08/11/2012

Masjid Nabawi Akan Dirobohkan? Atau Hanya Propaganda Barat?


Benar atau tidak tentang berita ini? Kerana pihak yang menghebahkan berita ini datangnya dari Barat. Siapa yang tidak tahu dengan penipuan yang sering sampai dari sana? Apapun baca dulu laporan yang Keris ambil dari Panglima Perang Cyber. 

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah 



Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun 

Laporan dari akhbar The Independent melaporkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar. 

Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.

Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.

 

Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi 

Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini Islamic Landmarks.

Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".

Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.

Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?


Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi. Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi!

Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?

Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya engkau duduk disini.

Hadis Hasan riwayat Abu Dawud 

Sumber :
Pada pendapat Keris, kaji dahulu sebab agenda zionis memang mahu melaga-lagakan sesama Islam. Mohon jika sesiapa ada info yang tepat dan meyakinkan Keris, sila tinggalkan komen.

K7L : Susah rasanya nak percaya..Masjid Nabawi kot..takkan kena roboh?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk