22/03/2012

[Video] @NajibRazak Ketika Pelancaran #YSS - Tahniah @khalednordin @datosahol @MahasiswaMsia



Fuh! Memang luarbiasa sambutan yang diberikan oleh adik-adik mahasiswa yang datang untuk menunjukkan sokongan mereka kepada YAB Perdana Menteri. Kehadiran adalah lebih daripada 10 ribu mahasiswa dimana penuh dewan di UITM tersebut. Semalam Keris sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa dari IPTA yang berlainan dan Keris bertanya apakah mereka ini dipaksa untuk datang? Mereka membalas soalan Keris "Kami ni kira untung dapat datang. Kawan-kawan kat U ramai lagi nak ikut tapi tak dapat. Sape taknak tengok PM secara live bang! Kami bangga dengan beliau kerana sentiasa prihatin terhadap golongan muda macam kami".

Memetik semula kata-kata YAB PM yang berbunyi sedikit sinikal "Jika ada satu anak muda mahu turunkan gambar saya, melihat pada keadaan ini saya pasti ada lebih sepuluh ribu lagi yang akan menaikkan gambar saya!". Memang Adam Adli menangis dengar PM cakap macam ini. Menurut sumber budak SMM tidak berani untuk masuk ke ruangan kampus UITM kerana kehadiran yang begitu ramai menjadikan sekiranya mereka buat onar sudah pasti ada perkara kurang baik akan berlaku. Dalam erti kata lain mereka ini penakut dan hanya akan terpekik terlolong jika jumlah mereka ramai. Ini sedikit gambar yang Keris kongsi daripada blogger Double-Y:



















Sedikit Info Yayasan Sukarelawan Siswa :

Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011. Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:
  • Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa.
  • Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.


Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut. Cuma sedikit teguran kepada adik-adik yang memakai baju merah dan bersorak nama PM. Kena tahu waktu bila kamu semua perlu bersorak kerana semalam ucapan PM sedikit terganggu tiap kali kamu semua bersorak. Mula-mula ia nampak bersemangat namun bila terlalu banyak kali maka ia bukan lagi suatu perkara yang istimewa. Diharap adik-adik tidak marah dengan teguran seorang blogger kerdil ini.

K7L : Semalam dapat jumpa adik-adik yang bakal jadi pemimpin kepada anak-anak Keris..bangga dengan pencapaian mereka dan insyaAllah kita akan berjumpa lagi ye adik-adikku!

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk