08/03/2012

#SelamatkanAqidah - 6 Fahaman Dalam Konteks Islam & 6 Fahaman Yang Menjatuhkan Islam



Melalui video Ustaz Fathul Bari, beliau menyatakan tentang enam fahaman yang menjatuhkan Islam. Keris kongsi juga enam cabang fahaman Islam dimana hanya satu yang tidak memesongkan akidah iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berikut adalah cabang yang ingin Keris perjelaskan.

1.Ahlus-Sunnah Waljamaah

Fahaman ini adalah golongan orang Islam yang sebenar yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh Rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat Rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman inilah yang dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

2.Syiah

Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahu anhu dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.dan juga sudah banyak yang masuk di asia tenggara.

3.Muktazilah

Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).

4. Khodariah

Golongan yang mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia memberi kesan.

5. Jabariah

Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha.Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.

6. Wahabiat/Wahabbi

Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith Rasullullah S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan ini melarang penganutnya menziarahi makam Rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.


Artikel ini keris kongsi daripada seorang penulis blog yang mahu menyampaikan maklumat tentang fahaman-fahaman yang tersebar di akhir zaman ini agar tidak ada lagi keraguan mahupun keliru bahawa agama Islam mempunyai fahaman-fahaman yang berlainan.

Akan tetapi di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu ( Ahlus-Sunnah Waljamaah.) Inilah fahaman kita semua,inilah Aqidah kita semua. Keris kongsi juga kata-kata Ustaz Haron Din :

Oleh kerana itu Islam adalah satu-satunya agama Allah yang benar, agama tunggal dari dahulu hingga akhirat.

Akan tetapi telah dan sedang berlaku, Islam hanya tinggal pada namanya sahaja, orang-orang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam, negara yang mendakwa sebagai negara Islam, tetapi amalan-amalan di dalamnya tidak berpandu kepada Islam.

Ada manusia yang diberi kuasa memerintah, mereka adalah Islam, beragama Islam, menggelarkan mereka muslimin, tetapi tidak melaksanakan hukum-hukum Islam.

Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadisnya (mafhumnya): "Akan datang suatu ketika pada akhir zaman, Islam tidak tinggal kepada mereka melainkan namanya sahaja dan al-Quran tidak tinggal kepada mereka melainkan tulisannya sahaja..."

Istilah Islam yang merujuk kepada agama Allah yang sebenar dalam Quran amat banyak, sekurang-kurangnya disebut 10 kali seperti dalam Surah Ali-Imran (ayat 19, 67 dan 85), al-Maidah (ayat 3), al-An'am (ayat 125), az-Zumar (ayat 22), al-Hujurat (ayat 17), at-Taubah (ayat 74), Yusuf (ayat 101), as-Saff (ayat 7) dan ayat-ayat lain.

Semuanya membuktikan Allah menyebut berulang-ulang kali bahawa agama yang satu hanyalah Islam.

Adapun perkataan yang disebut Allah secara jelas seperti muslimin, muslimat atau muslimun, disebut amat banyak disebutkan dalam al-Quran, tidak kurang daripada 43 kali dalam 43 ayat yang berlainan.

Kesimpulannya, agama Allah hanyalah satu. Kerana itulah wajib dipertahankan keaslian agama ini. Jangan ada orang menokok atau menambah, meminda atau mengubah, kelak akan dimurkai Allah. Wallahu a'lam.


K7L : Selamatkan aqidah kita..pertahankan Islam. Melayu dan Negara..

1 ulasan:

  1. dlm video tu xsebut pun wahabi. tertinggal fahaman murjiah..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk