Ini merupakan kisah seorang krew @PortalKritis yang pergi bersama rombongan #AmanKampus tempohari. Keris kongsikan pengalaman beliau ketika dibawa masuk ke dalam Kilang Lynas, Gebeng. Banyak input yang berguna lebih-lebih lagi bagi mana-mana rakyat yang keliru dengan status keselamatan Lynas.
Kami tiba di tapak pembinaan kilang Lynas hampir jam 10 pagi. Seterusnya kami di bawa terus ke Akademi Menara Gading Balok bagi satu briefing dan soal jawab tentang segala perkara mengenai Lynas dan bahan ‘nadir bumi’.
Mengambil tempat bagi sesi penerangan, Q & A dan sebagainya adalah 3 tenaga tempatan iaitu Tuan Syed Lokman Fitri b. Syed Ali yang merupakan area superetendant, Tuan Razmin b. Ramli juga merupakan area superentendant dan akhir sekali ialah Tuan Shamuddin b. Musa yang merupakan senior manager supply chain.
Begitu lama masa yang diambil bagi sesi penerangan dan Q & A kerana kesempatan ini telah diambil sepenuhnya oleh peserta Kembara Aman Kampus untuk bertanyakan soalan-soalan yang selama ini menjadi kebimbangan rakyat Malaysia terutamanya warga Pahang berkaitan pembinaan kilang Lynas yang bakal menjadi tempat mengekstrak serta memproses bahan ‘nadir bumi’.
Ia merangkumi soalan berkaitan keselamatan serta tahap pencemaran yang bakal terhasil dari kewujudan kilang tersebut.
Namun, segala mitos yang ditusuk ke minda rakyat Malaysia oleh segelintir pihak tertentu terutamanya yang berlindung di sebalik nama aktivis alam sekitar rupa-rupanya adalah jauh meleset sama sekali setelah penerangan diberikan.
Ini kerana bagi membina kilang sedemikian, ianya tidak boleh sewenang-wenang dibina oleh mana-mana negara melainkan terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria serta dimaklumkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dunia yang mengawal boleh dikatakan semua aspek keselamatan termasuk alam sekitar.
Pada 13 Mei 2011 IAEA telah bersetuju atas permintaan kerajaan Malaysia menjadi ahli panel pakar dalam mengkaji pematuhan Lynas mengikut standard keselamatan dan amalan baik antarabangsa selain memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan khususnya berkaitan dengan keselamatan radiasi.
Skop kajian IAEA mencakupi tentang isu perlindungan radiasi tidak kira pekerja, orang awam mahu pun alam sekitar. Mereka turut membuat penilaian tahap keselamatan termasuk soal pengurusan sisa, soal pengangkutan bahan hinggalah tahap penamatan operasi bila dikehendaki. Yang paling utama, agensi ini turut memberikanprofessional evaluation serta cadangan berkaitan pemuliharaan alam sekitar berakibatkan operasi kilang pemprosesan bahan ‘nadir bumi’ ini.
Demikian itu, Q & A yang berlangsung telah menyenaraikan jawapan-jawapan seperti yang berikut: -
1) Apakah itu nadir Bumi?
Jawapannya : Nadir Bumi boleh didapati diseluruh dunia tetapi nadir bumi sangat sukar untuk didapati dalam kuantiti yang banyak dan mudah diakses. Nadir bumi biasanya sukat diekstrak dan sesebuah projek boleh mengambil masa bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk dimajukan. Nadir bumi penting untuk teknologi hijau yang efesyen seperti kenderaan hidbrid, penjanaan kuasa angin, pencahayaan menggunakan tenaga yang rendah dan paparan skrin rata yang efisen.

2) Apakah standard yang digunakan oleh Lynas?
Jawapannya : Lynas menggunakan standard antarabangsa, dan kami telah mengesahkan dan menggunapakai sepenuhnya standard ini sejak dari mula lagi. Lynas memenuhi peraturan-peraturan kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang antara terketat di dunia.
3) Mengapa membina sebuah loji pemprosesan di Malaysia dan tidak di Australia?
Jawapannya : Linas telah membuka perniagaa di Malaysia atas sebab-sebab ekonomi. Gebeng mempunyai sebuah tanaman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan perlaburan yang baik, bahan kimia bergred tinggi, bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik. Linas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah logi pemprosesan di Australia, tetapi telah memilih Malaysia kerana ia memudahkan kami berhubung dengan pelanggan-pelanggan global kami.
