15/03/2012

@rafiziramli Kantoi Bayar Pemberi Maklumat Hotel? Cubaan Calarkan Imej @NajibRazak Bakal Gagal



Benarkah PenaKSJ akan mendedahkan siapa pemberi maklumat kepada Rafizi? 

Bagaimana ia boleh sampai ke tangan pembangkang?

Kononnya Rafizi telah mendedahkan dokumen pembayaran yang dikatakan dibayar melalui Pejabat Perdana Menteri. Aduh! Dengar ceritanya dokumen yang berada di tangannya cuma sebut harga mungkin sebab itu kita masih belum lihat invois tersebut. Modus operandi menyerang pemimpin UMNO merupakan kerja kotor Rafizi maka tidak mustahil isu yang kecil menjadi isu nasional secara tiba-tiba.

Mengapa Anwar buat kenduri anak dia kahwin secara besar-besaran menggunakan wang entah daripada mana tidak menjadi isu? Ternyata ini hanya satu permainan politik oleh puak pembangkang yang sudah ketandusan isu.

Menurut PenaKSJ :

Sehingga kini dokumen pembayaran atau invoice yang didakwa menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan itu gagal dikemukakan secara sah. Terkini rupanya rafizi mendapatkan maklumat tentang invoice tersebut dari seorang bekas pekerja hotel Shangri-la. Dengar khabar, Rafizi membayar sejumlah wang berpuluh ribu ringgit kepada gadis itu untuk mengambil invoice pembayaran sehingga salinan itu gagal dikesan oleh pihak pengurusan dan kewangan hotel.


Siapakah gadis yang akan didedahkan tidak lama lagi? Kita tunggu pendedahan seterusnya. Benarkah kos perbelanjaan tersebut adalah sebanyak RM409,767? Sebenarnya kalau mengikut keistimewaan seorang Perdana Menteri, memang wujud satu peruntukan khas pembiayaan peribadi bagi seorang Perdana Menteri untuk sebarang majlis lebih-lebih lagi ia melibatkan jemputan-jemputan VIP dan tetamu kehormat daripada luar negara. Namun dalam hal ini, difahamkan YAB Perdana Menteri ingin membayarnya sendiri dan tidak menggunakan wang kerajaan.

Maka tidak wujud isu wang mana yang beliau akan guna untuk membayar kos majlis tersebut. Keris bangga dengan inisiatif PM. 

Jangan lupa yang keluarga Al-Juburi lagi banyak duit yang perlu disiasat? 

[Klik Sini] untuk lihat akaun milik keluarga Anwar!

K7L : Siapa Rafizi yang sibuk hal majlis orang lain?..tak tahu malu kan?..

1 ulasan:

  1. cube ko hitamkan muka ko mcm yg ko buat kat muka rafizi ni..aku nak tgok cena hodohnye lak muke ko tu

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk