03/03/2012

Tahniah Buat Perhimpunan JASA 2012 - Memacu Masa Depan Cemerlang



Tidak ramai yang tahu tentang Perhimpunan JASA 2012 yang telah berlangsung pada 27 hingga 29 Ferbuari 2012 yang lalu di Hotel Sunway Putra. Ramai yang hadir dan mereka semua terdiri daripada pegawai yang punya pelbagai ilmiah dan kemahiran berbeza. Kebetulan Keris dan rakan-rakan UMB telah diberikan ruang untuk mengambil sesi temuramah bersama beberapa individu. Sebelum Keris keluarkan artikel mengenai sesi temuramah tersebut. Keris kongsikan dahulu sedikit intipati program.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 28 Februari 2012. “Memacu Masa Depan Cemerlang” menjadi tema program tersebut yang menghimpunkan pegawai-pegawai JASA seramai lebih 1000 orang yang berkhidmat di seluruh negara.

Objektif perhimpunan :

  • Pemantapan strategi dan pendekatan baru program JASA bagi mengekalkan kestabilan politik negara. 
  • Meningkatkan kefahaman pegawai-pegawai JASA mengenai dasar dan isu-isu terkini negara 
  • Memperkasakan iltizam bagi memacu semangat kerja yang berganda pegawai JASA di semua peringkat menjelang PRU-13.

Program ini penuh dengan beberapa sesi angtaranya soaljawab, temuramah, penjelasan dan bengkel-bengkel yang dilaksanakan supaya menepati obejktif perhimpunan tersebut. Pada pendapat Keris, program paling menarik ketika himpunan itu diadakan adalah Rakaman Program Bicara Rakyat berdiskusi tentang “Politik Baru: Antara Kebebasan dan Tanggungjawab". Barisan panel jemputan seperti YB Dato’ Hj.Abdul Rahman Hj.Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud, YB. Chua Tian Chiang (Tian Chua) Ahli Parlimen Batu dan saudara Lokman Adam ,Panel Pemikir JASA berjaya memberi input dan rasionalisme dalam merungkai serta mengupas tajuk yang diberikan.


Selain daripada itu, semua program yang diadakan sememangnya memberi ilmu baru dan nafas baru kepada Pegawai-Pegawai JASA. Menurut sumber, sepanjang program itu pihak JASA turut mengadakan pameran dan jualan buku ilmiah agar pegawai-pegawai JASA lebih terdidik dengan budaya membaca. Antara penerbit buku yang terlibat adalah penerbit dari UKM,UPSI,UIA, Utusan Publication, Dewan Bahasa dan Pustaka serta RNR Media.

Apapun Keris mampu katakan, program tersebut telah mencapai objektifnya dan tinggal para Pegawai JASA untuk menzahirkan ilmu tersebut secara praktikal dalam menghadapi PRU13 kelak. Keris percaya mereka semua mampu melakukan berdasarkan konsistensi mereka menghadiri program selain daripada komitmen mereka terhadap kerja-kerja mereka di tempat tugasan masing-masing.

Nantikan video serta penerangan sesi temuramah bersama beberapa individu.

K7L : Keris harapkan semua agensi bergerak aktif dan konsisten dalam melakukan kerja..usah kira beban kerja orang lain yang kurang atau lebih daripada kita..yang penting tanggungjawab dan amanah tetap dijaga..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk