06/11/2012

Kisah Sedih Seorang Penjual Tisu Tesco Yang Buta





Siapa biasa kalau pergi makan area KL, akan datang dua orang penjual tisu dimana seorang itu celik dan seorang lagi buta. Keris sendiri meragui status 'Buta' mereka tetapi kerana bersangka baik maka kita buat tak tahu sahaja.

Ada juga dengar bahawa mereka itu sebenarnya dihantar oleh sindiket. Sejauh mana kebenarnanya tak tahu tapi sampai masuk suratkhabar itu dah kira sumber yang boleh dipercayai.


Di sini Keris nak kongsi dengan pembaca hasil tulisan kisah benar oleh Blog Kerank tentang pengalamannya.

Kisah 1


Gua makan kat sebuah kedai Chinese Muslim. Ada tanglung merah gantung-gantung. Cantek. Ada chopstik atas meja. Kalau makan mee mamak, belah makan pakai chopstick. Tapi apa barang jadahnya makan kat kedai cina tapi makan mee mamak kan? Baik makan dim sum. Lepas tu gua nampak kelibat penjual tisu. Dia dah ready pegang tisu dah. Wah. Sampai-sampai je dah pandai mengelak tanglung. Gua syak dia buta sikit jer. Sebab tu nampak tanglung tuh.

Kisah 2

Gua makan kat Bandar Tun Razak. Ada sup meletop kat situ. Kalau siapa-siapa yang sering berkunjunga buat umrah ziarah kat sini duk bertawaf 7 kali keliling tasik tu memang tau sup meletop Bandar Tun Razak. Penjual tisu datang, gua bagi duit raya. Tisu dia letak atas meja sebagai ganti duit raya sekeping tu. Dia dan rakan seperjuangan yang pimpin tangan dia pun gerak naik atas. Member dia duk sibuk keluarkan tisu stok baru. Brrrr.. Bersepah. Jatuh la pulak tisunya. Member dia pun kutip. Yang penjual tisu ni rilek jer naik atas. Takde orang pimpin. Haha.

Kisah 3


Gua makan mekdi. Kat The Mall sebab gua kena gi keje kat PWTC. Nampak lagi penjual tisu. Lelaki. Muda. Yang tu okay lagi. Masalah nya dari depan mekdi tu gua dah dengar pengiring dia yang duk pegang tisu tu cakap macam ni; "Buat real-real sikit tau. Pejam mata rapat-rapat." Adoi. Gua syak dia pun buta sikit. Sebab jam cantik. Hanset canggih. Kasut dia but cantek. Macam mana dia gigih ikat but dengan 21 lubang tali ek?

Kisah 4

Gua makan dekat foodcourt The Mall. Gua nampak penjual tisu. Penjual tisu yang sama gua nampak dalam Kisah 1. Macam biasa. Orang buta tu boleh nampak.


Modal meniaga tisu: tongkat boleh laras, tisu, pengiring/pembantu jualan dan eye liner.

Mudah nak cari duit secara senangkan?

K7L : Sampai masa kau tipu duit orang yang niatnya nak menderma ikhlas..Allah akan balas..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk