tarikh 18 Jun untuk pengurusan kes.


Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan. 

Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn. Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda.

Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

K7L : Haaa.. Dah salah now menggelabah?

07/04/2013

Mazlan Menipu Pasal Akta Tanah Berkelompok GSA?



Akta Tanah Berkelompok 1960 (GSA Act) adalah satu Akta yang digubal untuk memastikan wujudnya keselarasan dan keseragaman undang-undang serta dasar berkenaan usaha untuk membangunkan :

1) kawasan penempatan berkelompok
2) syarat pemberian hakmilik
3) penghunian tanah dikawasan itu
4) perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan melalui Felda untuk melaksanakan kerja-kerja pemugaran dan pembangunan tanah yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri.

Pembangkang melalui ANAK sering mempersoalkan Akta ini dan ada yang mencadangkan supaya Akta ini di mansuhkan. Tahukah kita, apa yang akan berlaku sekiranya Akta ini di mansuhkan?

1) Felda akan hilang fungsi dan kuasanya secara undang-undang. Dalam erti kata lain, Felda boleh ditutup secara rasminya. Kakitangan Felda akan kehilangan pekerjaan mereka.

2) Peneroka bebas untuk menanam apa saja tanaman di tanah mereka. Oleh itu, fokus tanaman kelapa sawit dan getah akan berubah.

3) Kilang-kilang penapisan sawit dan getah akan tutup kerana fokus tanaman sudah berubah.

4) Peneroka akan kerugian dalam jangka masa panjang dan Koperasi Peneroka Felda (KPF) tidak akan dapat memberikan pulangan diveden yang sepatutnya malah akan menanggung kerugian pula.

5) Peneroka juga bebas menjual tanah milik mereka kepada orang luar. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila Generasi Muda (mewarisi tanah ini) yang tidak berminat untuk mengusahakan tanah ini juga akan menjualkannya.

Apabila semua diatas ini berlaku, maka kita akan dapat melihat kaum-kaum lain akan mengambil kesempatan yang mana akhirnya orang melayu akan kehilangan segala-galanya. ADAKAH INI YANG KITA MAHU KAN?

Kesimpulannya, Akta ini memberikan perlindungan kepentingan untuk banyak pihak yang terlibat. Selain para peneroka, Akta ini merupakan pelindung kepada kepentingan kebajikan kakitangan Felda yang tugas utama mereka adalah untuk memastikan peneroka semua berjaya. Sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan kepada Akta ini, melakukan pindaan serta perubahan kepada Akta ini adalah tindakan yang lebih wajar berbanding memansuhkannya.

K7L : Inijadinya kalau ras diri pandai sangat..

05/04/2013

Surat Pewaris Peneroka Kepada Penyokong Mazlan Aliman DI #Felda



Salam, Saya merupakan warisan atau generasi ke 3 peneroka Felda dan amat bersyukur kerana datuk dan nenek saya terpilih menjadi peneroka Felda.. Sehingga kini, saya telah meniti pelbagai kejayaan kerana berkat hasil jualan getah dari ladang nenek saya. Malah selama 20 tahun saya membesar di Felda, banyak perkara yang telah menyedarkan saya betapa beruntungya mereka-mereka yang terpilih menjadi penghuni kepada tanah rancangan tersebut.

Percayalah, Felda merupakan satu-satunya institusi yang telah berjaya menyelamatkan ekonomi Melayu Islam,biar pun di kawasan Felda saya juga terdapat bukan melayu (India dan Cina - walaupun tidak ramai). Kami hidup penuh harmoni tanpa sebarang masalah, namun setelah pembangkang mulai menguasai beberapa negeri isu yang mengatakan Felda kejam terus menjadi buah mulut.

Pada pandangan saya hanya satu sahaja..ada pihak yang tidak menyenangi kelebihan yang dimiliki peneroka Felda dan institusi Felda itu sendiri kerana telah memberi begitu banyak manfaat kepda ekonomi orang Melayu. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Felda kerana dengkikan institusi tersebut berkembang baik, dan terus menerus membela nasib golongan orang Melayu yang tidak berharta.

Jika kita kembali mengenangkan awalnya penubuhan tanah rancangan ini, orang Melayu yang memohon dan datang ke tanah rancangan Felda datang dengan sehelai sepinggang sahaja. Amat susah, miskin..namun datang dengan harapan setinggi gunung ke Felda..kini apabila semua sudah dimiliki ada segelintir yang mulai lupa diri (contoh kes peneroka saman Felda).

Sesungguhnya mereka ini umpama 'mengigit tangan yang menyuapkan makanan' kepada mereka dahulu.. Namun, saya percaya tidak semua peneroka sebegitu, malah kami sebagai warisan peneroka Felda amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana membuka hati pemimpin terdahulu untuk mewujudkan Felda. Sememangnya ada berlaku kekurangan di dalam sistem tadbir urus Felda, kerana tiada yang sempurna melainkan hanya ALLAH s.w.t sahaja. Namun itu hanyalah kerana kesalahan individu-individu tertentu yang mentadbir Felda, bukan institusi Felda itu sendiri.

Apa yang jelas kini, hampir semua institusi yang dikuasai Melayu terutamanya Felda sedang 'digoncang' oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang kerana mereka melihat Felda merupakan kubu kuat yang menyokong kerajaan. Justeru pelbagai fitnah serta tomahan dilemparkan kepada institusi tersebut semata-mata kerana mahukan ia (Felda) runtuh menyembah bumi dan orang Melayu kembali jatuh tertiarap dan mengemis di bumi sendiri seterusnya mengharapkan bantuan mereka pula.

Cuma satu harapan saya agar jangan ada di kalangan peneroka yang terus menerus mempercayai dakyah serta tomahan pihak tertentu yang mengatakan Felda adalah kejam dan menyeleweng. Sesungguh rezeki yang diberi oleh ALLAH s.w.t melalui Felda amat banyak dan terus dinikmati oleh warisan generasi anak cucu Felda. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan kepada institusi Melayu yang paling berjaya kini.

Wassalam, ASH,SERDANG

K7L : Surat ikhlas...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk