Bermula daripada saat mereka cuba mempromosikan Anti Lynas, Keris secara berterusan bersama rakan-rakan blogger Pro BN yang lain secara terus menerus membongkar 'penipuan bersiri' yang dilakukan oleh YB Fuziah Salleh tentang Lynas. Sebelum pembaca meneliti maklumat tentang Lynas yang didedahkan oleh CheWal, kita dfengar dulu apa Presiden PAS cakap pasal Lynas.
Lynas : Radiasinya lebih rendah dari pisang!
Pendemo jalanan kembali sibuk dan menyibukkan diri. Mungkin kebanyakan dari meraka tak tahu menahu pun apa sebabnya mereka berdemo dan mungkin kebanyakan mereka hanya tertipu dan terpedaya.
Mengapa mereka mudah tertipu ? Sebabnya mereka tidak mahu berfikir dan tidak mahu mendengar maklumat dari mereka yang pakar atau ahli dalam bidang tertentu. Malangnya mereka lebih rela ternganga mendengar kata-kata orang yang tak tahu apa-apa mengenai sains nuklear.
Akibat daripada keengganan mereka berfikir dan membaca, mereka terus ditipu malah lebih teruk penipuan ini disampaikan pula oleh mereka kepada orang lain. Sebab itulah sampai ada orang yang mengatakan kilang Lynas di Kuantan ini adalah seperti 'Nuclear Plant' sampai ada yang mengaitkannya dengan Fukushima.
Kilang Lynas di Kuantan adalah kilang memproses bahan 'rare earth' (nadir bumi) yang dilombong dari Australia. 'Rare earth' adalah elemen yang penting dan digunakan dengan meluas dalam kehidupan manusia. Magnet juga merupakan salah satu bahan yang dihasilkan dari elemen rare earth.
Bahan mineral yang diproses di kilang Lynas di Kuantan mempunyai radiasi yang sangat rendah dan diklasifikasikan sebagai selamat, tidak bertoksik dan tidak merbahaya dalam piawaian antarabangsa.
Bahan buangan dari kilang memproses ini mengandungi bahan Thorium yang amat rendah maka tahap radiasi yang rendah ini kekal dari bahan mentah, pengangkutan bahan mentah, pemprosesan dan hasil buangan.
Pendedahan kepada radiasi akibat daripada kilang pemprosesan Lynas di Kuantan ini adalah amat rendah iaitu dianggarkan sebanyak 0.002 mSv/year melalui penilaian yang dibuat. mSv adalah unit mili-sievert.
Pendedahan radiasi ini amat kecil. Sebagai perbandingan, berikut adalah beberapa pendedehan kepada radiasi yang biasa kita alami. Cuba bandingkan dengan pendedahan radiasi di Kilang Lynas di Kuantan (0.002mSv).:-
a. Tinggal berdekatan dengan nuclear plant untuk setahun - 0.01 mSv
b. Makan sebiji pisang sehari untuk setahun - 0.036 mSv
c. X-ray di bahagian perut selama 0.5 saat - 0.6 - 1.7 mSv
d. CT scan di kepala selama 10 minit - 2-4 mSv
e. Menghisap satu kotak rokok sehari selama setahun - 13 mSv
Apabila dilihat perbandingan tahap radiasi dengan perkara-perkara diatas, kita akan sedar bahawa tahap radiasi dari kilang Lynas di Kuantan adalah amat kecil dan sebab itula ianya dikategorikan sebagai selamat oleh standard antarabangsa.
Kalau mereka yang mengikuti demo hijau di Kuantan tempohari tahu fakta sebenar mengenai kilan Lynas ini, sudah tentu mereka tidak akan turut serta terpengaruh dan terpedaya dengan penipuan-penipuan golongan tertentu yang mungkin mahu mengambil kesempatan.
K7L : Rakyat Kuantan dan Malaysia jangan tertipu dengan momokkan pembangkang!..ini semua hanya mainan politik!
0 ulasan:
Post a Comment