30/03/2012

Sistem Undi Pos Pada #PR13 Hanyalah Satu Pembohongan?





KESEMUA 242,294 PENGUNDI POS SECARA AUTOMATIK JADI 'PENGUNDI AWAL' PILIHAN RAYA KE-13

KOTA KINABALU -- Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu, 147,681 orang adalah anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.

Katanya ini berikutan pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui supaya pengundian awal diperkenalkan, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal ini.

"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan 'karung', cuma masa dan hari mengundi sahaja yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas untuk pegawai pengurus dan ketua polis daerah di sini Rabu.

Sumber -- BERNAMA, 14 Mac 2011


Kena faham dahulu apa itu undi pos dan mengapa ia penting. Rakyat jangan lagi terus tertipu dengan momokan pembangkang yang memanipulasikan undian pos. Banyak aspek dan sudut yang kita perlu kaji dan rasional penggunaan sistem tersebut. Ingat dengan 242 294 pengundi pos tu boleh buat Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak kalah ketika PRU12 dulu? Ini semua pembohongan yang sering digunakan oleh pembangkang untuk memburukkan institusi SPR.

Bila mereka kalah mereka kata macam-macam tapi cuba mereka menang,ada mereka bising? Keris pun pening dengan puak pembangkang ni!

K7L : SPR sudah telus pada PRU12 yang lepas..nak bukti apa lagi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk