16/03/2012

Isu @Khalid_Ibrahim Yang Dibangkitkan Oleh @razlanrafii - Antara Persoalan & Persepsi





Isu ini telah bermain di laman blog Unit Media Baru berhari-hari sehingga akhirnya telah mendapat perhatian laman Malaysiakini berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Unit Media Baru PPUM merangkap Ketua Pemuda UMNO Seputeh. Isu yang ditulis dilaman blog Razlan's menyentuh tentang pemindahan kawasan mengundi Menteri Besar Selangor yang bertukar tempat mengundi daripada PJ Selatan kepada Lembah Pantai.


Menurut MalaysiaKini : Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana. Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu. Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?
Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai. Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur. Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan. Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.-malaysiaki
ni



Pendedahan saudara Razlan :

Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..

Kad Pengenalan : 461214105273 / 0556617
Nama : ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi : 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN : 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen : 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri : SELANGOR


Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.


Benarkah pertembungan dua individu ini menjadi perhatian Anwar?

Pada analisa Keris setelah melihat blog rakan-rakan, wujud pelbagai persoalan dan pandangan tentang isu ini antaranya :

  • Kebarangkalian untuk meletakkan Khalid Ibrahim menggantikan Nurul Izzah juga tinggi selepas populariti Nurul Izzah di Lembah Pantai mengecewakan.

  • Pemindahan pengundi PR ke Parlimen Lembah Pantai secara pukal untuk membantu Nurul Izzah yang akan melawan Raja Nong Chik yang juga termasuk dalam senarai WC yang baik di Wilayah Persekutuan
  • Bukti ketakutan PR untuk kehilangan kerusi di Lembah Pantai mengakibatkan pertukaran pengundi pukal dilakukan.
  • Bukti perpecahan Kem PKR dalam pemilihan calon kerana Khalid Ibrahim bukan berada didalam Kem Wan Azizah
  • Permainan politik dalaman Kem Azmin yang mahu menyingkirkan Khalid Ibrahim dalam senarai Menteri Besar Selangor jika PR masih memerintah Selangor kerana mereka mahu mengangkat Azmin sebagai MB yang seterusnya itupun jika mereka menang.
Dan sekali lagi Saudara Razlan melontarkan pandangan namun kali ini lebih terarah kepada penatian penjelasan Azmin Ali untuk bersuara.




@khalid_ibrahim Tunggu jawapan Azmin?

Hari ini, Malaysiakini melaporkan kedudukan MB Selangor yang sudah menjadi pengundi hantu di Lembah Pantai.

Jawapan menyalahkan pihak SPR sudah dapat dijangkakan oleh pejabat Menteri Besar. Sementara kita menunggu jawapan daripada SPR, eloklah MB periksa dulu siapa dalang dalam PKR yang mahu melihat kejatuhan kamu dalam memimpin Negeri Selangor.

Seperti Azizan di Kedah yang ramai musuh, tidak terkecuali Khalid Ibrahim yang bermusuh dengan Azmin dan gang-gang lama dalam PKR. Azmin sudah merancang lama untuk mengambil jawatan MB dari Khalid tetapi tidak dapat terlaksana kerana Anwar perlukan sokongan beliau dan dengar cerita DAP menyokong penuh Khalid sebagai MB.

Khalid memang terkenal dikalangan DAP kerana memberikan banyak jawatan dalam Negeri Selangor kepada DAP dan tindakan ini diambil kerana mahu mengibangi sokongan ahli PR yang lain dengan kuasa Azmin Ali. Apapun, kita tunggu apa yang akan dijawab oleh SPR dan orang-orang PKR.


Pergolakan PKR dan PAS dalam perebutan pencalonan menjadikan bukti mereka sendiri lemah dari segi tadbir urus. Dari peringkat parti lagi mereka sudah gagal dalam pelbagai aspek maka mustahil mereka mampu menjana kemajuan kepada negara sebaliknya menghancurkan negara lagi adalah.

K7L : Keris harap rakyat dapat lihat topeng sebenar puak PR ini..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk