Dipetik daripada Sejarah2u :
Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dikasihi. Penulis masih cukup terkesan dengan apa yang berlaku di bumi Gaza ketika ini. Terkesan dengan kata-kata Presiden Mercy Malaysia, Dr Jemilah bahawa negara-negara dan pertubuhan dunia tidak berdaya membantu Gaza, apatah lagi untuk menelanjangi kebiadapan Israel meski atas nama kemanusiaan.
Sikap 'double standard' Barat, khususnya US yang kononnya 'polis dunia' amat menjengkelkan. Ketika berita ini ditulis, dikatakan US sedang menyewa kapal-kapal asing untuk menghantar bekalan bantuan 3ooo tan senjata dan peluru ke Israel. (Sumber: Bernama)
Sebagaimana Gaza, penulis acapkali terhimbau dengan peristiwa tragis yang berlaku 27 tahun lalu ke atas kem pelarian Palestin di Lebanon, iaitu Shabra dan Shatila. Ramai berpendapat bahawa apa yang berlaku kepada Gaza sekarang sama dengan apa yang telah berlaku di Shabra dan Shatila iaitu 'Pembersihan etnik beramai-ramai' (ethnic cleansing). Justeru tak hairan bila kanak-kanak, perempuan dan orang tua tidak terkecuali sebagai sasaran mudah untuk dibunuh.
Shabra dan Shatila – dua kem pelarian Palestin ini terkenal bukan kerana ia ditempatkan di selatan ibu kota Lebanon ini, tetapi kerana sejarah berdarah kekejaman Israel yang membunuh lebih dua ribu rakyat Palestin di situ tanpa belas ihsan.
Walaupun peristiwa berdarah itu telah berlalu 27 tahun lepas, ia tidak pernah terlupa sebegitu sahaja malahan terus tertancap kukuh dalam ingatan setiap warga dunia khususnya umat Islam.
Kejadian 20 Sept 1982 itu adalah hari paling hitam dan menyayat hati dalam sejarah kewujudan manusia di dunia pada era moden ini. Pada hari itu, manusia bernama lelaki beruniform zionis Israel dan sekutunya membunuh rakus ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak, serta tidak ketinggalan bayi.
Peristiwa kejam itu dikenangi kembali pada saban tahun agar manusia tidak mudah melupakan kezaliman dan kesanggupan manusia sendiri membunuh sesama manusia. Dan ia tidak terkecuali untuk dikenangi dan diingati dengan penuh kesal dan kebencian pada Zionis.
Tapak perkuburan Shabra dan Shatila yang dibunuh secara beramai-ramai itu adalah sebesar separuh padang bola sepak. Ia pagari tembok batu. Sunyi. Terdapat pepohon ditanam melatari kawasan itu. Sekelilingnya (di luar tembok) deretan rumah (umpama kekotak batu) setinggi dua hingga tiga tingkat menghiasi pandangan.
Rumah-rumah yang kelihatan tidak terurus dan tidak mempunyai kemudahan sewajarnya. Dikatakan puluhan manusia Palestin berhimpit-himpit menghuni sesebuah rumah yang kadar pencahayaannya juga terbatas.
Ketika itu, Israel telah menceroboh masuk ke Lebanon dan menawan Beirut. Selepas saki baki tentera Palestin diusir keluar dari Lebonan, tentera Israel mengepong Shabra dan Shatila di bawah arahan Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon.
Maka berlakulah kekejaman berdarah itu sehingga tidak tergambar untuk dideskripsikan secara bertulis mahupun diadaptasikan melalui gambar.
Seorang wartawan Amerika yang melawat tempat itu sehari selepas tragedi menyayat hati itu antaranya menulis: … kanak-kanak disembelih, wanita mengandung dibelah perutnya, manakala kanak-kanak dan bayi dibunuh dan dibuang ke dalam tong-tong sampah.
Mayat bergelimpangan. Wanita dirogol dan dibunuh. Tidak tergambar KEAIBAN DAN KEZALIMAN DILAKUKAN JIKA DILIHAT PADA keadaan mayat mereka yang begitu menyayatkan.
Ariel Sharon kemudian dipilih menjadi Perdana Menteri Israel dan yang aneh serta kelakarnya ialah, pada 2005, Presiden Bush menyifatkan manusia terkejam ini sebagai “tokoh kedamaian.”
Setahun kemudian, Allah swt melumpuhkan Ariel Sharon apabila dia diserang angin ahmar yang serius. "Semoga kelumpuhan yang ditanggungi dan dideritai sampai mati itu akan mendamai abadikan hatinya" sebagaimana derita ditanggung umat Islam di Shabra dan Shatila hasil kezalimannya. [Klik Sini]
K7L : Bersyukurlah kita hidup aman di Malaysia..namun tetap ada yang mahu musnahkan kedamaian tersebut..
0 ulasan:
Post a Comment