4) Adakah pekatan nadir bumi Lynas radioaktif?
Jawapannya : Elemen-elemen nadir bumi secara sendirinya tiada radioaktif. Pekatan mineral tersebut mengandungi bahan radioaktif semualajadi pada aras yang rendah. Pekatan mineral mengandungi bahan radioaktif semula jadi kerap diangkut ke merata dunia untuk diproses. Oleh kerana pekatan mineral yang digunakan oleh LAMP mempunyai tahap radiasi yang rendah, ia diklasifikasikan sebagai selamat, tiada toksik serta tidak berbahaya oleh semua standard antarabangsa.
5) Bagaimanapula dengan sisanya?
Jawapannya : Salah satu daripada sisa LAMP mengandungi asas torium yang sangat rendah. Lynas tidak mengekstrak atau memekatkan Torium tersebut, maka tahap radiasi yang rendah masih berkekalan – dari bahan mentah sehinggalah ke proses pengankutan, pemprosesan dan sisa.
6) Adakah Lynas sama seperti logi nadir bumi di Bukit Merah?
Jawapannya : Lynas adalah berbeza sama sekali daripada logi nadir bumi di Bukit Merah. Logi di Bukit Merah memproses Monazit daripada sisa lombong timah yang sangat berbeza daripada nadir bumi yang kami proses. Buat masa ini terdapat standard yang lebih ketat dikuatkuasakan dan ini tiak memungkinkan kes Bukit Merah berulang.
7) Bagaimana pula dengan radiasinya?
Jawapannya : walaupun radiasi aras rendah adalah sebahagian daripada kehidupan kita, namun kami memahami kebimbangan saudara dan mempunyai proses yang ketat untuk mengehadkan sebarang dedahan. Untuk pengetahuan anda, kehidupan seharian kita juga terdedah daripada radiasi aras rendah yang berpunca daripada cahaya matahari dan peralatan seperti televisyen , radio, telefon mudah alih , computer dan cahaya mentol, dan daripada prosedur-prosedur perubatan yang asas. Pendedahan kepada nadir bumi kami tidak memberi risiko yang melebihi daripada apa yang diterima seharian.
Begitulah sedikit sebanyak pemahaman yang diberikan kepada kami seluruh peserta Kembara Aman Kampus. Kami kemudiannya di bawa melawat tapak pembinaan kilang LAMP (Lynas Advance Material Plant). Ia adalah projek yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Australia UGL dengan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh mereka namun ia juga merupakan satu pelaburan asing yang menguntungkan negara kita.
Saya kira, semua pihak terutamanya segelintir mahasiswa seperti satu kumpulan baru-baru ini yang ada menyatakan bahawa akan memperjuangkan isu anti-Lynas at all cost supaya menimbangkan apa yang mereka katakan. Kami tidak mahu segelintir mahasiswa hanya terpengaruh dengan sifat politik dari menerima fakta yang jelas. Mempolitikkan isu ini akan merugikan bukan sahaja ekonomi negara bahkan keamanan yang cuba jemaah kami bawa dalam jelajah ini.
Namun, secara peribadi, saya turut terfikir bahawa Lynas dan kerajaan Malaysia wajar memikirkan sesuatu dengan kaedah pelupusan bahan terakhir agar ianya tidak akan menjadi seperti ARE milik sebuah syarikat Jepun, Mitsubishi di Bukit Merah. Mungkin masih ada kesempatan pihak kerajaan memikirkan untuk membuang sisa-sisa radioaktif di luar Malaysia.
Apa pun, saya turut secara peribadi menyokong Lynas dan bukan anti kepadanya. Saya yakin, dengan penerangan yang diberikan seluruh jemaah turut bersama melaungkan menyokong penuh pembinaan kilang Lynas atau LAMP ini di Malaysia.
TV3 turut hadir membuat rakaman jemaah kami serta sempat bertanyakan saudara Shahar berkenaan Lynas dari kaca mata anak muda dan mahasiswa. Jawapannya mudah, TIDAK SEMUA MAHASISWA ANTI-LYNAS dan dalam konteks ini menyokong Lynas.
Setelah itu, jemaah Kembara Aman Kampus pun meninggalkan tapak pembinaan kilang Lynas dan meneruskan kembaranya ke destinasi yang seterusnya Felda Pancing sebelum ke Terengganu dan Kelantan.

K7L : Mahasiswa yang 'turun ke bumi Kuantan'..bukanlah suara majoriti...
0 ulasan:
Post a Comment