24/01/2013

Harun Din Akan Tinggalkan PAS! - Dia Dah Tunjuk Dia Benci PAS?


Penyokong Harun Din sudah mula bangkit. Mereka nampaknya dah letakkan banner di beberapa kawasan antaranya Bandar Baru Bangi dan Sg Besi. Orang PAS yang sudah tidak sehaluan dengan pendirian Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berkenaan penggunaan Kalimah Allah nampaknya akan menolak Pakatan.


Menurut sumber Shah Alam Rebels Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.

Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din dilihat tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.

Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.

Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.

K7L : PAS is Dead!..

4 ulasan:

  1. Agaknya provokasi umno, maklum ler dah dekat2 pilihan raya..

    ReplyDelete
  2. begitulah mentaliti Parti Ala Sarkis puak
    Porno Regime.

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya orang-orang yg takut dan taat kepada Allah tidak akan menggadaikan agama untuk politik. Mereka hanya akan berpolitik berlandaskan agama.

    ReplyDelete
  4. 15 Februari di Banggol Peradong, Dr haron dah jelaskan yg dia tetap setia bukan saje dgn PAS tp juga dgn PR.

    Nampaknya selepas kena maki hamun, dia juga dah U-turn.

    Sokong PR bermakna anda menyokong LGBT, Pluralisme, Liberalisme dan Kalimah Allah boleh diguna dalam bible bahasa melayu.

    Di Penang, org Kristian dah terang2 guna nama Allah utk tuhan mereka dalam perbualan harian.

    Ayuh.. berjihadlah saudara2 muslimku! Saya tinggal di Penang dan saya tak sanggup dengar mereka samakan Allah dengan tuhan mereka.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk