02/11/2012

Badrol Amin Dah Jadi Abuya Al-Arqam?





Bagaimana Badrol Amin boleh terlibat dengan gerakan sesat Al-Arqam? Malam tadi dia telah ditahan bersama kepimpinan Al-Arqam yang mahu menghidupkan kembali gerakan sesat tersebut. jabatan Agama Islam Selangor bertindak menyerbu majlis dan menahan mereka untuk tujuan siasatan.

Ini merupakan sebuah majlis anjuran Ikhwan Global Arqam yang diadakan di taman perumahan Country Homes, Rawang, Selangor. Difahamkan melalui wartawan Utusan yang hadir disana, atas pertanyaan dia kepada hadirin, mereka mengatakan perhimpunan malam ini untuk mengingati kelahiran pemimpin mereka Ashaari Mohamad dan hadirin datang dari seluruh negara.

Wartawan Utusan tersebut (Saudara Borhan) tiba di tempat kejadian pada jam 9:37 PM. Dimana majlis dimulakan dengan konsert dan persembahan.



Kemudian pihak JAIS tiba pada jam 9:54 PM. Beberapa kekecohan berlaku sepanjang proses serbuan dijalankan. Emosi ahli Al-Arqam tampak menunjukkan sikap mereka yang jauh dari jalan Allah.




Apakah agenda terbaru Pakatan Pembangkang di Selangor? Mahu mempergunakan gerakan al-Arqam untuk mendoktrin rakyat? Mahu menghidupkan kembali gerakan yang pernah didokong Abuya Ashaari Muhammad? Mengapa Badrol Amin hadir ke majlis/perhimpunan tersebut?

Keris pernah tulis pasal Abuya Hidup Kembali? Bayangkan mereka sanggup menggunakan apa sahaja untuk doktrin, resapi atau merasuk rakyat supaya menyokong mereka. Matlamat mereka menghalalkan cara biarpun dengan cara yang songsang. Nauzubilillah Min Zalik!

Nak tengok video serbuan anda [Klik Sini]

K7L : Lepas ini Badrol masok rumah yahudi pulak?..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk