15/03/2012

Apa Tindakan Susulan Shangri-La? Saman @rafiziramli? @NajibRazak @PMOMalaysia




Sehingga ke saat ini Rafizi masih belum memohon maaf diatas #FitnahPR yang dilemparkan kepada YAB Perdana Menteri. Sebelum ini Keris ada menulis tentang etika perniagaan yang dilanggar oleh pemberi maklumat yang dengarnya 'dibayar puluhan ribu' oleh pembangkang untuk mendapatkan maklumat tersebut. 


Kini kedengaran pihak Shangri-La ada menafikan mereka terlibat dengan permainan kotor fitnah pembangkang ini. Berkenaan isu identiti pemberi maklumat, menurut rakan blogger Khazanah Minda Politik Melayu, dia ada menyebut :
Identiti pekerja hotel Shangri-la yang memberi maklumat kepada Rafizi akan didedah sedikit masa lagi kerana penulis mahu melihat bukti sahih dari Rafizi terlebih dahulu kononya beliau mendakwa itu adalah invois sah pembayaran dilakukan menggunakan wang kerajaan.

Dalam isu yang lain, penulis berpandangan bahawa pihak Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur jika didapati mengeluarkan maklumat pelanggan berkaitan apa juga aktiviti dan majlis kelolaannya dengan sesuka hati harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas pecah amanah melibatkan maklumat pelanggan.


Keris sendiri masih menanti pendedahan tersebut yang telah pun dikenalpasti. Dikhabarkan mereka yang terlibat sudah mula panas punggung dan ada yang bercadang untuk ke luar negara. Apapun nantikan sahaja pendedahan ekslusif tersebut.

Dan siapa kata YAB Perdana Menteri tidak mampu untuk membayar kos tersebut sehingga timbul isu dia menggunakan duit rakyat? Blogger Double-Y menyatakan :

Menurut satu sumber yang diemelkan (dihantar oleh seseorang yang mendakwa ini tangga gaji PM & TPM tahun 1997-1999 semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM) - tangga gaji bagi seorang Perdana Menteri pada tahun 1999 serta Timbalannya adalah :

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit, tidak boleh didedah (OSA).
2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit.
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit.
5. Elaun parking RM 5,700.00Jika benar maklumat yang dikirimkan kepada saya di atas secara puratanya pendapatan bulanan bagi seorang Perdana Menteri adalah RM55,650.00.

Mengikut ilmu hisab yang saya belajar dari Siti Sifir - anggaran kasar pendapatan tahunan seorang Perdana Menteri adalah RM667,800.00 dan jumlah ini belum ditambah dengan lain-lain kemudahan serta elaun-elaun yang telah diperuntukkan kerajaan kepada PM dan TPM.

Jadi adakah seorang Perdana Menteri yang mana bapanya juga merupakan bekas Perdana Menteri tidak mampu untuk menampung kos berjumlah setengah juta jika dikira dengan pendapatan yang diperolehi oleh beliau?

Itu belum dikira dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh...

Adik kepada DS Najib Tun Razak iaitu DS Nazir Razak dari CIMB Groups dan OSK Holdings (mengikut majalah Malaysian Bussiness tahun 2008) yang merupakan antara 40 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak USD 100 juta.




Tidak timbul isu sebenarnya melainkan majlis pertunangan anak perempuan YAB Perdana Menteri ini sengaja dipolitikkan dengan harapan imej DS Najib tercalar selepas beliau didapati berada di carta tertinggi ahli poltik yang popular di kalangan rakyat. Keris dan rakan-rakan masih menanti apakah tindakan susulan pihak pengurusan Shangri-La kerana kini kredibiliti dan integriti mereka telah merudum jatuh selepas Rafizi mengheret mereka dalam kancah fitnah PR. Privasi dan konfidensi pelanggan telah dilanggar maka apa tindakan mereka kepada pekerja yang terlibat? Rafizi dibiarkan bebas?

Keris ada tiga cadangan itupun jika pihak pengurusan hotel sedia menerima pandangan kerdil ini :

  • Saman sahaja Rafizi kerana dia melibatkan Hotel Shangri-La dalam perancangan fitnah dia kepada Pemimpin No 1 negara.
  • Dakwa pekerja yang membocorkan maklumat kepada SPRM supaya menjadi pengajaran buat semua pekerja di Malaysia.
  • Pihak Pengurusan Hotel Shangri-La beri keterangan dan membantu siasatan pekerja yang terlibat sekaligus menaikkan semula kepercayaan pelanggan terhadap khidmat mereka.
Baca juga [Klik Sini] artikel Keris sebelum ini yang berkata tentang etika pelanggan dalam perniagaan.

K7L : Kalau terlibat dengan pemfitnah memang kita susah nak hidup..tak campur lagi dengan orang yang sibuk dengan prinsip hidup dia je..payah..payah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk