Keris melihat situasi penahanan 'Petugas SPR' seperti yang dilaporkan semalam [Klik Sini] sebenarnya hanya satu drama daripada pihak Nurul Izzah. Kini mereka sedang gigih dalam mengembalikan semula populariti Nurul Izzah yang sememangnya tidak dapat menandingi Raja Nong Chik. Maka pelbagai skrip telah dikarang dan semalam bukan yang terakhir.
Lihat sahaja penyampaian berita mereka yang mereka garapkan. Mengapa beberapa individu yang mahu menjadi calon terlibat dalam drama tersebut?
Sebenarnya ini merupakan satu lagi drama serampang tiga mata yang membantu publisiti Nurul Izzah selain daripada mereka mahu memburukkan UMNO dan mencalarkan imej Polis Malaysia. Tidak mustahil jika mereka sengaja membiarkan diri mereka ditahan.
Rakyat sudah lali dengan pembohongan ini! Tolong berhenti dengan lakonan politik kotor!
Sekali lagi agen penipu mereka melaporkan cerita yang penuh pembohongan. Bukankah ini hanya satu drama? Hanya untuk publisiti dan meraih simpati penduduk Lembah Pantai. Jangan terpedaya dan jangan beri kepercayaan kepada mereka. Dah buat salah tak mengaku tapi salahkan UMNO pula! Tipikal PR!
Ini wajah dua 'Petugas SPR' yang ditahan. Difahamkan mereka tidak tercedera pun.
K7L : Sudahlah!..menyampah dengan lakonan hangpa semua!..
0 ulasan:
Post a Comment